Spontan kepala Kasyaf menunduk mencari wajahnya. Lelaki itu berkerut seribu seraya terkebil-kebil memandangnya." Kenapa soal macam tu?"

Risya diam. Anak mata lelaki itu ditenung dalam." Tak ada. Err..Perasaan je kot." Risya melarikan pandangan. Takkan dia nak susahkan hati lelaki itu? Dahlah tertekan dengan kerja. Ni nak fikir hal apa-apa yang tidak tahu sahih ke tak.

Kasyaf terkebil-kebil memandang isterinya yang seakan mahu menyembunyikan sesuatu. Perlahan dagu Risya dipegang dan ditarik ke atas." Tell me the truth sayang.."

Risya gigit bibir. Perlu ke? Tiba-tiba fikirannya teringat akan satu kertas kecil yang dijumpainya di garaj dua hari lepas. Tulisan yang sama ketika dia menjumpai sekeping kertas didalam biliknya.

I will fight for her.

Waktu tu,dia terkedu. Fight? Untuk siapa? Dia? Eh tak mungkin. Barangkali Lisya. Tapi siapa dia? Stalker? Spy? Creepy person? Apa dia nak? Nak dua kali dia dapat kertas daripada orang yang sama dan tulisan yang sama. Apa yang dia rasakan seakan amaran ini...Untuk dirinya.

Nik Risya.

Risya?

Ya dia. Tapi siapa?

" Sayang?" Kasyaf memancing semula perhatian gadis itu yang tiba-tiba mengelamun. Kasyaf mula tak sedap hati."Kenapa ni sayang? You look some curious."

Risya senyum nipis. Pandangan lelaki itu seakan mahu mengetahui perkara sebenar. Tapi kenapa dia rasa keluarganya seakan diancam. Atau lebih tepat..Dia yang diancam?

" Tak..Lately ni kan..Sejak abang busy..Risya rasa macam.." Risya berjeda. Takkan dia nak kata yang dia rasa ada orang curi-curi pandang dia? Keep stalking on her?

" Macam?"

" Macam...Tak sedap hati."

Semakin berkerut dahi Kasyaf jadinya. Pelik. Semakin pelik melihat air muka isterinya yang berubah." Oh hell no. Jangan buat abang risau sayang. Kenapa ni? Jujur dengan abang? Ada something bad happen dekat sayang bila abang tak ada? Bila abang pergi kerja?"

Ada! Dua kali. Pertama kali sewaktu dia mengemas bilik tidur mereka. Waktu tu pintu kaca beranda dibuka luas membiarkan angin pagi masuk dan waktu tu seakan ada kelibat seorang lelaki berhoodie hitam yang sedang berdiri di hadapan pintu pagar kecilnya. Disebabkan lelaki itu berpakaian serba hitam dan dipadankan dengan kaca mata diwajahnya membuatkan dirinya tidak dapat mengenal pasti lelaki itu.

Kedua,semasa ada penghantaran dobi dirumahnya. Ketika dirinya masih berpantang dua minggu dan Kasyaf menyuruh orang dobi menghantar baju-baju yang dihantar Kasyaf. Waktu itu juga lelaki berhoodie itu berdiri sedikit jauh dari pagar rumahnya. Sempat lelaki itu tersenyum ke arahnya.

Seriau!

" Sayang! Hey termenung pula." Pipi Risya ditarik menyedarkan dari lamunan panjang. Dia mengeluh perlahan.

" Tak..Tak ada. Risya..Risya rasa something je."

"Something?"

Risya gigit bibir." Err..Tak ada apa-apa?"

Dahi Kasyaf berkerut.

Book 1:The Faith's [C]✓Where stories live. Discover now