Saffia menapak keluar dengan keadaan berkemban. Kebanyakan orang suka pakai baju dalam bilik air. Tetapi bukan dia. Dia paling tak suka pakai baju dalam bilik air. Satu sebab susah nak pakai. Dua,lagi-lagi kalau seluar. Jatuh sikit kena air dah basah. Tiga,sebab dia tak selesa.

Pintu bilik air dikatup rapat seraya itulah suara seseorang menyapa gegendang telinganya. Saffia tersentak. Segera anak mata menoleh mencari arah suara itu.

" Puas mandi lama-lama?"

Jantung berdegup kencang serta-merta. Terbuntang besar anak mata Saffia memandang figura Tengku Farhan yang sesuka hati baring di atas katil di biliknya. Spontan Saffia menjerit seraya tangan naik menutup bahunya yang terdedah.

" Eh Saffia jangan menjerit!" Tengku Farhan bingkas bangun dan menghampiri gadis itu. Terlalu bingit di pendengarannya boleh pecah taik telinga yang beku. Pedih wo!

" Jangan dekat!" Saffia seakan mahu menangis. Kiri kanan dipandang mencari sesuatu kain yang boleh dia ambil untuk menutupi bahunya. Dah lah tuala pun takat peha. Seksi yang amat!

Tengku Farhan tidak menghiraukan amaran Saffia. Sengaja dia menghampiri gadis itu kerana mahu mengusik. Walhal dalam hati dah berdebar-debar yang dia rasakan apabila terpandangkan kulit Saffia yang putih lagi mulus. Okay tak nak cakap!

" Keluarlah awak! Awak buat apa kat sini?! Macam mana awak boleh masuk?!" Saffia menghentak kaki memprotes. Mukanya habis bertukar merah menahan malu. Itulah padahnya. Kalau dia tahu memang siap-siap dia bawa pakaian dalam bilik air. Sekali bagasi diangkutnya. Lagi satu. Setahu dia tadi dia dah kunci pintu. Dua kali dia check sebelum masuk ke bilik air. Macam mana boleh tembus?

Tengku Farhan tertawa sinis seraya mengangkat tangan kanannya. Terdapat gugusan kunci di situ."Ini Tengku Farhan Nufail lah. Lagipun ni kan rumah saya. Of course ada kunci pendua."

Rasa mahu hantuk kepala kat dinding. Bodoh betul kau ni Saffia. Benda kecil pun tak reti nak fikir ke?

" Keluarlah awak! Ni bilik saya..Bilik awak kat sebelah.." Saffia memejam mata ketakutan apabila Tengku Farhan berdiri betul-betul dihadapannya dengan senyuman joker di bibirnya. Serius macam perogol bersiri.

" Ouh ya." Tengku Farhan tergelak dan ketika itulah Saffia mencelikkan matanya. Dahinya berkerut melihat ketawa tersirat lelaki itu. Dia yakin,pasti lelaki itu ada agenda tersendiri.

Tengku Farhan menentang mata Saffia sebelum bertindak memeluk pinggang gadis itu. Dengan keadaan Saffia yang berkemban dan rambut panjangnya yang basah betul-betul menggoyahkan imannya. Saffia pula tersentak hebat. Tiba-tiba tubuhnya menjadi kaku apabila dirinya ditarik mendekat lelaki itu. Terasa nafasnya seakan tersekat-sekat. Menggigil kecil tubuhnya saat itu apabila tangan kekar Tengku Farhan terpalit dipinggangnya.

" Siapa kata ni bilik awak?" Sengaja dia berbisik menambahkan lagi kegigilan pada gadis itu. Sedaya upaya dia cuba menahan tawa yang hampir meletus.

" A-apa awak ca-cakap ni?"

Tengku Farhan tertawa kecil. Bibirnya sengaja dirapatkan di telinga isterinya. Nafas ditarik dalam-dalam dan sengaja dihembus di telinga Saffia. Bikin gadis itu meremang seluruh bulu roma.

" Saya silap. Yang tadi tu bilik yang saya selalu guna. Tapi sebelum kahwinlah. Bilik yang awak pilih ni..Bilik kita. Jadi saya dengan rela hati,saya yang kena pindah dalam bilik ni. No excuses! Awak yang pilih awak stay! Muktamad."

Book 1:The Faith's [C]✓Where stories live. Discover now