" Jangan panggil saya Tengku."

" Apa Tengku ni?!" Marah Saffia namun sekali lagi hidungnya disambar Tengku Farhan. Sikit lagi nak terkena bibir.Terasa darah berpusu-pusu naik ke wajah. Tak tahu sekarang ni rasa nak marah atau rasa malu yang teramat. Terbit satu rasa dalam hati yang tidak dapat dikenal pasti. Tapi hatinya berdebar-debar sebaik melihat wajah lelaki itu yang serius tanpa senyuman.

" Say it again if you want double-mable special kissing from me." Ugut Tengku Farhan seraya menjongketkan keningnya. Dia menahan senyum dalam hati melihat pipi Saffia yang sudah bertukar merah. Deruan nafasnya juga tidak teratur. Kencang.

" Te-Eh!" Saffia pantas menjauhkan mukanya daripada Tengku Farhan apabila lelaki itu bertindak mahu menghadiahkan denda buatnya. Sedaya upaya dia menjarakkan tubuhnya walaupun dia dapat merasakan tubuhnya bakal tergolek ke belakang sekiranya kedua belah kakinya tidak dapat menyeimbangkan badannya.

" Awak buat apa ni?!" Marah Saffia. Tengku Farhan tertawa halus seraya menarik pinggang Saffia kembali rapat ke tubuhnya. Tubuh gadis itu dipeluk erat. Tindakan yang terlalu pantas itu membuatkan Saffia hampir-hampir mencium dada tegap lelaki itu tetapi kedua-dua tangannya pantas ditekap di dada lelaki itu. Jantungnya mula memainkan rentak irama.

" Saya minta maaf." Ucapnya lembut. Dahi Saffia sekali lagi dijadikan sasaran bibirnya.

" Minta maaf untuk apa?" Saffia menayang wajah tak puas hati. Sedaya upaya dia cuba mengatur nafas. Gugup dia apabila tubuhnya masih tidak dilepaskan. Dia teramat yakin,pasti Tengku Farhan sedang mentertawakannya dalam hati.

" Untuk segala perbuatan saya yang telah buat awak terluka. Untuk segala kesalahan saya yang telah buat awak menangis. Untuk segala silap saya yang telah buat awak marah. I am so sorry again." Ucapnya dengan penuh kesal. Tanpa dipinta,air mata mengalir dari celah tubir matanya. Rasa bersalah menggunung di dalam hati lelakinya.

Saffia tersentak kecil apabila melihat cecair jernih yang mengalir di pipi lelaki itu. Air mata itu amat terkesan dalam hatinya sehingga tanpa sedar tangannya naik menyeka air mata itu. Sebak yang dia rasakan.

" Jangan menangis sebab saya." Ucapnya perlahan. Bibir dikemam rapat seraya anak matanya bersabung tepat dengan mata lelaki itu. Satu perasaan yang disalurkan melalui pandangan itu membuatkan Saffia dilanda dilema. Rasa seakan berdosa kerana membuatkan suaminya menangis kerananya.

" Awak yang tak patut menangis sebab saya. Saya sakitkan awak. Saya-"

Kata-kata Tengku Farhan termati apabila dahinya disambar dengan bibir isterinya. Lama. Dia tergamam di situ. Saffia turut tergamam apabila dia tidak menyedari akan tindakan spontannya. Pantas dia menjauhkan bibirnya lalu menundukkan wajahnya. Tengku Farhan tersenyum halus lalu dagu Saffia ditolak lembut ke atas memandang wajahnya.

" You kiss me back."

Saffia termalu sendiri. Hujung baju T Tengku Farhan dipegangnya lalu wajahnya disembamkan didada lelaki itu. Malu yang dia rasakan.

" Saya janji. Saya akan jadi suami yang terbaik untuk awak. Saya janji saya akan bahagiakan awak. Dan saya janji saya akan tebus kesalahan saya terhadap awak." Tubuh Saffia dipeluk erat. Gadis itu turut membalas pelukannya dan dapat dia rasakan degupan jantung suaminya. Dapat dia rasakan seakan hatinya sudah bersatu dengan hati lelaki itu.

" Saya tak janji untuk jadi isteri yang terbaik untuk awak. Saya tak sempurna. " Saffia mendongak. Anak mata Tengku Farhan dicari. "Dan saya dah tak suci."

Tengku Farhan memejamkan kelopak mata lalu menghela perlahan nafasnya. Ubun-ubun Saffia dikucupnya lama. "Awak tetap yang sempurna di hati saya. Awak masih suci di hati saya. Dan Allah pilih awak untuk jadi isteri saya. Untuk jadi makmum saya. Untuk jadi pendamping hidup saya. Dan untuk jadi tulang sokongan saya."

Book 1:The Faith's [C]✓Where stories live. Discover now