" Argh!" Satu tumbukan dilepaskan pada pintu biliknya. Air mata kekecewaan mengalir deras di pipi. Sakit. Sungguh sakit hatinya sekarang ini. Sanggup ketepikan anak sendiri daripada orang lain!

Tengku Farhan yang baru selesai solat isyak segera melipat sejadah sebaik pintu bilik yang dihuninya dihempas kasar. Songkok terus ditanggalkan lalu pandangannya berpusat pada seorang gadis yang kini sudah sah menjadi isterinya.

" Saffia."

Saffia tersentak. Kelopak mata dipejam rapat seraya tangan menghapus kasar cecair jernih di pipinya. Dia terlupa. Terlupa bahawa kini dia sudah sah menjadi isteri orang. Lupa bahawa biliknya kini dikongsi bersama Tengku Farhan.

" Puas?" Saffia memusingkan tubuh. Wajahnya merah padam menahan amarah yang membuak-buak didalam hati. Kedua-dua penumbuknya dikepal erat. Tunggu masa untuk dilayangkan ke wajah lelaki yang tak direlai untuk menjadi suaminya. Dan ya. Syaitan sedaya upaya membisik kejahatan di telinganya supaya menjadi isteri yang nusyuz.

" Saffia..Saya minta maaf." Tengku Farhan mendekat. Dia tahu bukan mudah untuk seseorang seperti Saffia menerima semuanya dengan hati yang terbuka.

" Puas hati tak Tengku Nufail? " Saffia tersenyum jahat. Kalau ikutkan sikap barannya mahu sahaja dia layangkan penumbuk tepat di wajah Tengku Farhan.

" Saffia.. Tenang. Kita bincang elok-elok."

Saffia tersentak apabila tubuhnya disentuh oleh Tengku Farhan. Kaki diatur ke meja soleknya. Sedia untuk melempar barang sekiranya lelaki itu masih cuba untuk mendekatinya.

" Tak ada benda yang perlu dibincang. Tengku kejam! Tengku tipu saya! Tengku khianat saya! Tengku mempermainkan saya!"

Saffia mencapai barang-barang yang terdapat di atas meja soleknya lalu tanpa berfikir panjang terus dilemparkan pada Tengku Farhan. Amarah yang semakin memuncak kini membuatkan dirinya tidak mampu berfikir dengan waras. Hanya mahu melepaskan kemarahan yang menggunung.

" Saffia! Behave!" Tengku Farhan mengelak seraya cuba mendapatkan Saffia yang sedang mengamuk. Saffia dihadapannya kini jauh berbeza daripada Saffia yang merupakan PA nya.

" Saya benci Tengku!" Frame gambar yang terletak elok diatas meja dicapai tanpa sedar lalu dilayang tepat kepada Tengku Farhan.

" Auchh!" Tengku Farhan terjatuh seraya memegang dahinya apabila terkena sesuatu benda yang keras. Terpejam rapat matanya menahan kesakitan. Dia jatuh mengerekot diatas lantai.

Saffia masih lagi diambang kemarahan. Beberapa saat ketika, akhirnya dia menangis. Menangis kerana ditipu. Menangis kerana dikhianati. Menangis kerana semua yang berlaku hari ini tanpa dijangka dek akal. Aturan Allah maha hebat.

" Tengku tipu saya!"

Tengku Farhan dipaksakan dirinya supaya bangkit. Kaki diatur mendapatkan Saffia yang tersandar lemah di dinding. Kepalanya yang berpinar-pinar dipaksakan jua bertahan. Kini tumpuannya hanya kepada Saffia.

" Saffia..I am so sorry." Tangan Saffia dicapai. Gadis itu meronta kecil sebelum tubuhnya dibawa ke pelukan Tengku Farhan. Menghamburkan tangisannya di dada lelaki itu. Dia letih. Fizikal dan mentalnya letih. Amarahnya serta-merta merudum tatkala tubuhnya bersatu dengan tubuh Tengku Farhan.

Book 1:The Faith's [C]✓Where stories live. Discover now