•  •  •

Kim Yujin's side

Yujin mengeluh. Kecewa tak dapat bersua muka dengan Jungkook. Fikirnya, hari ini dapatlah dia berjumpa dengan lelaki itu. Lama tak berjumpa, jadi rindu pula. Rindu yang dia sendiri tak dapat nak ungkapkan. Dalam tengah mengelamun, dia tiba-tiba terlanggar seseorang. Pantas wajahnya diangkat memandang gerangan yang dilanggar. Seorang lelaki.

"Eh sorry sorry. Saya tak sengaja."

Ucap Yujin. Tangannya disatukan memohon maaf. Tapi lelaki itu hanya tayang riak mendatar.

"Guna mata lain kali. Tak pasal-pasal dah terlanggar aku."

Jawab lelaki itu. Tiba-tiba Yujin jadi geram. Perasaan bersalah tadi dah lenyap. Rambut panjangnya ditolak kebelakang.

"Saya dah minta maaf. Bukan ke tu dah cukup baik?"

Soal Yujin. Dia berpeluk tubuh sambil menatap lelaki yang sedang membetulkan topi dikepalanya.

"Aku cuma nasihat. Lain kali jalan guna mata."

Jawab lelaki itu dengan dingin sekali. Yujin merengus.

"Yoon, dah ar. Dengan perempuan pun kau nak gaduh ke? Jom balik. Aku dah lapo ni."

Namjoon masuk campur setelah melayan drama tak berbayar antara Yujin dan Yoongi tadi. Laju tangannya menarik lengan Yoongi kearahnya. Yoongi hanya diam tak membantah. Malas.

"Sorry eah pasal kawan saya ni. Dia ada mental problem sikit."

Ujar Namjoon. Yoongi hanya menjeling sahaja. Nak membalas, rasa malas. Lagipun, dia tengah penat. Dah la baru habis kelas. Jadi, Yoongi hanya biarkan sahaja. Yujin mengangguk faham dan tersenyum tawar.

•  •  •

"Mat! Menung apa depan rumah? Menghayati alam ke?"

Tegur Namjoon saat melihat Jimin didepan pintu rumah mereka. Tergesa-gesa dia buka kasut dan melempar ketepi.

"Nak hayati apa hyung? Depan blok kita ni kan rumah kedua kau. Tak ada selera aku nak hayati."

Balas Jimin. Namjoon pandang depan blok mereka. Rumah sampah. Keadaan jadi hening tiba-tiba.

 Keadaan jadi hening tiba-tiba

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Ah lantak lah. Seokjin masak apa harini? Aku dah lapar gila ni."

Rungut Namjoon dan masuk kedalam rumah. Kini pandangan Jimin dikalihkan kearah Yoongi pula. Lelaki itu sedang ralit membuka kasutnya.

[C] Free Topup ♡JJKWhere stories live. Discover now