" Dalam fikiran aku cuma ada kau! Only you. Someone I love whole heartedly without hesitation! "

" Tapi kenapa kau bertunang dengan orang lain-"

" It's all planning without me knowing. Without willingness! Ni semua plan parents aku. Aku tak expect benda ni berlaku."

Afiq meraup muka menahan pedih dalam hati."Kau boleh je cancel hari tunang kau!"

" Semua dah siap Afiq. Memang kalau boleh aku nak cancel semua tu. Aku tak nak! Tapi apa perasaan parents aku?"

Afiq senyum sinis. " Excuses!"

" Petang tu aku baru fly ke Kedah. Sampai sana. I got a suprise news. Kau bertunang. Kau-"

" Stop it Afiq. Aku tahu kau geram. Aku tahu kau marah. Kau benci aku. But,this is not all on my request! Aku dengan kau dah bertahun-tahun. But-"

" Kau curang."

Bagaikan batu besar dihempas kuat pada hatinya. Air mata tanpa dipinta mengalir setitik. Pedih. Bagai dicarik-carik sehingga berdarah hatinya apabila dituduh sebegitu. Dia tak kisah dirinya dimarahi dan dibenci tapi perlu ke sampai tunding jari?

" Tak ada nama lain yang duduk dlm hati aku selain kau Arashi Afiq! Kalau kau nak aku putuskan tunang okay boleh. Sekarang juga aku balik kampung!"

Langkah dibuka namun tangannya ditarik Afiq membuatkan dirinya kembali berhadapan dengan lelaki itu. Wajahnya penuh sinis dan jelik. Sumpah dia katakan. Lelaki itu dah salah faham atas apa yang berlaku. Macam mana dia mahu jelaskan perkara sebenar?

" No need. Tak perlu buang masa. 2 weeks left before you get married with that guy! Kenapa nak cancel? Dah puas pilih baju nikah lawa-lawa. Booking sana booking sini. Then cancel?" Afiq tertawa sinis. Tangan naik berpeluk tubuh. Pandangan benci dilemparkan untuk gadis itu. Pedih hatinya.

" Kesian tunang kau kena tanggung rugi."

" Kau-"

Afiq angkat tangan memberhentikan percakapan Saffia. Ni bukan masa untuk bertikam lidah. Bertepuk tampar. It's too late. Dan hak dia terhadap gadis itu sudah lebur dibawa masa lalu.

" Nothing to say now. Dear Saffia." Kini nada suaranya sudah bertukar nada. Nada yang lebih kepada pasrah. Semakin menebal perasaan bersalah dalam hati Saffia.

" Aku minta maaf selama kita in special relay aku ada buat kau sakit hati. Tapi nak buat macam mana. Jodoh tak berpihak pada kita. So that, terima kasih sebab selama ni sudi kongsi kebahagiaan dengan aku. Thank you so much."

" Af-"

" It's okay. Aku tak marah. Tapi lebih kepada sakit hati sebab dikhianat."

" It's not me!"

Afiq senyum pahit. Jelas terasa sakit apabila orang yang disayang terpaksa dilepaskan. "Like what i said just now. It's okay."

" Aku doakan kau bahagia. I got to go. Thanks for everything."

Tanpa sempat Saffia berkata,lelaki itu pantas membuka langkah pergi meninggalkan dirinya sendirian. Kini baru sedar set kostum TUDM masih tersarung lengkap pada tubuh itu. Barangkali dia terpaksa terbang ke sini untuk sesuatu kebenaran.

Air mata jatuh. Sumpah dia tak pernah terfikir bahawa dia tergamak menghancurkan hati lelaki itu. Lelaki yang amat menyayangi separuh mati. Keluhan terakhir yang dilepaskan lelaki itu bagaikan memberi maksud yang berat.

Book 1:The Faith's [C]✓Where stories live. Discover now