Zara menyeka air matanya. Tak! Ni semua salah dia. Dia yang paksa lelaki itu untuk hadir ke majlis pentingnya. Kemalangan ini barangkali berlaku kerana lelaki itu bergegas mahu sampai ke majlisnya tepat pada waktu namun Allah tetapkan sebaliknya.

" Zara harap sangat tak ada apa-apa yang berlaku pada Khai aunty."

" Aunty pun harapkan yang sama."

***

" Tak nak."

" Yang ni?"

" Tak lawa."

" Yang blink-blink ni?"

" Tak nak."

Fauzan mendengus kasar. Tangan naik berpeluk tubuh. "Eh cerewet betul lah kau ni. Semua tak nak. Habis kau nak design macam mana?"

Saffia berpeluk tubuh."Eh pakai baju kurung pun boleh lah. Menikah je pun."

Fauzan menyirap. Buku lima digenggam rapat."Eh kau yang nak kahwin tau. Cuba bagi kerjasama sikit."

Saffia mendengus."Bagi kerjasama lah ni. Abang tu hah yang pilih design pelik-pelik. Yang simple sudah lah." Marah Saffia. Geram dia dengan Fauzan. Pilih baju gaya nak bersanding je. Dia sendiri yang pesan dulu,

' nak bernikah ni kita harus bersederhana. '

Tapi sekarang lain daripada apa yang dicakapnya. Dasar cakap tak serupa bikin!

" Miss." Fauzan memanggil pembantu kedai butik pengantin itu. Gadis itu menghampiri sambil melemparkan senyuman nipis.

" Carikan baju untuk nikah yang simple dan tak terlalu messy untuk perempuan cerewet tu." Sengaja Fauzan menguatkan suaranya sehingga menarik perhatian adiknya. Saffia melemparkan renungan tajam.

" Baik encik." Gadis itu berlalu pergi dan tidak lama kemudian dia kembali bersama busana pengantin yang berwarna putih.

" Rasanya yang ini sesuai untuk bakal isteri encik." Ujar gadis itu membuatkan anak mata Fauzan terbeliak besar. Dia memandang gadis itu dan adiknya silih berganti. Isteri?

" No..Dia bukan bakal isteri saya. Dia adik saya." Fauzan tertawa hambar. Kalau bakal isteri macam tu memang dah lama dia reject. Cerewet yang amat.

" Oh maaf." Gadis itu menundukkan kepala menahan malu. Fauzan hanya mengangguk kecil sebelum busana tersebut bertukar tangan. Kaki diatur mendekati Saffia yang sedang membelek majalah pengantin.

" Nah try ni." Busana tersebut dihulur pada Saffia. Gadis itu menyambut lalu perkara pertama yang harus dia lakukan.

Check harga!

Label yang terletak di busana tersebut dijenguk. Terbeliak mata dia melihat harga sepasang busana yang bernilai hampir 2 ribu.

Saffia memandang pekerja-pekerja butik yang sedang sibuk menjalankan tugas masing-masing. Tangan Fauzan serta merta ditarik membuatkan abangnya berdiri betul-betul di sebelahnya.

" Apahal kau ni?"

" Mahal ni abang. Baju simple macam ni 2K? Eh gila ke apa? Siapa nak bayar?" Bisik Saffia keras ditelinga Fauzan. Tak nak dia beli baju mahal ni. Semata-mata nak cantik time menikah tapi terpaksa menanggung hutang. Abangnya pun satu. Sengaja pilih butik yang mahal dekat KL ni.

" Eh Pia. Kau boleh tak tutup mulut kau dan buat apa yang aku suruh?"

" Masalahnya baju ni mahal tahu tak? Gaji Pia pun 3 ribu je takkan nak habiskan duit semata-mata untuk baju ni? Gila ke apa?"

Fauzan mencengkam kasar rambutnya. Rahangnya diketap rapat. Bendul betullah adik dia yang sorang ni.

" Duit boleh bawak masuk dalam kubur ke? Tak kan? Baju ni pun bukan kau yang bayar tapi Nufail. Tengku Nufail. Kalau kau yang bayar dah tentu aku bawak kau pergi beli yang sewa je. Tu pun kau mintak aku bayar separuh. Kan?!"

" Tap-"

" Dengar sini. Semua urusan perbelanjaan perkahwinan semua tunang kau yang bayar. Kau bersyukur tau kau tinggal pilih je mana yang kau nak. Aku ni diamanahkan untuk teman kau tempah semua benda. Kalau tak bukan sebab dia memang tak aku nak teman kau. Huh!"

Saffia menunduk. Merah padam muka dia kena marah dengan Fauzan. Dah lah lelaki itu tiba-tiba sergah rumahnya masa dia mahu pergi ke pejabat. Lepas tu senang je cakap.

' Tak payah masuk office. Kita pergi tempah baju nikah'

Masa tu hanya Tengku Farhan je yang bermain difikirannya. Dah lah hari ni dia ada sambungan discussion yang tertunda tempoh hari. Tambah pula Fauzan main paksa-paksa pula. Alasan.

' Nufail suruh'

Tak habis-habis mamat tu. Dah lah tak pernah kenal. Jumpa pun tak. Kat manalah family aku jumpa mamat ni. Lagi satu. Tunang dia ni serius ke tak nak kahwin dengan dia? Sampai baju nikah pun kena ganti dengan abang sendiri. Dia kerja apa sampai busy sangat? Sibuknya macam Syed Saddiq pula. Ni kursus kahwin. Takkan si Fauzan ni pun nak teman jugak? Biar betul? Mamat ni pun kat manalah aku nak cari kau? Dah lah nombor telefon langsung tak bagi. At least dalam whatsapp dapatlah jugak aku tahu siapa kau. Tengok gambar kau. Hensem ke tidak.

' Entah-entah warga asing?'

" Woi!"

Saffia tersentak hebat apabila suara kasar Fauzan memekik di telinganya mematikan khayalannya. Ni pun satu. Ada abang jadi King Control pula. Janganlah Si Nufail ni perangai sama dengan si Fauzan ni.

" Boleh pulak kau termenung kat sini? Pergilah test baju tu cepat. Aku nak balik ni."

Saffia mendengus."Ha ye lah! Nak pergilah ni!" Saffia menghentak kaki geram sebelum masuk ke fitting room.

Kembang kempis hidung Fauzan menahan geram."Perempuan ni complicated." Fauzan ketap rahang.

Kalau si Nufail tu tak upah dia sebanyak dua ribu memang tak dia nak teman adiknya yang cerewet plus mengada. Sumpah! Tapi bila fikir dua ribu hanya untuk satu hari.

Lumayan seh!

***




Book 1:The Faith's [C]✓Where stories live. Discover now