" Promise?" Kasyaf menghulurkan jari kelingkingnya lalu pantas disambut dengan jari kelingking Risya.

" Promise!"

***

Henna yang masih pekat pada jari sedaya upaya disembunyikan sebaik kaki menapak masuk ke dalam Art's Empire. Bibir bawahnya digigit dengan menahan debar di dada. Janganlah ada yang perasan.

" Saffia!"

Saffia tersentak. Kepala ditoleh ke belakang memandang Hajar yang sedang berdiri di meja kerjanya. Dia nampak ke? Saffia cuak. Jarinya dimasukkan ke dalam tudung sambil bibir terukir senyuman hambar. Hajar hanya mengerutkan dahi melihat wajah Saffia yang kelihatan takut-takut.

" Tengku suruh masuk bilik dia."

Saffia mengangguk. "Terima kasih." Tanpa sempat Hajar mahu berkata,gadis itu terlebih dahulu meloloskan diri pergi sebelum tubuhnya hilang disebalik pintu bilik kerjanya. Spontan Hajar menggeleng kepala. ' ape benda lah budak sorang ni' getus hatinya.

Saffia menghela nafas lega. Tas tangan dan beg laptopnya diletakkan di atas meja. Jarum jam tangannya sudah menginjak pukul 8 pagi.

' awalnya tengku sampai.' bisik hati Saffia. Selalu waktu begini Tengku baru park kereta kat bawah.

Saffia menggeleng laju apabila dia tersedar sesuatu. Pantas buku catatan dan pen diambil sebelum dia bergegas ke bilik kerja lelaki itu. Ketukan dipintu kaca diberi sebelum diarahkan masuk.Gadis itu mengemam bibir melihat Tengku Farhan yang sibuk menulis sesuatu. Saffia berdiri di hadapan meja Tengku Farhan.

" Tengku."

" Duduk." Saffia akur. Punggung dilabuhkan pada salah sebuah kerusi sambil mata tak lepas dari memandang Tengku Farhan. Lelaki itu masih tertumpu pada kerjanya.

" Hari ni jadual saya apa?"

Buku catatan dibuka. Bebola mata meliar mencari jadual yang telah ditetapkan pada hari ini.

" Hari ni Tengku free. Tiada meeting dengan client."

Tengku Farhan mengangguk. "Okay. Kalau macam tu..Dalam pukul 10 nanti awak masuk bilik saya. Ada benda yang kita perlu bincang tentang client kita minggu lepas."

Tengku Farhan mengangkat muka tanpa sebaris senyuman. "Lepas maghrib kita ada dinner time dengan client dekat Hotel Sri Kenchana . So,awak tak perlu balik rasanya sebab kita kena gerak sana."

Anak mata ralit memerhati Saffia yang ligat menulis. Sesaat kemudian pandangannya terpaku pada sesuatu yang amat asing di fikirannya.

" Awak dah kahwin ke Saffia?"

Pergerakan tangannya terhenti. Saffia yang tersedar pantas menyembunyikan tangannya di bawah meja. Jarinya diketuk-ketuk perlahan pada buku catatannya.

" Saffia?"

" Er- ye-ye saya?"

Tengku Farhan menjongketkan kening. Berkhayal budak ni. "Saya tanya. Awak dah kahwin ke?"

Saffia tertawa palsu. Inai di jari ditenungnya."Ma-mana ada. Saya..Saya cuma pakai. Biasalah perempuan kan suka pakai inai." Nafi Saffia. Dia curi-curi pandang Tengku Farhan yang berwajah tak puas hati.

Book 1:The Faith's [C]✓Where stories live. Discover now