Dia jeling aku dan pusing kedepan semula. Tinggal si Nana je dok meriah lagi. Aku tergelak kecil.

Kau tahu? Bila dia jual mahal macam tu— dia buat aku makin suka dia.

Aku tak tahu. She's just my type bruh.

Aku mendekati kerusi Sekyung dan berhenti disebelahnya. Sekyung buat bodo je. Ralit dia main fon macam aku tak wujud.

"Weh Kook. Abenda doh korang buat dekat muka Jae? Lawak odo. Karang macam mana dia nak turun bas?"

Nana yang tegur aku. Aku angkat bahu sahaja. Pandangan aku lebih tertumpu pada Sekyung. Minah ni langsung tak pandang aku.

"Buat apa tu?"

Aku dekatkan badan aku dengan dia. Sebelah tangan dibelakang kerusi dan sebelah lagi ditahan ditempat letak tangan.

"Kau takyah sibuk."

Dia jawab dan jauhkan sedikit telefon dari aku. Ewah minah ni. Dekut siak.

"Stalk aku punya ig? Jangan lupa like weh."

Usik aku. Sengaja nak tengok reaksi dia. Terus dia pandang aku lama. Aku ambil peluang ni untuk tatap muka dia.

Dari mata, turun ke hidung dan berhenti pada bibir—

Cantik.

"Jangan perasan."

Jawab dia dan berkalih ketempat lain. Aku tergelak kecil.

Dia ni buat la muka marah ke, dingin ke— comel macam tu jugak.

"Usya aku eah tadi?"

Aku usik dia. Makin masam muka Sekyung. Dia mengeluh.

"Jangan perasan boleh tak?"

Dia menjauh dari aku. Dan kau ingat aku nak biar je? Bila orang menjauh, kita mendekat.

Simple.

"Ingat aku tak nampak kau dok berdekah tadi? Terhibur sangat eah kau?"

Aku tergelak bila dia merengus kasar. Mungkin kesal.

"Aku gelak sebab muka Jaehyun. Jadi manusia cubalah jangan perasan sangat? Orang menyampah tahu?"

Dia melenting. Entah weh. Comelllll je aku tengok dia ni. Buat aku makin galak nak mengusik. Tapi aku tahan dulu.

Memandangkan dia bakal jadi wife aku, jadi bila-bila je boleh kacau.

Ewahhhh confident je aku. Takpe, mama cakap confident tu penting.

"Aku pergi dulu eah? Bye sayang. I love you!"

Pipi dia aku cuit perlahan sebelum balik ketempat aku semula. Boleh agak reaksi dia macam mana. Mesti lap pipi pakai lengan baju. Tonyoh-tonyoh macam baru terkena benda kotor.

Kalau aku dah suka, aku suka betul. Dia layan aku macam mana pun, aku tetap akan usaha dapatkan dia.

Usaha tangga kejayaan kan? Hah support lah sikit membe nak try awek ni.

[C] Free Topup ♡JJKWhere stories live. Discover now