" Macam mana?"

Risya bingung. Alat pregnancy test dipandangnya." Risya.." Keluhan yang keluar dari mulutnya membuatkan Kasyaf seakan putus pengharapan. Tangan yang berada di bahu Risya diturunkan. Kasyaf menghela nafas.

" Risya tak faham lah benda aneh ni. Tak ada apa-apa pun. Yang ada cuma garis merah daripada satu tiba-tiba tukar jadi dua tadi. Tu je. Benda ni untuk apa?"

Statik kepala Kasyaf terangkat. Wajah polos Risya ditenung dalam sebelum pregnancy test ditangannya diambil.

" Ya Allah." Cecair jernih bertakung di tubir mata membuatkan Risya dilanda kerisauan.

" Abang! Abang kenapa ni? Kenapa menangis? Risya sakit ke?" Pipi Kasyaf ditepuknya. Buat seketika tubuhnya dipeluk sekilas lalu ubun-ubunnya dikucup.

" Sayang.." Kasyaf menyeka air mata kegembiraan."Sayang pregnant tahu tak?"

Risya terkedu. Pregnancy test terlepas dari tangan. Tubir mata terasa panas sebelum mengalirnya cecair jernih. Wajah si suami dipandang tak percaya. Hatinya berdebar hebat.

" Risya-Sya pregnant abang?"

Kasyaf mengangguk laju. Tubuh Risya dibawa ke pelukan. "Thanks sayang. Thank you so much."

Risya menghamburkan tangisan kegembiraan di dada Kasyaf. Tak sangka rezeki datang tanpa diduga. Syukur. Syukur ya Allah. Terima kasih kurniakan kami zuriat.

***

" Masuk."

Saffia menghela nafas sambil kaki melangkah masuk ke dalam bilik yang berpenghawa dingin. Sedingin tuannya. Fail ditangan diletak tertib di atas meja.

" Tengku." Tengku Farhan yang sibuk dengan kerjanya mengerling sekilas tanpa senyuman.

" Hmm."

Saffia menggigit bibir. Jari jemari digenggam erat. "Saya. Saya nak mintak cuti hari jumaat ni. Ada emergency kat rumah parents saya. Kalau tak ada apa-apa saya nak cuti."

Tangan yang ligat menulis terhenti. Perlahan Tengku Farhan memandang gadis yang berkaca mata itu.

" Berapa hari balik sana?"

Saffia kemam bibir."Tiga hari Tengku. Sampai Ahad."

Tengku Farhan mengeluh kecil."Saya baru nak ajak awak ikut saya masa hari pertunangan saya."

Saffia yang menunduk spontan memandang lelaki itu. Secara tiba-tiba bagaikan ada satu rasa singgah di lubuk hatinya yang paling dalam.

" Tengku nak bertunang?"

Tengku Farhan mengangguk seakan tiada apa yang berlaku. "Kenapa?"

Saffia senyum hambar."Oh tak. Hmm congrats. Akhirnya Tengku dah nak kahwin. Alhamdulillah."

Tengku Farhan senyum sinis." Awak okay ke Saffia?" Sengaja dia bertanya sebaik melihat perubahan pada wajah gadis itu.

Saffia tersenyum nipis. "Saya okay je Tengku. Kenapa?"

Tengku Farhan tertawa kecil."Saja tanya. Manalah tahu awak tak sihat ke?"

Book 1:The Faith's [C]✓Where stories live. Discover now