Preston & Duncan

132 3 0
                                    

Telah banyak yang diperkatakan tentang projek-projek rahsia Amerika lewat Perang Dunia oleh pelbagai lapisan masyarakat khususnya para pengkaji, saintis dan ahli sejarah. Sepertimana pihak Jerman atau Rusia yang melakukan pelbagai ujikaji ketika perang yang makin mendesak, saintis-saintis Amerika bertungkus-lumus mencari dan mengkaji dari pelbagai sumber; hukum-hukum fizik, mekanikal, elektronik, graviti, portal masa hinggalah terpaksa merujuk kepada subjek kerohanian, kawalan minda, ajaran-ajaran mistik seluruh bangsa di dunia termasuk Sufisme dan Buddha-Tibet menjadikan apa yang mereka telah buat di Montauk ini merupakan satu misteri kemanusiaan yang mungkin terbesar dalam sejarah dunia. Kombinasi fizik (sains) dan metafizik (ajaran kerohanian) akhirnya bertembung dalam projek-projek berprofil tinggi ini. Tidak dinafikan peranan Al-Masih Ad-Dajal yang merupakan mastermind dalam penculikan manusia di semua poin pertembungan
arus panas-sejuk (terutama di Segitiga Bermuda yang termasyhur itu) untuk di jadikan tentera-tenteranya.

Di bawah ini adalah temuramah dengan saksi-saksi (Preston Nichols dan Duncan Cameron) yang terselamat dari projek-projek yang digelar Philadelphia-Rainbow-Phoenix-Montauk.

Temuramah berkenaan 'Montauk Chair' dan ujikaji Phoenix

S: Berkenaan ujikaji Montauk, anda telah berkata bahawa terowong itu (terowong ruangmasa 'wormhole') cukup besar untuk sebuah trak dipandu menerusinya, soalannya; dimana mereka pandu trak itu?

DC: Dimana mereka pandu trak itu?Baiklah, itu hanyalah gambaran untuk menyatakan yang anda boleh memandu trak menerusinya. Di sana terdapat semacam fenomena yang berkaitan sama ada ia adalah maklumat atau seseorang atau sebagainya.

PN: Tetapi yang penting, dapatkan trak di bawah tanah.

DC: ...sesuatu yang bukannya di paras bawah tanah. Ia adalah di bawah tanah yang di bawah...semua elemen ruangmasa adalah tersembunyi seperti di bawah tanah.

PN: Ia adalah kemuncak dengan struktur Delta T.

S: Berapa jauh kedalamannya?

PN: 1/4 batu, mungkin satu tempat di antara beribu kaki dan 1/4 batu. Ia adalah bawah tanah. Ini berdasarkan apa yang kami dapati. Kami tidak mempunyai buktinya.

PN: Adakah di sana ada alasan yang mengatakan ia menjadi tersembunyi seperti di bawah tanah?

PN: Alasannya berdasarkan apa yang mereka bina, lihat portal ruang masa Montauk yang pada dasarnya adalah satu artifak yang datang dari apa yang dipanggil sebuah antena Delta T. Anda boleh gambarkan ia seolah-olah satu benda yang besar diperbuat dari kayu dengan wayar dibentuk seperti ini. Inilah sebab kami memanggilnya antena Delta T. Portal itu sebenarnya muncul ditengah-tengahnya. Jika anda dapat keterangan mengenainya. Mereka mempunyai masalah untuk membinanya di atas tanah sebab mereka telah mula membuat ujian di atas tanah dari peralatan pemancar yang sangat kuat yang mana mereka menempatkan ia cukup rendah di bawah tanah yang mana di sana terdapat titik neutral terletak pada kerusi di mana Duncan pernah duduk di atasnya.

Jadi saya beranggapan bahawa mereka tidak mahukan apa jua denyutan yang kasar. Lihatlah antena ini yang menghasilkan denyutan kasar dari mudulator denyutan pemancar radar dan pada dasarnya meletakkan ia kepada fungsi Del Cross F Cross E Cross B Cross G. Yang mana bermaksud mereka pada dasarnya menjana gelombang graviti yang membentuk gelombang ruangmasa dengan sendirinya. Dan anda harus membuat satu portal ruangmasa; hanya satu dari hujungnya dapat dikawal, seperti dalam tahun 1983 anda harus membuat sambungan untuknya dimana-mana saja pada waktu yang lepas, kini atau masa depan sebagaimana yang anda inginkan. Jika saya letakkan antena itu di sini dan ditambah denyutan dari modulator denyutan di dalam sebuah pemancar radar, ia mungkin memusnahkan setiap set televisyen di dalam 50 batu di sekelilingnya. Tetapi mereka simpan benda ini jauh ke dalam bawah tanah jadi interferens elektromagnetik EMR tidak teradiasi.Mereka juga ingin menjadikannya cukup besar, saya fikir dalam 250 kaki, yang ini adalah sepuluh kaki. Saya fikir kita mempunyainya di Montauk berukuran 250 kaki ke 300 kaki. Yang ini, portal yang sebenar mungkin besar (beberapa inci) tetapi jika anda ada yang 10 kali ganda besar dan secara literal anda mempunyai sebuah portal...saya percaya portal itu bersaiz 10 hingga 20 kaki yang mereka sebenarnya mampu untuk membuatnya. Saya boleh membuat sebuah portal mungkin dalam 2 inci di sini menyebabkan antena itu lebih kecil.

RAHSIA & KONSPIRASIWhere stories live. Discover now