Dialog Antara Bishop Gereja & Pemuda Melayu : Part III

843 4 0
                                    

BISHOP : Sebelum rombongan Vatican terbang ke sini, Paus sempat bergurau dengan salah seorang Monsignor. Paus berkata:"Saksikanlah, orang-orangIslamakanmelihatsayaberbahagiadimanatempatitutelahmemberiizinuntukpelurudihadiahkankepadamereka."Kemudian Monsignor berkata:"Terlalumerbahayatuandatangkesana. MahukahtuanjikasayamenghantarkesemuaCantusuntukmelindungituan?"Paus pun berkata: "BiarkansahajaCANTUStidursepuas-puasnya. KemudiansajakitakejutkannyaapabilaMUHAMMADYANGKEDUAdatangnanti. Tidakperludirisaukanselagisayatidakmencederakansebelahmatasaya. Bukankahsayahanyapergikesanahanyauntukmenyambutharijadisaja?"Saya sungguh hairan, apabila kami berkata: "PausakanmenyambutHARIJADINYA.", maka orang-orang Islam pun akan berkata:"Oh, diacumamenyambutHARIJADINYAsaja, bukannyaadaapa-apapun."Rupa-rupanya orang-orang Islam itu lebih bodoh dari jangkaan kami. Kebodohan mereka itu telah mengatasi segala usaha kami untuk memperbodohkan mereka, sungguh menakjubkan.

(Pada ketika ini darah saya mula menyirap, hampir hilang kesabaran saya mendengarkan kata-katanya itu. Tetapi oleh kerana saya ingin mencungkil segala rahsianya, terpaksa saya menahan segala rasa amarah saya dan bersabar.)

SAYA : Tadi pakcik ada menyebut salah seorang Monsignor berkata tentang CANTUS. Apakah CANTUS itu?

BISHOP: CANTUS adalah warisan KNIGHT TEMPLAR. Ianya adalah suatu amanah yang telah kami berikan kepada mereka kerana ketaatan mereka kepada para Paderi, Bishop, Kardinal dan kesemua para pemimpin Roman Khatolik. Kami telah memberikan suatu kuasa kepada mereka, kuasa yang meliputi kesemua penjuru dunia. Mereka pergi ke mana saja tanpa banyak soal kepada Paus. Selepas ERA PENJAJAHAN EROPAH KE ATAS DUNIA, dengan izin kami, KNIGHT TEMPLAR telah menyerahkan warisan ini kepada kamu. Bukan kepada orang-orang Islam saja, malahan kepada seluruh bangsa dan agama yang ada di dunia ini.

SAYA : Pada saya pakcik silap. Sejak bila pula kami memikul warisan KNIGHT TEMPLAR seperti yang pakcik katakan itu? Lagipun, dari apa yang saya tahu, kerajaan sesebuah negara itu adalah milik rakyatnya sendiri selepas kemerdekaan.

BISHOP : Di tanah air kamu dahulu, datuk moyang kamu benar-benar tidak mengetahui, malahan tidak menyedari pun bahawa mereka sebenarnya telah 'BEKERJA' untuk KNIGHT TEMPLAR. Kami telah mempergunakan nyawa mereka untuk membunuh Komunis. Begitu juga dengan pihak Komunis, KNIGHT TEMPLAR telah mempergunakan komunis untuk membunuh datuk moyang kamu, dan hasilnya ramai dari kedua-dua belah pihak telah tewas dan terkorban. KNIGHT TEMPLAR benar-benar adalah anak-anak didikan kami. Kematian datuk moyang kamu itu sebenarnya adalah kematian yang sia-sia!

SAYA : Memang benar datuk moyang kami yang telah memperjuangkan tanah air kami dan jika benar pun kematian datuk moyang kami adalah satu kematian yang sia-sia, apakah kaitannya datuk moyang kami dengan KNIGHT TEMPLAR dan sejak bila pula datuk moyang kami diperalatkan oleh mereka? Apa buktinya?

BISHOP : Mereka telah menjalankan tanggungjawab dan peranan mereka dengan penuh perasaan bangga, malahan ramai dari kalangan orang-orang muda yang bercita-cita untuk menyertainya. Mereka telah menganggap ianya sebagai suatu KERJAYA. Mereka benar-benar menyayangi KERJAYA mereka dan kami telah memberikan PAKAIAN YANG INDAH-INDAH untuk mereka.Mereka benar-benar menyukai PAKAIAN tersebut, malah mereka juga turut berebut-rebut untuk memilikinya. Orang-orang yang telah mereka lindungi memandang mereka sebagai seorang PERWIRA, padahal sebenarnya mereka sendiri tidak mengetahui apakah yang sedang mereka lakukan dan dengan siapakah sebenarnya mereka sedang berkhidmat.

SAYA : PAKAIAN? PAKAIAN apakah yang pakcik maksudkan sehingga mereka tidak menyedari dan tidak tahu dengan siapa sebenarnya mereka berkhidmat?

BISHOP : PAKAIAN yang mereka gunakan itu sebenarnya mempunyai simbol warisan KNIGHT TEMPLAR. Pada bahagian bahu dan lengan PAKAIAN tersebut terdapat PINGAT yang menunjukkan mereka telah diiktiraf untuk menjalankan FUNGSI-FUNGSI yang kami kehendaki, tetapi mereka tidak menyedarinya. PINGAT atau simbol itu kelihatan seperti huruf 'V', itulah sebenarnya simbol CANTUS iaitu warisan KNIGHT TEMPLAR. Ini hanya sebahagian dari permulaannya sahaja sebelum kamu dan masyarakat dunia akan menjadi orang-orang yang lebih BODOH lagi apabila kamu semua bersaing dan berebut-rebut untuk memiliki PINGAT yang lebih TINGGI dan BESAR!

SAYA : PINGAT yang kelihatan seperti huruf 'V' pada bahagian bahu dan lengan pada PAKAIANtersebut? Bukankah para TENTERA, POLIS, ANGGOTA KESELAMATAN dan BADAN-BADAN BERUNIFORM seperti PENGAKAP, KADET, PEGAWAI-PEGAWAI KERAJAAN dan semua itu ada menggunakannya?

BISHOP : Benar! Maka saksikanlah bahawa ke semua ANGKATAN TENTERA dan kesemuanya itu di seluruh dunia ini sebenarnya adalah milik Pihak Gereja! Tidak kira kamu semua dari negara mana sekali pun, kamu semua sebenarnya sedang berkhidmat untuk Paus!

SAYA : Mustahil...! Bukankah setiap negara di dunia ini memiliki ketenteraannya masing-masing? Jadi, peperangan yang berlaku di dunia ini apakah ertinya? Sedangkan pakcik mengatakan bahawa mereka itu semua adalah milik Pihak Gereja.

BISHOP : Buka mata kamu dan lihatlah dunia sedalam-dalamnya! Kesemua para tentera di dunia ini tidak kira dari negara besar seperti British, Amerika, Perancis, China, India, Jepun dan Iran, malah negara emas seperti negara kamu iaitu Malaysia dan Indonesia, mereka semua itu turut memakai PAKAIAN dan PINGAT-PINGAT yang sama. Mengapa mereka semua tidak memakai PAKAIAN mengikut budaya dan agama masing-masing? Paus berkuasa untuk menggunakan sesiapa sahaja di antara mereka untuk dikorbankan.

Di Antara Simbol-Simbol Yang Kelihatan Seperti Simbol 'V' Yang Terdapat Pada Pakaian Uniform Angkatan Tentera, Polis dan Badan-Badan Beruniform Di Seluruh Dunia.

(Saat ini saya mula terfikir, pada mulanya saya menganggap hanya JUBAH yang digunakan oleh para GRADUAN UNIVERSITI saja yang sama dengan JUBAH Paderi, rupa-rupanya PAKAIAN TENTERA, POLIS dan BADAN-BADAN BERUNIFORM juga turut sama di mana-mana negara sekali pun. Jika terdapat perbezaan pun, ianya cuma sedikit dan FUNGSI-FUNGSINYA tetap sama sahaja.Adakah mereka yang di hadapan namanya terletak gelaran KOPERAL, LANS KOPERAL, SARJAN, INSPEKTOR, MEJAR dan sebagainya itu mengetahui akan perkara ini? Seperti apa yang telah Bishop ini katakan:'Mereka sendirilah yang akan mempertahankan PAKAIAN mereka, tanpa kami perlu bersusah-payah untuk mempertahankannya'.Simbol'V'?Selepas saya berfikir sejenak, barulah saya menyedari mengenai simbol tersebut yang adadigunakan oleh PARA ANGKATAN TENTERA di seluruh dunia untuk melambangkan PANGKAT dan KEDUDUKAN mereka, dan simbol 'V' itu juga adalah SECRET SIGN ILLUMINATI (Tanda Rahsia ILLUMINATI). Berkenaan CANTUS pula, istilah itu tidak pernah saya dengar sebelum ini. Mungkin ianya adalah kerahsiaan tertinggi yang didedahkan oleh Bishop ini)

RAHSIA & KONSPIRASIDonde viven las historias. Descúbrelo ahora