PENDEDAHAN 2

194 4 0
                                    

Kita mungkin tahu bahawa Islam berkembang dengan begitu meluas dengan banyak negara berjaya dibebaskan dan bernaung di bawah Khalifah Umar Al-Khattab, begitu juga khalifah-khalifah selepas beliau dari zaman Umayyah Abbasiyah mahupun Uthmaniyyah.

Selepas zaman kegemilangan Islam itu, kita mungkin kenal dengan Napolean Bonaparte dari Perancis dan Adolf Hitler dari Jerman. Begitu juga dengan penakluk sebelum zaman Islam, kita mungkin pernah mendengar nama Alexander The Great dari empayar Greek dan Cyrus The Great dari Empayar Parsi.

Napolean Bonaparte

Adolf Hitler

Alexander The Great

Cyrus The Great

Kedua-dua mereka pernah didakwa sebagai Iskandar Zulkarnain yang dikisahkan di dalam Al-Quran dan Hadis. Namun, kedua-dua mereka tidak setanding dengan peribadi mahupun wilayah taklukan yang berjaya dikecapi oleh Iskandar Zulkarnain yang menguasai Barat dan Timur kedua-duanya dan membenteng Yakjud dan Makjud.


Jika menyebut nama Rockefeller sebagai penakluk dunia seterusnya, mungkin ada yang tertanya-tanya siapakh Rockefeller. Rockefeller mungkin tidak penting bagi anda, namun bagi dunia global Rockefeller adalah keluarga terkaya yang penting samada dari segi sejarah atau masa depan dunia.

RAHSIA & KONSPIRASIWhere stories live. Discover now