Secret Societies

466 8 0
                                    

1. Skull and Bones Club

Ahli The Skull and Bones (George Bush berdiri di sebelah kiri Jam) [1947]

The Order of Skull and Bones, salah satu pertubuhan di Universiti Yale asalnya dikenali oleh Brotherhood of Death (Persaudaraan Kematian). Ia merupakan salah satu pertubuhan rahsia siswa tertua di United States (Amerika). Ia ditubuhkan pada 1832 dan keahliannya hanya dibuka untuk beberapa golongan elit. Pertubuhan ini menggunakan ritual yang diilhamkan dari ritual golongan masonic. Ahli-ahlinya akan berjumpa setiap hari Khamis dan Ahad setiap minggu di dalam bangunan yang mereka gelarkan sebagai "Tomb" (Makam).

Mengikut apa yang dikatakan oleh Judy Schiff, Ketua Aktivis di Perpustakaan Universiti Yale, nama ahlinya tidak dirahsiakan sehingga pada 1970-an, tetapi ritual tetap dilakukan. Kedua-dua Presiden Bush adalah ahli kepada pertubuhan ini semasa mereka menuntut di Universiti Yale dan beberapa ahli yang lainnya telah pergi dengan kemewahan dan kemasyhuran.

Pertubuhan ini dikelilingi dengan pelbagai teori konspirasi : antaranya yang popular di mana kemungkinan idea penubuhan CIA (Central Intelligence Agency) tercetus dari ahli pertubuhan ini. Cia ada menyebut pada 2007 (sama dengan masa zaman filem popular The Good Shephard) di mana ia menafikan bahawa pertubuhan ini adalah inkubator untuk CIA. Anda boleh membacanya di sini.

artikel dari website CIA


2. Freemasons

Mesyuarat Tahunan Freemasons [1992]

The Grand Masonic Lodge dibina pada 1717 apabila 4 buah lodge (loji) bergabung bersama. Tahap keahlian adalah dimulai dengan darjah pertama dan kedua, tetapi pada tahun 1750-an, ia telah berkembang untuk mencipta darjah ketiga yang akan menyebabkan pepecahan dalam kumpulan. Apabila seseorang mencapai darjah ketiga, mereka akan dipanggil Master Mason.

Mason menjalankan mesyuarat tetap mereka dengan ritual. Ini termasuk banyak rujukan kepada simbol seni bina seperti kompas dan pengukur. Mereka mengatakan bahawa Tuhan sebagai "Arkitek Besar Alam Semesta". Tiga darjah Masonry adalah :

· Kemasukan Perintis : ini menjadikan seorang ahli asas kumpulan itu.
· Felo Kraf : ini adalah darjahpertengahan di mana ahliperlumenimba pengetahuan terhadap Masonry.
· Master Mason : darjah ini perlu untuk mengambil bahagian dalam kebanyakan aktiviti yang berkaitrapatdengan pertubuhan rahsia.

Beberapa upacara (seperti Scotland Rite) disenaraikan sehingga 33 darjah keahlian.

Para Mason menggunakan tanda dan jabat tangan sebagai salah satu penerimaan kemasukan mereka ke dalam mesyuarat mereka, selain untuk memperkenalkan kepada yang lain yang akan menjadi Masons. Tanda dan jabat tangan tersebut sering berbeza dari satu bidang ke bidang yang lain mengikut peredaran zaman. Ini bagi mengelakkan orang lain untuk masuk ke dalam pertubuhan ini secara penipuan. Para Masons juga akan memakai pakaian yang unik berdasarkan pakaian yang dipakai oleh Stone Masons di zaman pertengahan (Eropah). Ia juga dikenali sebagai apron.

Untuk menjadi Mason, seseorang perlu diiktiraf dan disyorkan oleh Para Mason terdahulu. Dalam sesetengahan kes, seseeorang perlu mendapatkan pengiktirafan sebanyak 3 kali sebelum dapat menyertai pertubuhan ini. Seseorang juga perlu melebihi 18 tahun dan berfikiran waras. Kebanyakan agama di dunia melarang menyertai Mason, seperti Gereja Roman Katholik yang melarang penganutnya menyertai pertubuhan ini.

3. Rosicrucians

Simbol Rahsia Rosicrucians

Order Rosicrucian umumnya dipercayai hasil cetusan idea oleh sekumpulan pembangkang Jerman di tahun 1600-an apabila satu siri dari 3 dokumen diterbitkan : Fama Fraternitatis Rosae Crucis, Confessio Fraternitatis, danThe Chymical Wedding Of Christian Rosenkreutz Anno 1459. Dokumen ini dibaca secara meluas dan berpengaruh, yang mana ahli sejarah Frances Yeats merujuk kepada abad ke-17 sebagai Zaman Pencerahan Rosicrucian(Rosicrucian Enlightenment). Dokumen pertama menceritakan tentang persaudaraan rahsia ahli kimia ( Christian Rosicrucian) yang mengembara ke serata tempat di dunia untuk menimba ilmu rahsia. Dokumen yang kedua pula menceritakan persaudaraan rahsia ahli kimia yang bersedia untuk merubah wajah politik dan intelektual di Eropah. Dokumen yang ketiga menerangkan jemputan Christian Rosenkreuzuntuk menghadiri dan membantu di majlis Perkahwinan "Kimia" Raja dan Permaisuri dalam Castle of Miracles.

RAHSIA & KONSPIRASIWhere stories live. Discover now