Blue Beam Project

1.4K 6 0
                                    

Project Blue Beam adalah projek rahsia yang melibatkan NASA dan Persyarikatan Bangsa-Bangsa. Sebuah rencana hasil penelitian Serge Monast dan temannya telah mendedahkan rahsia ini. Ia pertama kali dilaporkan kepada umum pada tahun 1994 oleh Serge Monast. Beliau ialah seorang wartawan Canada.

Terdapat empat peringkat usaha untuk mencipta sandiwara-buatan mengenai “Kedatangan Kedua Jesus atau Nabi Isa A.S ke bumi untuk mendirikan “satu agama dunia” yang dikendalikan oleh Order Dunia Baru. 

Serge Monast dan teman wartawannya memang telah lama meneliti Projek Blue Beam ini. Akibatnya, mereka telah mati dibunuh. Namun media2 yang dikawal geng2 jahat telah melaporkan bahawa kematian mereka adalah akibat “serangan sakit jantung” selang beberapa minggu antara satu sama lainnya. Kedua-dua mereka langsung tidak memiliki rekod berpenyakit jantung sebelum ini.

Saat itu Serge Monast sedang berada di Kanada sementara temannya sedang berkunjung ke Ireland. 

Sebelum kematian Serge Monast, Kerajaan Kanada telah menculik anak perempuannya dalam usaha mengugut dan mencegahnya dari terus melakukan penelitian dan penyiasatan Projek Blue Beam ini. Dilaporkan, anak Serge Monast sehingga kini masih hilang.

Di dalam Wikipedia pula… suatu masa dulu maklumat tentang Serge Monast memang wujud. Taip sahaja Keyword: “serge monast” maka kita akan menjumpainya di dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Perancis. Namun kini, maklumat Serge Monast hanya ada dalam Wikipedia Bahasa Perancis sahaja. Itu pun telah diedit dan ditapis. Adakah ini bermakna maklumat Serge Monast dalam Wikipedia telah sengaja dihapuskan?(http://fr.wikipedia.org/wiki/Serge_Monast).
Latar Belakang

Projek Blue Beam diyakini merupakan lanjutan dari eksperimen2 terdahulu seperti eksperimen Philadelphia dan eksperimen Montauk. Ia dilakukan oleh tentera2 Amerika Syarikat yang bekerjasama dengan saintis2 german yang juga mempunyai pertalian serta hubungan dengan Hitler semenjak tahun 1940an lagi.

HQ bagi Projek Blue Beam bertempat di lokasi yang mempuyai tahap keselamatan yang amat ketat di Area 51, Nevada, Amerika Syarikat. Projek ini diduga telah melakukan eksperimen berulang-ulang di daerah terpencil dengan membuat gambar holografik Yesus/Nabi Isa AS, kedatangan UFO, kemunculan makhluk2 aneh seperti raksasa serta jin dan macam2 lagilah.
4 Langkah Utama Projek Blue Beam

LANGKAH 1: Langkah pertama dalam Projek Blue Beam ini ialah mengaitkan pendoktrinan [re-evaluasi] dari semua pengetahuan arkeologi dan keagamaan. 

Mereka membuat set-up, dengan menciptakan gempa bumi buatan di lokasi tempat tertentu di planet ini. Kemudiannya mereka pura2 yang konon penemuan-penemuan baru telah berlaku akibat gempa bumi2 ciptaan mereka ini. Akhirnya mereka akan menjelaskan kepada semua orang tentang kesalahan yang mendasar dari semua doktrin agama. Semua agama seperti Islam, Kristian, Yahudi, Hindu, Buddha dan semuanya sekalilah akan ditolak. Kita boleh menonton rancangan2 di History Channel dan National Geographic tentang hal ini. Mereka kini terang-terangan dengan berani mempertikaikan semua agama.

Pemalsuan informasi ini akan digunakan untuk menjadikan semua bangsa percaya bahawa semua doktrin agama2 terutamanya agama2 Hanif adalah bohong. Mereka akan membuktikan kononnya semua agama2 ini telah disalahfahami dan disalahtafsirkan selama berabad-abad.

Persiapan psikologis untuk langkah pertama ini sebenarnya telah dilaksanakan lebih awal lagi dengan membuat rancangan2 serta filem2 seperti, ‘2001: A Space Odyssey; ‘Serial Star-Trek, dan’ Independence Day; ‘yg mana semua film itu berhubungan dengan pencerobohan “Alien” daripada luar angkasa dan bersatunya semua bangsa di dunia untuk mengusir penyerbu (Alien). Film yang terakhir, ‘Jurrassic Park,’ berkaitan dengan teori evolusi, dan film ini mendakwa bahwa kata-kata Tuhan adalah suatu kebohongan. Perlahan2 minda generasi baru disediakan untuk menerima idea2 yang semakin lama semakin radikal.

RAHSIA & KONSPIRASIWhere stories live. Discover now