Amerika & Satanisme : Part III

161 2 0
                                    

Satanisme secara umumnya dikenali sebagai penyembahan syaitan dan menjadikannya sebagai tuhan. Selain menolak Allah, semua agama dan nilai keagamaan, gerakan jahat ini memiliki ajaran melaksanakan perkara-perkara yang dianggap berdosa oleh agama lain. Satanisme juga menerima syaitan, lambang kejahatan, sebagai pemimpin dan pembimbing dalam hidup mereka.

Sejarah Satanisme
Kaum Satanis, iaitu para pengikut ajaran Satanisme, wujud dan melaksanakan kegiatan mereka pada setiap tahap sejarah dan dalam setiap peradaban, dari Mesir kuno sampai ke Yunani kuno, serta sejak abad pertengahan sehigga ke hari ini. Di antara abad ke-14 dan ke-16, para tukang sihir dan orang yang menolak agama sama-sama memuja syaitan. Pada tahun 1880-an, di Perancis, British, Jerman, dan sekaligus di negara-negara lain di Eropah dan Amerika, Satanisme dilakukan di dalam kumpulan dan tersebar di kalangan orang yang tidak mempunyai keyakinan agama.

Penyembahan syaitan dari tamadun kuno ini terus berlanjutan sehingga abad ke-19, bermula dari tradisi Satanisme tradisional, kini aliran sesat ini berpecah dalam kumpulan kecil. Upacara kejam yang dilakukan oleh tukang sihir dan orang-orang yang tidak bertuhan, mengorbankan anak dan orang dewasa kepada syaitan, perayaan Misa Hitam dan upacara Satanisme tradisional yang lainnya telah diwariskan secara diam-diam dan tersembunyi secara turun temurun.

Video upacara Black Mass (Misa Hitam) di bawah;

Lambang Satanisme tradisional yang terpenting adalah dewa Rom kuno Baphomet(anak kepada Iblis/Lucifer). Pada waktu itu, Baphomet menjadi lambang memuja syaitan. Para sejarawan yang mengkaji asal-usul tubuh seperti manusia yang berkepala kambing ini telah menemui beberapa petunjuk penting tentang kegiatan Satanis.

Baphomet yang berada dalam lingkungan Pentagram

Lambang Satanis kedua terpenting adalah Pentagram, iaitu bintang bersegi lima di dalam lingkaran. Yang menariknya, ada dua kumpulan dan pertubuhan rahsia di samping para Satanis yang menggunakan Baphomet dan pentagram sebagai lambang. Yang pertama adalah kumpulan Kesatria Biara Jerusalem (Knight Templars), iaitu kumpulan yang dituduh oleh Gereja Katolik sebagai penyembah syaitan, dan kumpulan ini telah dibubarkan pada tahun 1311. Kumpulan lain adalah kumpulan Mason yang telah bertahun-tahun lamanya menapak dengan kukuh di dalam setiap negara secara rahsia dan upacara ritualnya agak pelik.

Seperti yang kita tahu, hiburan kini sedang dikuasai oleh pengamal-pengamal sihir ini. Kebanyakan artis luar negara membawa masej, imej dan budaya yang pelik tetapi sinonim dengan kepercayaan hitam mereka.


Baphomet menjadi ikon bagi selebriti barat

Banyak sejarawan yang mengkaji kaitan antara Knight Templars dan Mason, mereka percaya bahawa terdapat hubungan antara Knight Templars dengan kumpulan Mason. Selepas Knight Templars dihalang bergerak oleh Gereja, mereka meneruskan misi dan kepercayaannya secara rahsia dan akhirnya berubah menjadi fahaman Mason.

RAHSIA & KONSPIRASIWhere stories live. Discover now