Freemason International Programme

195 1 0
                                    

Terdapat 3 versi yang menjelaskan tentang Program Antarabangsa Freemason, yang mana hal ini tidaklah aneh mengingatkan bahawa Freemason adalah sebuah organisasi yang bersifat rahsia, sehingga terdapat perbezaan antara versi yang satu dengan yang lain. Namun yang paling penting adalah hendaklah kaum Muslimin mengetahui strategi Freemason yang telah terbukti melalui berbagai bentuk dan usaha-usaha gigih mereka di dunia hingga ke hari ini.

Versi Pertama:

Dinukilkan daripada Kitab bertajuk “Risalah dalam Masalah Agama, Mazhab dan Isme” tulisan Muhammad bin Ibrahim Al-Hamd, menyebut Strategi Antarabangsa Freemason adalah sebagai berikut:

1.   Memfokuskan pada pembentukan pemuda di seluruh dunia untuk mengabdi pada kemaslahatan Yahudi dengan cara:

a)  Memanjakan para pemuda melalui berbagai media yang melalaikan bagi pemuda itu sendiri, apalagi bagi bangsa dan negaranya; kerana para pemuda itu akan hidup dalam pelbagai permainan dan hiburan.

b)  Tenggelamkan para pemuda itu ke dalam kerosakan, dan dalam perkara-perkara yang tidak bermakna, melalui berbagai kegiatan-kegiatan atau organisasi-organisasi olahraga dan muzik, dengan memanfaatkan media cetak serta media apa sahaja bagi mendukung hal tersebut.

c)   Menyebarkan dadah, pusat-pusat seks percuma (pergaulan bebas); yang mana hal ini diusahakan oleh Freemason agar para pemuda itu terlepas daripada cara hidup yang serius, dan kehidupan yang penuh dengan cita-cita dan visi.

2.   Menggunakan wanita sebagai usaha untuk menyebarkan iklan-iklan yang sangat menonjol daripada para wanita tersebut dan menyeru mereka supaya menonjolkan aurat melalui berbagai syiar mereka seperti:

a)  Kebebasan Wanita

b)  Wanita Berkerjaya

c)   Emansipasi (persamaan hak antara lelaki dan wanita)

d)  Wanita yang bekerja adalah lebih baik daripada wanita yang tidak bekerja

e)  Melibatkan wanita dalam dunia ekonomi bangsa dan negara

f)    Wanita dilibatkan dalam bidang seni mahupun bidang-bidang yang berkaitan dengan apa-apa yang menjadi kegemaran manusia.

g)  Wanita tidak boleh dibiarkan dianggap sebagai orang yang tidak berfungsi akalnya.

3.   Masuk ke dalam Parti-Parti dan kemudian mengusahakan agar semua parti-parti itu terfokus untuk memberikan sumbangan yang positif kepada Yahudi; atau paling tidak memberikan jaminan agar mereka tidak memberikan penentangan terhadap Yahudi atau tidak membangkang terhadap apa-apa yang menjadi kemaslahatan Yahudi.

4.   Memberikan asas atau motivasi kepada munculnya teori-teori atau pemikiran atau badan-badan yang menghembuskan kemerdekaan, contohnya: dengan pola pemikiran yang serba merdeka, serba hak asasi; kerana hal yang demikian itu akan mempercepatkan kepada situasi kekacauan iaitu kekacauan moral, porak-perandanya rumah tangga dan sebagainya.

5.   Menggunakan cara sogok-menyogok dengan harta atau seks, terutama terhadap orang-orang yang memiliki kedudukan penting di dalam masyarakat; selanjutnya melantik mereka agar berkhidmat serta memberikan sumbangan untuk Freemason. Hal ini dilakukan dengan menghalalkan segala cara.

6.   Memberikan motivasi terhadap teori-teori yang mendukung kekacauan teori ekonomi antarabangsa melalui sistem kapitalisme. Di mana hal ini dimaksudkan sebagai suatu cara untuk merosakkan akhlak dengan cara memanjakan manusia melalui harta atau rayuan perempuan. Ekonomi negara-negara pun harus dihancurkan atau dipesongkan sudut pandangnya, agar sesuai dengan kepentingan Freemason Yahudi.

RAHSIA & KONSPIRASIWhere stories live. Discover now