Pope Roman Peter II

843 7 1
                                    

Pendedahan dan Konspirasi Pope Benedict XVI!

Kita lihat pula di sebelah barat di mana berbagai pendedahan demi pendedahan mengenai perancangan Pope yang cuba untuk menjadikan satu kerajaan dunia dan satu agama dunia dan yang terbaru kita lihat adalah mengenai kemerosotan penyelesaian masalah mengenai apa yang berlaku di gereja. Seolah-olah Pope kini diambang kerosakkan keperibadiannya. Beliau gagal dalam menyelesaikan permasalahan pencabulan di gereja. Apakah ini sengaja diadakan atau sememangnya Pope sudah tidak tahu menyelesaikan permasalahan yang menimpa sejak akhir-akhir ini.


Pun begitu kita lihat carta penganut agama Islam di Eropah semakin meningkat. Manusia sudah mula mencari akan kebenaran yang sebenar-benarnya dan apakah ini menandakan kebangkitan Islam atau sengaja dibiarkan agar Islam ini sendiri yang akan bertelagah sesama Islam suatu masa nanti?

Daripada Ali Bin Abi Talib r.a berkata, telah bersabda Rasulullah s.a.w,
"Sudah hampir sampai suatu masa di mana tidak tinggal lagi daripada Islam ini kecuali hanya namanya dan tidak tinggal lagi daripada Al-Quran itu kecuali hanya tulisannya. Masjid-masjid tersergam indah tetapi ia kosong dari Hidayah. Ulama-ulama mereka adalah sejahat-jahat makhluk yang ada di bawah naungan langit. Dari mereka berpuncanya fitnah dan kepada mereka fitnah ini akan kembali".

Hadis Riwayat Al-Baihaqi.

Manakala di dalam sebuah hadis lain pula yang diriwayatkan :

daripada Thauban r.a., bahawa Rasulullah SAW bersabda, yang bermaksud,
"Setelah aku wafat, setelah lama aku tinggalkan, umat Islam akan lemah. Di atas kelemahan itu, orang kafir akan menindas mereka bagai orang yang menghadapi piring dan mengajak orang lain makan bersama."

Maka para sahabat r.a. pun bertanya, "Apakah ketika itu umat Islam telah lemah dan musuh sangat kuat?"
Sabda Baginda SAW: "Bahkan masa itu mereka lebih ramai tetapi tidak berguna, tidak bererti dan tidak menakutkan musuh. Mereka adalah ibarat buih di laut."

Sahabat bertanya lagi, "Mengapa seramai itu tetapi seperti buih di lautan?"

Jawab Rasulullah SAW, "Kerana ada dua penyakit, iaitu mereka ditimpa penyakit al-Wahn."

Sahabat bertanya lagi, "Apakah itu al-Wahn?"

Rasulullah SAW bersabda: "Cintakan dunia dan takut akan kematian."

Apakah kita hari ini merasa berbangga dengan bilangan umat Islam yang begitu ramai? Bukanlah untuk memperlekehkan umat Islam itu sendiri tetapi sesuatu harus dilakukan demi memartabatkan Umat Islam yang sejati sebagaimana yang dikehendaki oleh Rasulullah s.a.w. Kualiti Penganut agama Islam telah jatuh dengan teruknya hari ini. Hadis Baginda Rasulullah diabaikan, perpecahan sesama Islam juga tidak kurang hebatnya, saling menuduh sesama Islam, kafir mengkafirkan sesama Islam dan berbagai-bagai lagi pendapat yang menggunakan akal keselesaan manusia itu sendiri demi kepentingan yang menguntungkan peribadi.

Terdapat di mana hadis-hadis qudsi dipertikaikan sebagai contoh hadis yang bermaksud :

"barangsiapa yang kenal akan dirinya maka kenalah ia akan Tuhannya".

Ilmu-ilmu berkaitan mengenal Tuhan kerapkali dipertikaikan. Sedangkan Rasulullah juga melalui proses mengenal Tuhan. Tidaklah Rasulullah dilahirkan di dalam keadaan terus beragama Islam. Baginda melalui perjalanan yang perit dalam hendak mengenal Tuhan dan apa yang Rasulullah lalui ini akan juga kita lalui sekiranya kita benar-benar ingin mengenali akan Tuhan yang menjadikan. Begitu juga Pemimpin akhir zaman yang kita nanti-nantikan. Kedatangan Imam Mahadi bukanlah begitu mudah untuk kita mengenalinya.

Tidaklah mustahil sekiranya pada suatu masa nanti seandainya ada dari kalangan umat yang mengaku dirinya Islam tetapi menentang sendiri akan kebangkitan yang dinanti-nantikan. Jadi di mana perletakkannya sebagai seorang Islam tetapi pada hakikatnya menentang Islam yang sebenarnya.

RAHSIA & KONSPIRASIWhere stories live. Discover now