Lisa pun menunjuk arah ke tempat duduk kami. Baru saja aku nak berterima kasih dengan dia..

“Eh!! Apa yang cikgu buat kat sini?,” bentakku kerana terkejut. Kenapa tiba-tiba Lisa berubah jadi cikgu Ariel pulak? Eh! Bukannya tadi Lisa yang menarik aku? Jadi, selama ni cikgu Ariel lah yang memimpin aku ke mari?

“Mira, quiet please. Wayang dah nak mula,” beritahu cikgu Ariel berlagak macam tiada apa yang berlaku. Aku memeluk tubuh sambil dengan kuatnya menyandarkan diri ke kerusi wayang.

“So unfair,” bebelku. Perhatianku cuba ku tumpukan untuk menonton wayang yang baru nak mula.

Tapi,

Tak boleh!!! Bayangkan lah lelaki terkacak milik suamiku lebih menarik dari hero cerita dari negeri barat ni. Ya Allah, wahai kacamata pergilah kau dari wajah suamiku. Izinkan aku pulak yang berada di tempatmu.

Aku berpura-pura memandang ke tempat wayang ketika cikgu Ariel perasaan aku sedang memandangnya. Ceh!

“Ada masalah?,” soal cikgu Ariel, berlagak cool. Meh, dia memang cool.

“Tak, tak ada apa,” beritahuku. Nak menggeleng tak boleh, sebab dia memang tak nampak punya.

Bila aku dapat rasa dia sudah mengalihkan pandangannya ke skrin besar di depan. Sekali lagi, aku melirik memandang cikgu kesayanganku ini.

Terbit juga rasa belas kerana awal lagi tadi, aku yang beria-ria mengajak dia pergi ke Mall, tengok wayang dengan aku. Dan tanpa rungutan walau sedikit pun, dia tetap ingin menemaniku.

Adakah..aku ni hanya mampu menyusahkan hidupnya?

Aku menundukkan kepalaku, tiba-tiba selera nak tengok wayang, hilang entah kemana. Kan. Aku hanya mampu menyusahkan cikgu Ariel. Kan lebih baik aku biarkan dia berehat kat rumah hari ni.

Cikgu Ariel Mikail..

Abang Ariel Mikail..

...

Kenapa rasanya macam pelik je menyebut nama tu?

Abang Ariel Mikail..

!!

Oh, aduh, kenapa panggilan ‘abang’ ni buat aku dan Cikgu Ariel macam abang dan adik. Mungkin.. Mungkin.. Ini lah rasa cikgu Ariel kot?

Atau , dia sebenarnya geli?

Aku sekali lagi melirik memandang cikgu Ariel yang maaih menumpukan perhatiannya pada cerita di depan kami.

Aku cuba sekali, Bismillah. Fuh.. Fuh.. Fuh..

“A-,”

Boom!!!

Oh, kau! Mak oi, sound effect kuat sangat lah pulak cerita ni. Habis luluh jantung aku dibuatnya. Kurang ajar. Aku saman kau sound effect!!

Aku mengeluh, nampaknya rancangan aku dah musnah. Ini kali terakhir aku akan menonton movie ber-genre kan film aksi. Ini semua salah si Lisa lah ni, nak sangat tengok cerita entah apa-apa lah punya tajuk. Apa? Under the Umberella?

Hihihi, macam lagu Rihana ada jugak.

Akhirnya, aku hanya membuang masa mengira berapa urat bulu kirai yang ada kat bahagian muka cikgu Ariel di sepanjang wayang dipertontonkan.

Tapi gagal sebab aku tersilap kira apabila cikgu Ariel menoleh ke kirinya untuk mengambil minumannya. Sia-sia usaha aku.

Selesai,

“So, over 10 macam mana rate cerita tu?,” soal Lisa kepadaku yang tanpa aku sedar dia sudah seiringan dengan aku dan Cikgu Ariel.

“0.5,” beritahuku selamba.

“Huh? Aku rasa ianya layak diberi 7,” komen Lisa, dipersetujui dengan Daniel dan Cikgu Ariel. “Despite the sound effect yang melampau besar volume dia tu lah,”

“That’s the reason kenapa aku bagi low sangat, kau tahu tak? Rancangan aku ga-,” aku menutup mulutku bila aku tersedar aku dah terlebih cakap.

“Rancangan?,” soal Daniel.

“Well, hahaha, aku sebenarnyaaaa... Nak.. Hmm.. Arr.. Ah! Aku nak tidur tadi, yup, aku nak tidur,” beritahuku dengan yakin.

“Tidur?,” ulang Lisa, muka dia tu. Macam tak yakin je dengan jawapan aku. Aku mengganguk laju, “Kan tadi kau yang beria nak ajak kami tengok wayang, sekarang kau pulak yang nak tidur?,”

“Daa, tadi tu tadi, ini tu ini,” kataku dengan senang memberi jawapan.

“Mira, kamu sihat ke?,” soal cikgu Ariel, macam perihatin. Macam!

“Yup, sihat wal’afiat!,”

“That’s good sebab memang kamu hari ni lain macam je,” bebel cikgu Ariel. Lain macam? Ooooooh, dia perasan lah?

“Bang, saya minta izin dulu nak jalan dengan Lisa, so bye,” pamit Daniel sambil menarik laju tangan Lisa. Si Lisa tu pulak ketara dia terkejut habis. Bagus lah. Tinggalkan kami berdua, ya?

Diam~

“Er, cikgu nak pergi kemana?,” soalku agak kekok.

“Kamu nak kemana?,” soal cikgu Ariel kembali.

Kita tanya dia, dia tanya kita pulak. Kalau aku, aku akan bawa kau ke tempat yang memang ketara kau belum pergi. Habis kau hari ni.

“Cakap lah, tak payah malu,”

“Saya tak malu,”

Aku mencebik, yelah tak malu. “So?,”

“Kamu ada nak pergi kemana-mana? Kalau tak kita balik je-,”

“Let’s go to UNI Arcade! Kita nyanyi berduet,” kataku lalu laju mengorak langkah, sama ada cikgu Ariel masih kat belakang aku atau tertinggal aku tak pasti. Yang pasti aku nak menyanyi duet bersama cikgu Ariel sekarang.

Di Karaoke box,

...

“Mira,”

“No, cikgu kena nyanyi juga, come on, sekali ni je,” pujukku tanganku sudah laju menekan-nekan punat butang yang ada di dalam karaoke box ni.

“Mira, saya tak akan menyanyi di tempat macam ni,”

“Please, cikgu,”

“No,”

“Saya akan urut cikgu malam ni,”

“No, thanks,”

“Saya akan tidur lain bilik malam ni,”

Diam.

What? Dia betul-betul nak aku tidur kat lain bilik ke? Oh, cikgu. Tak boleh jadi ni. Melampau betul.

“Still no,”

Fuh.

“Habis? Apa yang saya perlu buat untuk cikgu sudi menyanyi dengan saya yang setengah merayu sekarang ni?,” kataku sengaja buat-buat suara sedih. Tak malu betul kau ni, Mira.

Tiba-tiba je muka laki aku ni merah semacam je, kenapa? Hahaha, aku baru je terfikir benda paling mengarut dalam otak aku ni. Haha! Gatal aku ni!

“Mira,”

“Yes? Cikgu dah setuju nak nyanyi dengan saya?,” kataku gembira.

Cikgu Ariel mengangguk, “But in one condition,”

Aku mengeluh, dah agak dah. Dah agak. Mesti ada syarat punya tu. Mana ada benda baik yang mudah berlaku macam ni?

“Apa?,” tanyaku, sambil lewa memeriksa kuku jariku.

“Tolong keep on panggil saya ‘cikgu’ buat masa ni,”

HAH??!

Projek Bantah KahwinWhere stories live. Discover now