25

7.9K 139 25
                                    

Tubuhku digerak perlahan. Siapa pulak yang berani kacau sleeping beauty tengah beradu ni? Aku bagi makan epal snow white nanti baru tau! Terus tido dalam tanah. Aku membiarkan tangan yang sibuk menggoncang tubuhku. Aku dah la penat, letih, tired! Tak paham bahasa punya budak! Sekali aku lesing kang baru tau. Berpusing kepala.

"Airysha! Bangun la cepat!" jerit Danial di telingaku. Wahh!!! Pecah ear drum aku ni! Sape nak ganti kalau telinga aku pekak? Nak tukar telinga dia? Tak nak aku. Tak hingin!

"Yang jerit-jerit kat telinga aku ni kenapa? Kau ni kan, kalau sehari tak sakitkan hati, memang tak sah! Cicak kobeng modern betul! Dulu cicak reti keluarkan bunyi cak-cak je. Sekarang cicak dah baru! Boleh jerit panggil nama aku lagi. Kalau telinga aku ni pekak, jatuh la saham aku! Kau nak bertanggungjawab? Tak, kan? Kau tau tak, aku ni dah cukup sabar dengan perangai kau yang pelik-pelik tu. Kejap-kejap jahat, kejap-kejap baik. Ni yang semenjak dua menjak jadik baik dengan aku ni kenapa? Nak amek hati aku? Nak bodek aku? Oi pakcik.. aku tak makan rasuah tau. Kau ni kan kalau tak...." tak sempat aku menghamburkan habis kata-kataku, Danial terlebih dahulu menyumbat mulutku dengan tuala.

"Kau berleter, berdesing telinga aku. Dah la laju macam roket. Bangun la. Kau takde kelas ke hari ni? Dah pukul tujuh dah ni. Tau la cuti, jangan nak membuta je keje." Danial yang aku lihat sudah lengkap berpakaian kemeja bersama seluar slack dipandang sepi. Tangannya dipegang seutas tali leher. Lawa pulak warna tali leher tu. Kenapa eak perempuan tak boleh pakai tali leher? Mesti smart kan kalau aku pakai. Aku ni kalau pakai apa pun, sume cun habis!

"Hoi! Berangan apa?" Danial mengawang-awangkan tangannya di hadapanku, sekaligus melenyapkan lamunanku.

"Pukul berapa sekarang?" soalku. Mataku terkedip-kedip memandangnya. Aih minah ni! Tadi aku cakap, takkan tak dengar? Suara aku kuat sangat kot sampai pekak dibuatnya budak ni.

"Tujuh sayang oi. Untuk lebih tepat, tujuh suku." Demi mendengar kata-kata Danial, aku terus berlari mengambil baju dan tuala. Terkocoh-kocoh aku membuka pili air.

"Mak oi!!" aku menjerit kesakitan. Danial mengetuk pintu bilik air ingin memastikan aku baik-baik sahaja.

"Kenapa tu?" soal Danial risau.

"Kau la! Dah pakai air panas! Bukan reti nak tutup balik. Mati-mati aku ingat air sejuk! Ni nak bunuh aku, macam ni la! Tau sangat dah plan kau. Dah la aku dah lambat. Buat haru betul. Asal kau tak kejut awal-awal?" aku yang dalam bilik air menghambur rasa geramku. Danial membuat tangan insyarat membebel. Danial terus berlalu. Malas nak dengar budak period membebel. Seminggu ke aku nak kena dengar dia membebel? Cepat la period kau habis wahai puan Alia Airysha. Aku tak sanggup nak dengar cot-cet kau lagi. Sakit telinga aku.

"Danial, kau hantar aku pergi kuliah hari ni tau. Tau!" aku menyepi untuk mendengar respon. Sepi? Mana budak ni pergi. Ada yang nak kena fire dengan aku lagi ni. Segera aku memakai pakaianku. Aku keluar dari bilik air. Aik? Hilang manusia ni? Tudung yang tersedia diseterika dicapai. Selesai memakai tudung, aku menyarung stoking dan handsocks. Beg tangan segera dicapai bersama buku-buku. Adeh! Dah pukul tujuh empat puluh satu! Kelas pukul lapan suku. Mati aku hari ni!

"Abang!" panggilku. Aiseh! Abang tu! Naik geli aku panggil dia abang. Kalau boleh, kat ruang tamu jugak aku nak muntah. Sediakan besen dengan segera!! Aku melihat kiri dan kanan. Kosong. Mak Som mesti kat dapur. Mommy, bersiap nak pergi butik kot. Yang batang hidung Danial aku tak nampak ni kenapa? Deruman kereta jelas kedengaran di luar. Aku berlari-lari ke garaj. Danial dah ada dalam kereta! Segera aku mengetuk cermin pintu kereta Danial. Danial menurunkan cermin.

Cinta KontrakWhere stories live. Discover now