1

21.7K 312 39
                                    

Aku hanya manusia biasa. Yang lahir dari keluarga miskin. Bapaku seorang nelayan yang bernama Zulkifli. Manakala ibu, hanyalah suri rumah yang mengambil upah untuk membasuh pakaian penduduk kampung. Ala.. macam dobi la katakan.. Nama ibuku, Nur Aisyah.

Aku mempunyai seorang adik lelaki yang sangat nakal! Tapi aku tahu, hati dia baik. Namanya Zariff Iskandar. Aku sering memanggilnya nasi kandar! Adik perempuanku yang bongsu sangat comel! Namanya Nur Alina Antasya. Aku juga mempunyai seorang kakak yang bernama Nur Alisyah. Perangainya sebijik macam singa betina! Garang nak mampos!! Aku lupa untuk memberitahu namaku.. aku.. Nur Alia Airysha.

21 FEBRUARI 2009

"Alia, tolong ibu kejap!" nyaring suara ibuku memanggilku. Baru je orang nak belajar buat diari. Kacau la ibu ni. Umur aku baru 19 tahun. Tapi aku tak dapat melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi kerana kesempitan hidup. Bukan sebab aku tak pandai tau! Result aku semua flying colours tau!

"Tolong apa, bu? Along mana?" soalku.

"Along pergi tolong ayah kat laut. Yang awak tu, terperap dalam bilik buat apa? Ni! Tolong ibu cuci pinggan yang berlonggok dalam sinki tu. Jadik anak dara, kena la rajin sikit. Ni terperap dalam bilik je." Seloroh ibu.

"Lia baru nak belajar tulis diari la." Aku menarik muncung panjang. Kakiku pantas bergerak menuju ke sinki. Lantas aku menyentengkan lengan bajuku dan memulakan 'operasi pinggan kotor'. Ibu menggeleng kepala melihat gelagatku. Aku seorang yang ceria. Walaupun banyak musibah yang menimpa keluargaku, tapi aku tetap ceria dan senyum sepanjang hari. Biarpun niat dihati ingin marah, tapi aku tetap akan senyum. Mungkin sebab itu, adik-adikku amat rapat dengan akuku berbanding dengan Along.

Tiba-tiba aku mendengar dekahan ketawa yang keluar dari bibir Zariff. Aku tertanya-tanya apa la yang kelakar sangat buat Zariff. Ibu melihat Zariff berlari masuk ke dalam dapur. Sisa tawanya masih tak habis. Aku menggeleng.

"Asal dengan Alang ni? Ketawa macam hantu je." Usikku.

"Angah, macam mana Alang tak ketawa? Tengok diari siapa entah ni? Ayat nak atur pon macam budak-budak! Ibu! Cuba ibu dengar ni, aku lupa nak memberitahu namaku..." Zariff membaca sedikit apa yang aku tulis sambil ketawa. Ibu menggeleng-geleng kepala. Lantas Zariff menyuakan buku berwarna kuning air dihadapanku. Mataku membuntang. Walaupun tanganku tak lagi dibilas dan dipenuhi dengan sabun, aku cuba sedaya upaya untuk merampas diariku dari tangan adikku. Nasik kandar betul budak ni tau! Zariff pantas berlari mengelilingi meja makan di dapur. Aku cuba mengejar. Habis lantai dipenuhi dengan sabun.

"Alia! Zariff! Sudah-sudah lah tu! Kamu berdua ni, macam budak kecik. Sekor dah umur 19 tapi macam sembilan tahun. Yang sekor lagi dah 17 tahun, nak masuk 18. Tapi perangai macam budak tadika!" aku dan Zariff berhenti berkejaran dan saling berpandangan. Aku memerhatikan punggung Zariff manakala Zariff memerhatikan punggungku.

"Ibu, takde ekor pon kat belakang kitorang." Serentak aku dan Zariff berkata-kata. Dari luar, aku mendengar dekahan suara tua ayah dan suara ayu Along. Ibu mengetap bibir.

"Alang!! Lari cepat! Magma dah nak meletus!! Selamatkan diri!" aku terus menarik lengan Zariff dan berlari keluar dari rumah. Dengan hanya berkaki ayam, aku dan Zariff menjejak tanah. Ibu melontarkan selipar pada kami. Dah macam beruk kitorang ni yang berusaha mengelak ke kiri dan kanan!! Sakit ow kena selipar! Lagi-lagi selipar Alang. Dah la selipar getah. Main selipar tiga kalau baling guna selipar Alang, memang lebam!

"Along!! Tolong la kitorang!" Zariff memohon. Along masuk ke dalam rumah dengan selamba. Untuk seketika, dia keluar kembali sambil memegang kain tudung.

Cinta KontrakWhere stories live. Discover now