CK REVAMP BAB 6

210 1 0
                                    

ALONG bagi tahu nampak sangat perbezaan ibu sejak aku takde kat rumah. Walaupun aku selalu buat onar kat dalam rumah, tapi kehilangan aku dirasai. Hehe. Nasi kandar ingat dia anak kesayangan sebab dia seorang aje hero? Pigidahh! Mandat aku lagi tinggi woi!

Disebabkan itu juga Along beli telefon untuk ibu. Sebab senang nak telefon aku. Along cakap dia beli telefon yang paling murah.

Ada pula orang jual telefon harga RM 80? Nokia hitam putih tu lah!

Waktu mula-mula Kak Yati bagi tahu aku yang ibu telefon, rasa macam nak melompat! Tapi disebabkan kekangan masa bekerja, aku tak boleh nak cakap lama dengan ibu.

"Ibu, Angah nak kena sambung kerja ni. Nanti kita bersembang lagi eh? Angah segan nak minta pinjam telefon Kak Yati. Tapi gaji bulan ni Angah cuba guna sebahagian untuk beli telefon eh?"

Tanpa aku sedar, ada orang lain yang pasang telinga. Dasar telinga kuali. Penyibuk betul.

Aku simpan semula telefon Kak Yati di dalam begnya dan terus berpaling untuk ke bahagian depan.

"Kenapa kau takde phone sendiri?" Danial menyoal aku. Aku tak pastilah itu soalan atau sindiran. Suara dia bunyi macam menyindir pun ada.

"Kau sibuk kenapa? Kau buat ajelah kerja kau." Aku cuba untuk berlalu pergi, tapi lengan aku dicengkam dan aku terkebelakang semula.

"Jangan biadab!" aku rentap lengan aku sekuat hati. Danial angkat kedua belah tangan dengan mata menjegil. Sekali lagi seakan mengejek.

"Phone adalah perkara asas yang kau kena ada. Macam mana mummy aku boleh terima kau bekerja kat sini? Macam mana nak contact kau kalau ada masalah apa-apa?"

"Kau tanyalah mummy kau. Dia yang buat keputusan. Bukan aku. Yang kau tanya aku kenapa?"

"Soalan utama aku—kenapa kau takde phone."

Aku juling mata. "Aku ada phone ke, takde ke.. tak kacau spender kau pun. Berlubang ke spender kau kalau aku takde phone?"

Aiseh minah ni. Dia main spender-spender pula. Kalau aje dia tahu yang spender kegemaran aku ada lubang. Walaupun banyak kali mummy ugut nak buang. Tapi aku tetap selamatkan spender aku yang satu tu. Aku tak tahu kenapa. Yang berlubang tu lah yang paling selesa weh! Shhh. Ini rahsia kita aje.

"Aku tahu kau dari kampung. Tapi jangan tunjuk sangat kekampungan kau tu. Orang kampung pun banyak dah pakai telefon lagi canggih dari aku punya. Ubahlah sikit diri kau tu. Upgrade sikit. Jangan nak ikut selesa kau aje." Danial masih gigih nak sakitkan hati aku.

Aku pandang Danial macam nak telan. "Aku rasa kau ni sakit. Ada masalah hati. Tak boleh tengok orang aman. Daripada kau sibukkan kain aku, kau sibukkan dulu kain kau."

Danial pandang kaki aku selepas dia membelek seluar hitamnya.

"Kaki aku elok. Kain kau tu. Ada koyak ke? Aku boleh tolong jahitkan," sengih Danial.

Bengkak aje hati aku dengan mamat kempreng ni. Ikutkan hati aku, memang aku nak 'bagi' aje sebiji kat muka dia ni.

Aku mampu ketap gigi aje buat masa sekarang dan berlalu pergi. Lagi aku bertahan di situ, lagi sakit jiwa aku.

SEKALI lagi aku terserempak dengan Danial waktu rehat. Tapi kal ini dia bersendirian di luar bangunan membeli-belah. Ada sepuntung rokok di tangan. Asap berkepul-kepul.

Cinta KontrakWhere stories live. Discover now