16

6K 108 2
                                    

Seperti yang telah dipersetujui, aku dan Danial tidak perlu berhoneymoon sekarang. Aku juga boleh menarik nafas lega apabila Datin Aleeya yang merangkap mommy ku bersetuju dengan cadangan anak tunggalnya untuk membiarkan aku bekerja di butik sementara menunggu kemasukan ke universiti. Cuti seminggu sudahpun dihabiskan. Cuti seminggu aku rasa macam sehari je. Tak sempat nak rehat, Danial tarik aku ke kiri kanan. Kejap-kejap pergi sana. Kejap-kejap pergi sini. Kalau aku pakai kaki sencond hand, rasanya dah longgar skru-skru kat kaki ni. Boleh tercabut!

Keadaan makin membaik setelah aku dan kak long berkahwin. Duit untuk ayah dan ibu tidak perlu lagi dirisaukan kerana aku dan kak long sudah mempunyai gaji masing-masing untuk disuakan kepada orang tua kami. Aku kurang pasti pekerjaan kak long kerana kak long makin sibuk dengan kerja-kerja di universiti. Mungkin ini takdir hidup aku. Dulu mungkin aku susah, sekarang, alhamdulillah sudah makin membaik.

Dalam pada masa yang sama, aku dipaksa Danial untuk mengambil lesen kereta untuk memudahkan aku bergerak. Katanya, kereta belambak kat rumah takkan nak buat pekasam. Baik digerakkan sebelum kereta-kereta tersebut masuk liang lahad.

Setiap kali hujung minggu jika Danial tidak mempunyai kerja, dia pasti akan membawa aku ke padang berhampiran dan mengajarku cara untuk memandu kereta. Dalam hati aku bersyukur dengan Allah kerana mengurniakan aku seorang suami yang baik. Tetapi malangnya, kenapa dia suka sakitkan hati aku? Kalau tak perli aku satu hari, tak sah!

Aku membetul-betulkan baju yang bersangkut di almari kiri dan kanan butik. Butik memang pakai almari ke untuk sangkut baju? Hmm .. pandai jugak. Boleh elakkan baju senang kotor. Siap disimpan dalam plastik lagi tu.

Telefonku berdering kuat. CICAK KOBENG. Aku mengeluh perlahan. Ada apa la pagi-pagi buta telefon aku ni?

"Assalamualaikum." Jawabku perlahan.

"Waalaikumussalam." Jawab Danial sepatah. Sepi seketika talian.

"Apa?" soalku setelah tiga minit mendiamkan diri.

"Saja." Sepatah yang ditanya. Sepatah yang dijawabnya. Aku mengeluh buat kali kedua. Entah kenapa dengan saluran pernafasan ni, macam tak cukup oksigen nak mengeluh banyak kali.

"Aku banyak kerja la." Beritahuku.

"Okay." Danial terus mematikan talian sebelum sempat aku memberikan salam. Peliknya. Kenapa dia tiba-tiba jadik macam ni?

"Hey." Sapa Kimi sambil menjengahkan kepalanya di pintu bilik Danial. Danial yang sedang sibuk memutar pen di tangan terkejut.

"Hey-hey plak kau. Lain kali bagi salam." Pesan Danial.

"Sejak bila main salam-salam ni? Banyak pengaruh angah bawak kat kau, kan." Kimi melangkah masuk ke dalam bilik Danial dan duduk di kerusi yang berhadapan dengan Danial.

"Pesal?" tanya Danial. Takde angin, takde ribut, tiba-tiba muncul office aku ni pesal ?

"Aik? Jumpa kawan pun tak boleh?" soal Kimi pelik.

"Bukan tak boleh. Pagi-pagi kau jumpa aku. Kau tak kerja ke?" Danial bangun dari kerusinya dan berjalan-jalan di dalam biliknya. Dia tidak senang duduk. Hatinya masih di rumah. Teringatkan Airysha.

"Company bapak aku. Tak susah aku nak loloskan diri." Kata Kimi.

Danial tetap diam. Tidak tahu apa yang perlu dikatakan. Bibirnya terkunci untuk berkata-kata. Kenapa dengan aku ni? Gilerr rindu kat minah tu! Hati Danial berperang sendiri. Rindunya dah sama tinggi dengan Everest!

Cinta KontrakWhere stories live. Discover now