19

5.6K 93 3
                                    

Hubungan aku makin membaik dengan Danial. Adakalanya aku masih disakat dengan lawak bodohnya. Kini aku dah berada di semester satu di UIA. Aku berazam untuk meraih segulung ijazah. Kalau diberi peluang, takkan ijazah je? PhD pun aku nak sapu! Tetapi apa yang mengacau fikiranku, aku ditakdirkan untuk bertemu musuh ketatku! Muhammad Amir Farhan. Lelaki yang pernah menghancurkan hatiku satu ketika dulu. Kerana dia, aku tak dapat fokus dalam paper Fizik waktu SPM. Kerana dia, aku tak berani mempertaruhkan cinta aku untuk sesiapa sahaja. Tapi Allah Maha Berkuasa. Kini Danial berada di dalam hatiku. Itupun aku tak pasti jika dia benar untukku. Kenangan lama berputar ligat dalam kepalaku.

"Alia!" jerit Farhan memanggil dari belakang. Aku yang sedang melangkah untuk pulang ke rumah setelah tamat menjawab soalan Kimia, berhenti. Aku menoleh. Senyuman manis aku hadiahkan buatnya.

"Apa?" soalku.

"Aku nak cakap sikit dengan kau. Kau dah nak balik ke?" termengah-mengah Farhan.

"Baru nak balik. Cakap la." Aku menadah telinga untuk mendengar kata-kata Farhan.

"Tepi pantai jom." Pelawa Farhan. Aku mengangguk. Kami berjalan menuju ke tepi pantai. Angin yang meniup kadang-kadang membawa pasir masuk ke mataku. Aku menenyeh-nenyeh mataku kepedihan.

"Aku.." Farhan cuba mengatur kata. Aku masih bersedia untuk mendengar. Dia bukan pakwe aku. Tapi hanya teman tapi mesra. Tapi aku sangat sayangkan dia. Aku tak berani nak bercouple kerana aku pernah diberitahu bahawa couple itu haram dan boleh membawa kepada pelbagai jenis zina. Zina hati, zina mata, zina telinga, zina mulut, dan banyak lagi jenis zina.

"Aku tau kau sukakan aku. Dan aku pernah sukakan kau." Ujar Farhan perlahan. Pernah? Apa maksud dia? Aku masih sabar menanti kata-kata seterusnya.

"Tapi kita tak pernah couple. Aku tak terikat dengan kau, kan?" Farhan memandangku meminta kepastian. Jantung aku berdegup laju. Terikat? Kau ingat kau tu lembu ke nak kena ikat?

"Hati aku.. hati aku dah berubah." Sambung Farhan. Aku masih bersabar. Namun degupan di dada makin pantas.

"Maksud kau?" aku bertanya.

"Kau bukan makwe aku. Hati aku bebas untuk suka kat siapa pun." Farhan memandang ke arah laut. Aku pula masih memandang wajahnya. Hampir gugur air mata. Tahan Airysha! Tahan!!

"Oh. Ye." Jawabku perlahan. Aku dah tak tau nak cakap apa! Kelu. Lama kami menyepi menikmati deruan angin laut.

"Siapa yang kau suka tu?" aku cuba memaniskan muka bertanya.

"Sue." Jawab Farhan lemah. Sue? Sumayyah?! Kawab baik aku sendiri?

"Oh.. kalau betul kau sukakan Sue, jangan sia-siakan dia. Jangan mainkan hati dia. Kau tau kan, dia kawan baik aku?" aku masih berlagak tenang. Tapi dalam hati, hanya Allah yang tau betapa hebatnya tsunami, taufan, gempa bumi dan banjir yang boleh meranapkan hati aku sehingga berkecai berkeping-keping.

"Aku tau." Suara Farhan mengendur. Dia masih tidak berani memandang wajahku.

"Aku nak balik dulu. Esok paper Fizik. Banyak lagi yang aku tak baca. Kau pun tau kan aku ni suka belajar last minute." Setelah memberi salam, aku terus pulang ke rumah bersama linangan air mata.

Sedikit pun tiada rasa benci pada Sumayyah. Sumayyah sendiri tak tau Farhan sukakan dia. Aku memeluk bantal dakap erat. Buku Fizik tidakku baca. Perlu ke aku benci Farhan? Lagipun dia bukan curang. Tapi dia.. dia sukakan Sue. Dalam banyak-banyak orang, kenapa Sue? Sue cantik. Sue berharta. Sue pandai. Sue pandai agama. Aku? Aku tak cantik, aku tak berharta, aku tak pandai. Agama? Aku sendiri tak pasti.

Cinta KontrakWhere stories live. Discover now