5

7.1K 112 4
                                    

Ahhhh.. pagi ni hujan la pulak. Sedapnya kalau dapat tidur lebih masa. Kalau kat kampung, dengan keadaan tengah period ni, pukul 12 pun belum tentu bangun lagi. Hujan lebatnya. Nikmatnya hidup kalau dapat tidur!!

"Airysha!! Liat sungguh minah sekor ni nak bangun pagi! Kalau lah boleh solat ni, mesti lambat nak buat kan?" marah Kak Yati. Haishh, membebel je kerja makcik ni. Eh, bukan makcik dah, sekarang dah layak status nenek. Aku ingat tinggalkan kampung, boleh selamat dari bebelan Along, rupanya nenek ni membebel lagi sakit telinga. Cair tahi telinga ni tau tak!

"Kak Yati ni! Baru pukul 6.30. Pukul 7 nanti orang mandi la. Lagipun sekarang kan Datin kata butik bukak pukul 9. Jangan la rushing sangat. Orang mengantuk tau tak. Semalam orang tidur lambat. Sembang dengan Along lama sangat sampai panas telinga ni." Rengekku panjang lebar. Aku memeluk erat bantal peluk. Membayangkan bantal itu seperti ibu.

"Berangan peluk ibu la tu. Anak manja! Kak Yati lupa pulak Datin dah tukar waktu. Ni mesti sebab anak dia, kan? Handsome giler anak Datin! Cair hati Kak Yati." Celoteh kak Yati. Aik! Sempat pulak memuji cicak kobeng tu? Depan mak pura-pura anak soleh! Belakang, perangai macam hantu! Jembalang ikan bilis betul!

"Ehem, jangan lupa abang Haziq. Jap gi tak kawen baru tau." Gurauku. Paha aku lagi sekali menjadi sasaran. Aduhhh! Silap haribulan, paha ni bukan lagi putih, biru terus jadiknya!

"Kak, orang tau paha orang lawa. Gebu, sedap, cantik, comel. Jangan suka-suki cubit boleh tak? Sakit tau tak. Nanti orang gigit Kak Yati baru tau." Ugutku. Geram tau! Ingat badan aku ni tak pakai insurans ke? Ada tau!

"Eleh, sikit je. Tu pun nak kecoh. Semalam sembang apa dengan Along?" soal Kak Yati teruja.

"Pasal ibu, ayah, Lina, Nasi Kandar, abang Kimi..." aku tidak dapat meneruskan kata-kataku kerana menguap.

"Nasi Kandar?" soal Kak Yati.

"Iskandar la." Terangku sambil ketawa.

"Oh, ada jugak masuk abang Kimi? Macam mana pulak tu?" membuak-buak perasaan ingin tahu Kak Yati.

"Abang Kimi hantar rombongan meminang Along. Rupanya Along dah lama maafkan abang Kimi. Along tak terima lagi pinangan tu sebab ibu dengan ayah. Along nak tolong ibu dengan ayah. Tapi abang Kimi janji akan bantu semua dengan syarat Along sambung balik study. Supaya kemudian hari Along boleh tolong ibu dengan ayah." Terangku panjang lebar.

"Abang Kimi dah balik dari Belanda?" soal Kak Yati. Aku hanya mengangguk. Kak Yati juga mengangguk faham.

Ahh sudah! Sembang punya sembang, dah pukul 8! Aku terus ke bilik air setelah Kak Yati menyuruhku segera mandi. Aku sempat berfikir, apa yang aku nak buat untuk kerjakan cicak kobeng tu?

"Mommy, jom la cepat pergi butik! Niel dah ready ni!" semangat sungguh Danial. Jam baru menunjukkan pukul 8.12 minit. Datin Aleeya terkejut. Anak teruna seorang ni, pelik-pelik je. Tak dapat dijangka tindakannya. Sekejap rajin, sekejap malas, sekejap baik ,sekejap nakal.

"Awal pulak hari ni! Semalam bukan main liat lagi nak teman mommy." Perli Datin Aleeya.

Danial hanya tersengih macam kerang busuk. Beg yang tersangkut dibadannya menyimpan sejuta rahsia. Peralatan yang akan dia gunakan untuk mengenakan Airysha tersimpan di dalam beg itu.

"Pukul 8.30 baru keluar. Mommy nak kemas dapur kejap." Datin Aleeya meneruskan kerja mengemasnya bersama pembantu rumahnya. Walaupun dia sudah mempunyai pembantu, tetapi dia tetap membantu pembantu-pembantunya untuk mengemas rumah. Itu sudah menjadi rutin hariannya. Senaman, katanya. Danial terus menerus menanti ibunya selesai mengemas. Yang pasti, lipas di dalam botol dan kodok yang dia cari semalam mesti hidup! Aku nak tengok macam mana reaksi kau, Alia Airysha. Sengih Danial.

Cinta Kontrakजहाँ कहानियाँ रहती हैं। अभी खोजें