CK REVAMP BAB 7

757 9 3
                                    

ENTAH apa yang buatkan Danial tak puas hati dengan aku. Sedangkan aku tak kacau tahi hidung dia pun. Tapi dia tak habis-habis nak menempel kat aku dengan perangai dia yang menjengkelkan. Aku ingat dia lagi tua dari aku, perangai dia akan lebih matang. Eh nokharom taubat nasuha istighfar aku dengan dia.

Sepanjang aku bekerja dekat butik mak dia, banyak kali juga aku terserempak dengan dia waktu rehat. Dan dia BUKAN BERSEORANGAN. Setiap kali rehat, bertukar-tukar perempuan yang teman dia makan.

"Hoi." Danial menegur aku dari belakang. Aku dengar. Tapi aku tak nak sahut. Kaki aku melangkah laju nak masuk ke dalam butik. Masa rehat dah tamat.

Selamba land aje dia tarik tudung aku dari belakang, membuatkan langkah aku terhenti dan anak tudung aku ikut tertarik ke belakang. Jendul aku terkeluar!

"Apahal dengan kau ni?!" aku pusing ke belakang sambil membetulkan tudung dengan muka yang tak puas hati.

"Teman aku," ujarnya.

"Teman apa?"

Danial buat isyarat merokok. Aku bulat mata.

"Kau ingat aku ni member kau ke? Kenapa aku nak kena teman kau pula?"

"Supaya kalau aku masuk lambat, kau boleh backup aku. Mak aku tahu kau budak yang baik. So kalau aku ada dengan kau, mak aku tahu aku pergi buat kerja yang baik."

Aku kecilkan mata. "Kau nak suruh aku menipu dan bersubahat dengan kau buat benda haram?"

"Bukannya aku nak buat apa-apa kat kau pun! Haram apanya?"

"Merokok tu tak haram?"

Danial menjeling. "Teman ajelah aku kejap."

"Aku ada hak untuk menolak. Kau dengan dosa kau, boleh pergi neraka." Aku jelir lidah.

Danial ketap dinding pipi. Aku tahu dia marah dengan aku. Tapi come on lah. Kau rasa make sense tak dia nak ajak aku pergi teman dia merokok?

Aku? Teman dia?! Merokok?!! Gila.

Aku ingat aku dah terlepas daripada perangai setan dia. Rupanya tak.

Danial masuk butik 15 minit selepas aku. Mungkin itu butik mak dia, jadi dia tak takut kalau kena leter pun.

Aku macam biasa, buat kerja aku. Tapi mata aku sempat menjeling ke arah Danial yang melangkah selamba dengan air Starbuck di tangan kanan.

Banyak kali semua pekerja diingatkan supaya tidak membawa makanan atau minuman ke dalam butik selain air kosong.

Danial menghilang macam tu aje di sebalik stor. 30 minit kemudian, sedang aku mengemas baju yang tidak berlipat, aku ternampak cawan Starbuck itu diletakkan betul-betul di tepi para!

Ini kalau Datin nampak, mahunya kena bebel. Aku tak tahu air itu milik siapa. Mungkin ada pelanggan yang tertinggal?

Aku baru nak alihkan ke tempat lain air tu, tapi tiba-tiba kaki aku disadung. DISADUNG ya. Bukan TERSADUNG!

GEDEBUSH!

Air itu jatuh ke atas timbunan baju yang berlipat elok di atas rak. Aku rasa darah dah berhenti mengalir. Muka aku pucat.

Danial buat-buat terkejut padahal aku tahu itu kaki dia yang sadung aku!

"Hey, Airysha. Kau okay tak?" Dia cuba tarik lengan aku untuk bangun tapi aku tepis kasar sebab aku tahu dia sengaja!

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: May 17, 2023 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Cinta KontrakWhere stories live. Discover now