17

6.1K 103 0
                                    

Aku terjaga apabila azan subuh berkumandang. Sakitnya pinggang tidak terkata! Manakan tidak, semalaman tidur di sofa panjang. Patutlah leher aku rasa macam nak patah, rupanya aku bersandar kat Danial. Televisyen masih terpasang. Siaran masih ada. Al maklum lah, astro tak pernah tido! Melihatkan posisi Danial yang tidur menegak sambil tangannya menopang dagu di kanan sofa, membuatkan aku serba salah. Satu ciuman hinggap ke pipi Danial. Lantas aku bangun dari sofa dan menuju ke bilik. Usai mandi, aku membentang sejadah. Dua rakaat solat aku tunaikan. Habis memberi salam ke kiri dan kanan, aku berzikir dahulu sebelum memulakan doa. Adalah lebih baik berzikir dahulu. Tidak perlu cepat-cepat untuk berdoa.

"Ya Allah, andai Danial betul untukku.. aku mohon, Ya Allah. Tolong dekatkan hatinya dengan hatiku. Tapi andai bukan dia untukku, janganlah Kau jauhkan hatinya dengan hatiku, tapi berilah aku kekuatan untuk bersedia sewaktu kami berpisah nanti. Bukan kehendakku untuk menggoncang Arash-Mu dengan penceraian. Sehabis tenaga akan aku cuba selamatkan rumah tanggaku. Namun jika takdir bukan untuk kami, aku pasrah dan berserah kepada-Mu. Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui perjalanan hidup kami. Aku tak mampu untuk menunjukkan rasa cinta dan sayangku pada Danial. Kerana aku sendiri tidak yakin apakah dia juga mempunyai rasa yang sama denganku. Setiap kali aku mengeluarkan kata-kata kepadanya, aku lebih selesa dengan perkataan aku yang agak brutal tu. Sebelum ini, dengan mana-mana lelaki sekalipun, akan aku jaga tutur kataku. Berlemah lembut ketika berbicara. Namun aku pelik dengan tingkahku sendiri. Sejak kejadian pertama yang menemukan aku dengannya, aku tidak pernah sekali pun berlembut dengannya ketika kami berdua-duaan. Adakah rasa selesa ini menunjukkan kepadaku bahawa dia memang untukku? Ajal maut, jodoh pertemuan, semuanya sudah Kau aturkan untuk kami hamba-Mu. Aku tidak pasti jika Danial adalah jodohku. Dengan sikapnya yang sering menyakitkan hatiku, namun kadangkala sering membuatkan aku tertawa, aku betul-betul tidak pasti, Ya Allah. Adakah ini hanya perasaan seorang remaja yang bakal menjadi dewasa? Bagaikan perasaan yang muncul ketika aku di tingkatan lima. Ketika aku mula-mula jatuh hati dengan seorang pria. Cinta monyet itu membuatkan lukaku berparut, Ya Allah. Namun dengan kekuatan yang Engkau berikan kepadaku, aku mampu menghadapinya. Alhamdulillah syukur kepada-Mu. Ya Allah, berikanlah petunjuk kepadaku. Aku mohon. Mustajabkan doaku Ya Allah. Makbulkan doaku Ya Allah." Aku menyapu muka. Doa yang panjang aku akhiri dengan selawat ke atas Nabi. Ni doa belum cukup panjang berjela tau. Kalau time nak tunggu result SPM tu, 3 hari tiga malam bersambung-sambungan. Dah macam cerita bersiri aku berdoa. Punya cuak!

"Tak kejut aku pun." Danial sudah muncul di hadapan pintu bilik. Aku mendapatkannya dan menyalamnya. Kucupan halus hinggap di tangan Danial. Kepalaku disentuh lembut.

"Aku nak mandi and solat kejap. Lepas ni, kita keluar. Okay?" aku mengangguk tanda setuju. Ciuman hangat hinggap di dahiku. Aku terpana!

Aku mengeluarkan sardin dari peti sejuk dan memanaskannya sekejap supaya sardin itu mudah disapukan di atas roti. Aku mengambil roti dan menyapukan sedikit buttercup. Timun yang sudah dikupas kulit, aku potong. Begitu juga dengan tomato. Macam tak complete la! Aku membuka peti sejuk dan mencari-cari benda yang aku cari. Ahh! Nasib kau ada dalam peti sejuk ni. Salad dikeluarkan dan dicuci. Aku memotong sikit salad itu supaya tidak terlalu besar. Susah pulak nak makan kang.

Setelah selesai menyediakan sandwich, aku sengaja menyapu sardin untuk mommy dan papa. Tidak ketinggalan, Mak Som dan yang lain. Boleh la dorg merasa masakan aku. Walaupun tak seberapa, tapi kira lepas jugak lah kalau Danial tinggal berdua dengan aku kat rumah. Takde la mati kering dia nanti.

Seperti yang diarahkan Danial, aku memasukkan tupperware berisi sandwich ke dalam bakul yang diperbuat daripada rotan. Cantik! Dua botol Coke aku capai bersama dua biji cawan dan memasukkannya ke dalam bakul. Begitu juga dengan keropok dan strawberry. Aku mengangkat bakul itu dan memasukkannya ke dalam kereta. Alah, letak kat seat belakang je la. Tak payah masuk bonet. Bukan ada orang nak tumpang duduk belakang ni. Aku berseloroh sendirian.

Cinta KontrakHikayelerin yaşadığı yer. Şimdi keşfedin