18

6K 109 0
                                    

Entah bila masa aku sampai rumah pun aku tak pasti. Alih-alih dah ada atas katil. Tapi yang parahnya, kenapa aku boleh dengar deruan nafas Danial? Aku cuba bergerak sedikit ke hadapan. Namun tidak berjaya. Pautan lengan Danial yang melekat di pinggangku menyentapkan diriku. Boleh pulak dia peluk aku?! Ni nak kena kuntau(silat) ni! Aku tidak berani menoleh ke belakang. Takut jika wajah kami berlaga. Perlahan-lahan aku mengangkat tangan Danial jauh dari pinggangku.

"Emmm..." rengek Danial. Terkejut aku! Ingat dah bangun. Danial mengeratkan pelukan. Cicak kobeng ni kan! Nak kena tau! Aku cuba sekali lagi untuk meleraikan pelukan. Yes! Berjaya. Aku cuba bangun dari pembaringan.

"Nak pergi mana?" soal Danial dengan mata tertutup sambil memegang pergelangan tanganku. Aiseyman! Batman! Ultraman! Superman! Dia tak tido lagi ke? Nak aku dodoi baru nak tido?

"Lepas lah. Aku tak hingin tido tepi cicak kobeng." Aku menarik lenganku kembali. Namun pautan Danial terlalu kuat. Lantas dengan sekali tarik, aku sudah berada dalam pelukannya. Aku kaku! Danial memeluk erat. Kakinya diletakkan di atas kakiku. Tangannya sudah memelukku erat. Bukan satu tangan, tapi kedua-dua belah tangannya! Mati aku. Tak dapat nak lari lagi dah ni. Aku lemas berada dalam pelukannya yang sememangnya ketat! Oksigen! Oksigen! Meh cini, aku dah nak mati tercepit sesak nafas ni.

"Lepas lah!" bentakku.

"Baa..baa.. black sheep.. have you any wool.." serak suara Danial menyanyikan lagu ba ba black sheep. Nafas ditarik beberapa kali untuk menyanyikan lagu itu. Hoi! Ingat aku budak ke nak nyanyi lagu tadika ni?

"Kau tak lepaskan aku, aku tumbuk kau!" bentakku lagi. Danial makin mengeratkan pelukannya. Kakinya dah macam peluk bantal dakap! Ni nak patahkan tulang rangka aku ke ni? Peluk bukan main kuat.

"Yes sir... yes sir... three bag full.." Danial tetap meneruskan nyanyian. Tiada tempat lain boleh aku labuhkan pandangan jika bukan dadanya. Danial memandang aku sepi. Aku membalas pandangannya. Dia menarik nafas lagi. Nampaknya malam ni, pokok tak keluarkan oksigen kot. Sebab tu aku dengan dia dah macam orang nazak mintak udara. Dia memelukku kembali. Ya Allah! Danial. Cukup lah! Aku dah nak lemas ni.

"One for the master... one for the dame... and one for the little boy... who lives down the lane." Danial menyambung nyanyiannya lagi.

"Danial! Aku tak nak kau nyanyikan lagu budak-budak tadika supaya aku tido. Aku nak kau lepaskan aku sekarang jugak! Okey! Okey! Aku janji aku takkan tumbuk kau kalau kau lepaskan aku." Aku menyerah kalah. Sungguh aku lemas sangat!

"Tunggu sekejap." Danial berkata-kata. Pelukan dieratkan. Aku tak mampu untuk melawan lagi. Berulang kali aku menolak tubuhnya juga, aku tidak akan berjaya. Tu la kau, Airysha. Dulu ibu suruh makan banyak-banyak, kau tak nak. Cuba kalau saiz kau macam hippo, dua jari pon kau dah boleh buat cicak kobeng ni terpelanting. Aku lemas dan aku penat. Akhirnya aku membiarkan tangannya memeluk erat tubuhku. Hmm.. aku rasa... rasa macam .. macam .. selamat. Aku terlena dalam pelukannya dek kerana kepenatan berlari di tepi pantai dan kepenatan untuk menolak tubuh gagah Danial.

Laungan azan yang kuat membuatkan aku terjaga. Naik lenguh badan ni dek dipeluk Danial terlalu lama. Aku memisat mata yang terasa berat untuk dibuka. Wangian Georgeo Amani menusuk batang hidungku. Patut la mahal perfume dia, 24 jam gerenti wangi beb! Tapi ni dah lebih 24 jam.

Ya Allah, dia yang berada di hadapanku kini adalah suamiku. Seorang lelaki yang berjaya menarik perhatianku dengan gerak-gerinya. Dengan pertuturannya. Dengan gaya macho made in Belandanya. Seorang lelaki yang berjaya menarik semua perhatian wanita yang lalu di sebelahnya adalah suamiku, Ya Allah. Wangiannya, dakapannya.. menitis air mataku. Aku sayangkan dia. Tapi aku tak pasti, adakah dia milikku?

Cinta KontrakWhere stories live. Discover now