22

5.3K 81 0
                                    

Keadaan dalam kereta senyap tanpa sesiapa berbicara. Hanya radio yang sibuk mendendangkan lagu-lagu. Mungkin semua kepenatan berjalan. Firash yang memang tak boleh duduk diam mula mengacau-ngacau ketenanganku. Ada je yang dibuatnya bertujuan untuk mengusikku.

"Airysh, pinjam phone jap." Pinta Firash. Entah apa yang dia nak buat. Aku menyerahkan telefon bimbitku yang berada dalam genggaman. Jangan buat mende pelik-pelik sudah! Aku karate jugak minah ni jap gi. Minah ni bukan boleh percaya sangat, ada je idea nakal yang keluar dari kepala dia tu. Kerana itu juga aku rapat dengan dia. Sekepala! Kini, kami member kamceng wokk!

Firash menghantar beberapa foto yang baru diambil sebentar tadi bersama Danial ke dalam telefon bimbit Airysha melalui bluetooth. Gambar Airysha dan Danial sedang berpandangan dijadikan latar belakang telefon bimbit milik Airysha. Sweet! Firash tersenyum puas. Lantas telefon bimbit beralih tangan apabila kereta Exora yang dipandu Danial tiba di hadapan asrama Firash.

"Guys! Aku suka giler lepak dengan korang. Queen Elizabeth, your King memang happening! And I love to hangout dengan you all lagi. See ya!" Firash terus berlalu setelah selesai mengomel dari tingkapku.

"Girl!" panggilku. Firash menghentikan langkah. Dia menoleh. Tudung yang ditiup angin kencang dipegang supaya tidak melayang mendedahkan sebahagian tubuhnya.

"Assalamualaikum." Kata Danial kuat. Aku tersenyum. Begitu juga Danial. Firash melangkah semula mendekati kereta. Pipiku dikucup mesra.

"Waalaikumussalam. When i forgot, remind me." Perlahan suara Firash berkata. Dia tersenyum. Aku seringkali menegurnya, begitu juga dengan dia. Kami saling berteguran supaya dapat menjadi muslimah yang sejati. Aku juga sedang cuba memperbaiki diri supaya boleh menjadi seorang isteri yang solehah, insya Allah. Tu pun kalau hati boleh bersabar dengan perangai cicak kobeng yang banyak songeh sebelah aku ni!

Kereta meluncur laju di atas jalan raya. Radio mengalunkan Azan yang menandakan waktu Maghrib sudah masuk. Aku hanya mendengar setiap bait-bait Azan yang berkumandang dan menjawabnya sebagaimana diajar ustazahku ketika di sekolah.

"I mandi dulu!" setelah mengunci kereta, Danial terus berlari menaiki anak tangga. Aku terkejut dengan lariannya. Oih! Ni main pecut pehal?

"Mana boleh! Orang mandi dulu! Ladies first!" aku turut berlari menuju ke anak tangga. Berebut-rebut mendaki satu persatu anak tangga.

"Hey! Apa maghrib-maghrib ni berlari macam anak kucing nampak hantu je? Jatuh tangga kang baru tau." Bising Datin Aleeya. Aku menghentikan langkah. Danial je yang tak makan saman! Tetap nak menang! Dia berlari bersungguh-sungguh. Macam la dapat piala worldcup!

"Abang Danial ni ha!" gumamku. Datin Aleeya yang baru keluar dari dapur hanya menggeleng kepala.

Tuala diambil laju. Danial sudah berkira-kira untuk masuk ke dalam bilik air. Aku pon tak nak kalah. Pakai secret weapon!

"Ahhh!" jeritku. Perutku ditekan-tekan apabila tiba di hadapan pintu bilik. Danial terkejut. Kenapa pulak minah ni? Sakit apa pulak ni?

"Kenapa?" Danial mendekatiku. Dia mencangkung di hadapanku. Tuala disangkutkan di leher.

"Sakit." Ucapku perlahan. Danial mula menggelabah!

"Kenapa dengan kau ni? Sakit perut ke? Apa yang kau makan tadi? Kau makan sama je macam aku kan? Aku tak sakit perut pon." Danial menggaru-garu kepala. Muka pucat la pulak minah ni. Aku mengetap bibir. Pada mulanya Cuma nak pura-pura. Ni kenapa sakit betul-betul pulak?

Cinta KontrakWhere stories live. Discover now