8

6.4K 101 1
                                    


Sebulan berlalu, dan sebulan jugalah aku tidak melihat batang hidung Danial. Sensitiviti masyarakat betullah cicak kobeng tu! Hari ni aku dapat gaji! Lumayan juga. Mungkin kerana ini butik terkemuka. Sebulan, sampai tiga ribu aku dapat! Terkejut jugak! Tapi, rezekilah katakan. Seribu daripada gajiku, aku hantar ke kampung. Alhamdulillah! Aku dapat berjumpa dengan keluarga terchenta!! Nasik kandar makin encem! Along makin cantik! Berseri-seri lagi! Along bakal mengikat tali pertunangan dengan abang Kimi tak lama lagi. Alina pula makin kusut. Kusut dengan subjek yang makin susah. Tapi, yang nak SPMnya, tahun depan. Ni apa kes, Alina kusut lebih? Adik-beradik, pelik betul!

"Angah, duduk sini sampai bila?" soal ibu.

"Dua minggu." Jawabku pendek. Ibu yang berada di hadapanku merenung aku. Aku membalas renungan ibu. Makin lama, aku dapat lihat air mula bertakung di mata ibu. Wajahku dielus perlahan. Lantas ibu mendekatkan wajahnya ke dahiku. Ciuman syahdu daripada seorang ibu membuatkan aku terpana dan air mata menitis perlahan.

"Dah besar anak ibu." Ujar ibu perlahan. Mata putih ibu bertukar merah. Ibu menahan air matanya! Terketar-ketar bibirku.

"Baru sebulan, bu. Belum sepuluh tahun! Apa lah ibu ni." aku cuba bergurau bagi menghilangkan resah ibuku. Tapi ibu tidak mengendahkannya.

"Cukup ke makan kat KL tu? Badan kamu makin kurus." Ibu meletakkan kedua belah tapak tangannya di pipiku. Aku hanya mengangguk. Aku tak mampu berkata-kata apabila air mata tidak mahu berhenti.

"Angah.." panggil ibu perlahan.

"Ye, bu?"

"Angah anak ibu.." ibu masih mengelus pipiku.

"Ibu, janganlah macam ni. Angah dah balik." Kataku perlahan. Ibu amat merindui aku! Ibu rindu kat aku! Dalam sebak, aku gembira. Lantas ibu memeluk aku erat. Along hanya memerhatikan dari jauh. Air matanya dikesat dengan lengan baju kurung. Segera dia turun menuju ke dapur. Menyiapkan makan tengah hari. Kak Yati juga pulang ke kampung. Sebelum pulang ke rumah orang tuanya, Kak Yati sempat singgah ke rumahku untuk bertemu kakak.

"Alis." Panggil Hayati. Alisyah yang leka mencedok lauk ke dalam mangkuk menoleh ke belakang.

"Kenapa Yati oii? Kau rindu aku ke?" Alisyah cuba berjenaka.

"Aku ada menda nak bagitau kau." Ujar Hayati.

"Yeke? Lepas kita makan tengah hari, kau balik jumpa mak ayah kau dulu. Petang, kita lepak port lama. Tepi pantai!" Alisyah menghadiahkan senyuman. Hayati membalasnya. Dia juga membantu Alisyah menyiapkan makan tengah hari. Ya Allah, kuatkan aku untuk menyampaikan berita ini. Bisik hati kecil Hayati.

Angin lembut yang meniup-niup tudung labuh Alisyah membuatkan Alisyah rimas. Sesekali Alisyah membetulkan tudung yang sudah senget-benget. Hayati yang hanya mengenakan selendang tidak perlu peduli dengan angin pantai itu. Kedua-dua mereka duduk di atas pokok kelapa yang telah tumbang. Pandangan Hayati jauh ke lautan. Alisyah aneh dengan sikap Hayati.

"Kenapa, Yat?" soal Alisyah. Hayati melepaskan keluhan berat. Susahnya nak berterus-terang.

"Nur Alisyah binti Zulkifli." Hayati memanggil penuh nama sahabatnya.

"Ye Hayati. Kenapa? Kau ni, buat sentimental pulak! Naik tegak bulu roma aku. Aku macam tak percaya je kau ni Hayati. Entah-entah, kau ni hantu tak?" Alisyah cuba melawak. Pelik bebenor dengan minah sekor ni. Takde angin, takde ribut, panggil-panggil nama aku pulak. Dah tu! Nama penuh pulak. Disampuk hantu laut kot!

Cinta KontrakWaar verhalen tot leven komen. Ontdek het nu