3

6.6K 110 6
                                    

Aku kini menjejakkan kaki ke bandar metropolitan yang penuh dengan debu, bangunan konkrit, kenderaan dan orang-orang yang menyesakkan nafas aku. Sungguh! Jauh beza dengan rumahku yang sepi. Hanya deruan air laut yang kedengaran. Belum pun satu hari, aku dah mula rindu kat mak, ayah, Along, nasik kandar dengan Lina.

Aku jalan menuju ke bangku yang terdapat di KL Central. Belum sempat aku nak duduk, ada la pulak sorang mamat ni langgar beg aku! Dah tu, bukan nak mintak maaf ke apa ke. Terus jalan menonong je. Apa lagi? Hangin satu badan beb!

"Oi mamat! Kau dah langgar beg aku, bukan nak mintak maaf! At least cakap la, sorry ke, maaf ke, biane ke." Ha! Sekali terkeluar la bahasa korea aku. Biane=minta maaf. Lantas pemuda itu kalih menghadap tubuhku. Wajahnya, perghhhh! Pewwiitt! Handsome mak oiii!! Ibu mesti bangga kalau aku dapat kawen dengan mamat ni. Huhuhu! Nak aku huraikan muka dia? Haaa! Wajahnya putih bersih kemerah-merahan. Bibir dia macam pakai lipstick pink colour gitu! Kening nipis macam shaping je. Hidung mancung! Tapi, mata dia....

"What's wrong with you, haa? It's your mistake! Don't blame other people!" ujarnya kasar setelah berada di hadapan ku hanya beberapa meter. Mata dia!!! Biru kehijau-hijauan! Foreigner ke?

"But still, you don't have to walk away like that! At least say sorry. Even if that is my mistake, you need to apologise! We both have to apologise. Don't you have manners? This is Malaysia! Budi bahasa budaya kita, okay? Or you don't understand what the hell I'm talking? Bagus la kalau kau tak faham! Lain kali, belajar tinggi-tinggi cara nak hormat orang!" lantas aku mengangkat beg bajuku dan berlalu. Sengaja aku hampirkan tubuhku dengan tubuhnya dan melanggar bahu pemuda itu. Muka je lawa! Hati? Huh! Nasib baik bukan orang Malaysia, kalau tak, dah aku bawa masuk court!

Aku tak keterlaluan ke? Dah la orang asing, aku buat perangai buruk pulak. Macam mana la nanti orang akan pandang Malaysia? Disebabkan nila setitik, rosak susu sebelanga. Menyesalnya! Kak Yati ni pulak tak sampai-sampai lagi.

"Airysha?" panggil seseorang yang aku kenali suaranya. Kak Yati!

"Rysh duduk bilik Kak Yati je la ye. Kak dah bagitau Datin Aleeya pasal Rysh. Haa! Lagi satu, kak nak cerita pasal anak Datin. Tapi, Rysh kena pergi mandi dulu. Bau busyuk masyam je la!" gurau Kak Yati. Sudah lama aku mengenali Kak Yati. Semenjak aku mula masuk ke sekolah menengah. Dia merupakan sahabat baik Along.

"Cakap orang. Kak Yati pun busyuukkk jugak!!" terus aku turun dari katil dan berlari menuju ke bilik air. Kalau tunggu lama, silap-silap ada jugak bantal yang hinggap kat muka aku yang lawa ni!

Usai mandi, aku terus menunaikan solat Maghrib. Zohor dan Asar, aku dah jamak kat stesen keretapi tadi. Kak Yati pula sibuk mandi. Sama je macam Along! Satu jam tak cukup kalau masuk bilik air! Aku mengemas baju-bajuku. Lantas mataku tertacap pada baju yang Kak Yati gantung di dalam almarinya. Lawa gilerrrr!!!!!!!!!

"Hah! Bukak almari orang!" sergah Kak Yati. Aku mencebik.

"Tadi, akak yang suruh letak baju dalam almari. Pelik-pelik je akak ni! Kak! Lawa baju." Aku memberi isyarat mata pada baju Kak Yati.

"Datin bagi. Baik sangat Datin tu tau. Hah! Ni, kak nak cerita." Lantas Kak Yati memaut lenganku dan di bawa ke katil.

"Nanti! Dah solat belum?" soalku.

"A.B.C." jawab Kak Yati.

"Alright, you may proceed." Lantas Kak Yati menceritakan tentang anak Datin Aleeya satu-satunya. Seorang pemuda yang belajar di luar negara. Aku kurang pasti di mana. Kerana telingaku tidakku tumpukan seratus peratus pada Kak Yati. Aku rindukan keluarga aku!

Cinta KontrakWhere stories live. Discover now