“Aku tak faham betul lah dengan kau ni, tak apa. Aku akan take my time mengenali kau,”

“Yeah, take your time,”

Senyap.

“Dah, sekarang pergi mandi! Busuk!,” ejekku, berpura-pura menutup hidung. Sebenarnya, mana ada bau langsung.

Daniel tertawa sebelum meleraikan pelukannya. Sebelum kaki ku melangkah ke arah bilik airku, aku memandang Daniel yang masih merebahkan dirinya.

“Tokyo, dah janji kan?,” kataku mengingatinya.

Dia memandangku dengan hairannya, tapi cepat-cepat dia tersenyum lebar. “Yes, sayang,”

Tak ingin melihatkan muka merahku, terusku cepat-cepat masuk ke dalam bilik air.

Man, this is scary.

Di Ruang tamu,

“Tak boleh,” bentak papa Mikail, eh? Apa hal bising-bising tu? Baru je aku nak beramah mesra dengan mereka.

“Betul, Mila. Mereka masih pelajar lagi,” kini aku terdengar mama Umi yang bercakap.

“Tapi, kan sekarang mereka dah sah jadi-, oh, Lisa, dah bangun?,” soal mama Mila memandangku.

“Ya, apa yang mama-mama dan papa sekalian tengkakkan ni?,” soalku lalu menaruh tuala untuk mengeringkan rambutku di atas kepala.

“Aaa, macam ni Lisa,” kata papa Mikail teragak-agak ingin bercerita. Macam ada masalah je? Jangan-jangan mereka nak pisahkan aku tak?

“Korang nak pisahkan kami ke?,” soalku laju.

Diam.

“Oh, kakak, sudah-sudah lah berfikiran negatif tu,” sampuk Zaien, pakaian memang sah dia baru bangun tidur.

“Menyampuk,” kataku, tapi aku tak mampu marah sebab dia kata ‘kakak’ tadi huhu.

“Bukan Lisa, aammmmmm,” kini mama Umi pulak yang teragak-agak. “Kamu kan masih pelajar,”

“Tak, kami dah habis belajar dah pun, tunggu keputusan je lagi,” Kata Daniel yang baru tiba di kaki tangga. Lurus bendul lah pulak.

“Tak kira, saya nak cucu secepat yang mungkin!,” jerit mama Mila.

Hah? Cucu ke cucur?

“Mila, kan mereka ni bercadang nak menuntut kat Universiti tahun depan, tak kan nak ada anak awal,” kata papa Mikail. Menakutkannya fikiran mama Mila ni.

“Tapi, Ariel dengan Mira pun, kamu halang juga, ini Daniel dengan Lisa pun, kamu halang, bila nak dapat cucu macam ni?,” rungut mama Mila.

“Mila,” tegur papa Mikail.

Aku dapat rasa Daniel merangkul bahuku untuk lebih dekat padanya, “Ma, Pa, mama Umi, jangan risau. Walaupun kami dah kahwin, kami tahu nak fikirankan masa depan kami, Daniel sedar Daniel masih muda, tambahan masih menuntut lagi. Jadi, Daniel fikir Daniel belum mahu anak lagi,”

Aku memandang ke arah wajah suamiku, sungguh berkarisma nya!! Sudah itu, aku segera memalingkan wajahku pada yang lain.

Aku hanya melihat mama Umi dan papa Mikail sahaja yang tersenyum bangga, manakala mama Mila seakan tersenyum hambar.

“Mama Mila,” panggilku lalu berarak ke arah mama Mila. “Inshaa Allah, ada masanya, Allah akan mengurniakan juga mama cucu tapi bukan sekarang,”

Tangan genggaman mama Mila kembali erat, “Ya, maafkan mama kerna seakan memaksa kamu,”

Aku terdengar keluhan lega dari mama Umi dan papa Mikail, “Tak apa, ma,”

Kuap Zaien memecah kesunyian tetiba. Macam badak sumbu lagaknya budak ni lah.

“Zaien, pergi mandi! Daniel kamu pun jugak!,” bentak mama Mila menjadi cergas serta merta. Zaien dan Daniel berpaling sesama sendiri lalu hanya mampu menjongketkan bahu.

Beberapa bulan kemudian,

Mataku ku pejamkan bila sudah berada di depan papan kenyataan sekolah. Ya Allah, berdebarnya. Keputusan peperiksaan yang ku ambil beberapa bulan yang lalu.

Baru je aku pulang dari Honeymoon aku, dah kena beritahu keputusan peperiksaan dah keluar. Spoil the mood, betul.

Jangan salah faham, kami honeymoon jadi tidur kat katil asing-asing tau. Papa Mikail yang tempah bilik hotel macam tu. Aku bukan lah bodoh sangat, tak faham maknanya.

Apa yang kami buat kat Tokyo? Oh.

Hanya:

Selfie.

Selfie.

Dan,

Selfie.

Aku sedar kami masih muda, aku tahu. Sebab tu kami tak bo-, Aish, kenapa aku macam kecewa pulak ni? Hoho, tak ada maknanya! Lagipun, Daniel ku lihat tak ada kecewa mana pun. Argh, buat malu je.

“Great 3’Bs and an a,” jerit Mira. Ini yang buat aku tambah gementar ni. Ku lihat abang Ariel sudah membelai kepala Mira yang gembira habis.

Gulp!

Bismillah, ya Allah. Takutnya aku.

Index no. 3006..

Nama Malisa Syaakaira binti Luqman..

Fizik B

Geo B

Maths A

Gp a

Aku tersenyum puas melihat keputusanku. Alhamdulilah. Alhamdulilah. Ku lihat Daniel sudah mengaru-garu kepalanya. Kenapa pulak ni?

“Kenapa, Niel?,” soalku berlalu ke arahnya.

“Ni, Lisa, kalau aku dapat semua A’s. Kau kata kita akan dating sepanjang hari kan?,” tanya Daniel, memandangku dengan muka tak bersalahnya.

Aku mengangguk, aku tak harap pun dia akan dapat semua A’s sebab memang susah nak dapat pun. Tapi kalau Daniel, semua benda boleh jadi. Takut juga aku dibuatnya.

“Tapi,” kata Daniel lalu memandang ke papan kenyataan. Tapi? Fuh, lega aku. Hahaha. ‘Tapi’ maknanya dia tak dapat semua A’s lah? Jahatnya aku kerna lega.

“Niel, tak apa,” kataku cuba memberi dia semangat. Ye lah, kalau tak, apa jenis isteri aku ni?

Tangan Daniel perlahan menunjuk ke arah namanya, mungkin. Dengan eksperasi muka dia ni, buruk sangat ke score dia ni?

Hampir terbeliak mataku bila melihat markahnya. Siapa sangka Daniel boleh dapat..

“4A*?!!,” jerit Mira. “Semua?!,”

“Ya,” Daniel tersenyum tapi kenapa senyumannya ini nampak macam bukan senyuman gembira? Belum sempat ku menegur..

“Kita kena raihkan kegembiraan ni,” jerit Mira lalu berlari mengelilingi Daniel kemudian dia pergi ke arah abang Ariel lalu memaut lengan suaminya. Aku menggeleng tanda menuerah dengan perangai Mira.

Aku pandang Daniel sekali lagi, aduh, kenapa dia nampak sedih ni? Jangan-jangan, dia tak nak dating dengan aku tak? Haish, merepeknya aku.

Projek Bantah KahwinWhere stories live. Discover now