BAB 45 : Rescue and out.

445 38 1
                                    


Daun-daun pokok bergeseran ligat taktala angin meniup sedikit kencang. Aku dan Ika sudah pun sampai ke lubuk makhluk kejam itu.

Kubunya besar dengan dikelilingi kemah-kemah kecil. Mungkin itu untuk kuncu-kuncu yang bawah mertabatnya, barangkali.

Mata kami meliar sambil berselindung di atas pokok. Dengan harapan keadaan itu lebih senang untuk memerhatikan sekeliling kawasan genting ini.

"Kita nak buat apa sekarang ni Ira? Senjata pun takde. Sehelai sepinggang je ni. Kalau kantoi, nahas kita." Ika mengingatkanku.

Betul juga cakapnya. Kami datang hanya membawa diri selain daripada trompet gading yang haiwan mitos itu beri. Aku berfikir sejenak. Ika pula berwaspada dengan keadaan sekeliling.

"Ira, Ira... tengok tu." Ika menunjukkan ke sebuah pintu yang berada di tanah dengan pengawalan ketat oleh makhluk pemburu sepertinya sedang membuat pengawasan.

"Kenapa? Ada apa sana?" Aku menyoal.

"Kau tengoklah betul-betul. Aku rasalah kan - Wani kena kurung kat sana." Ika memberi pendapat.

"Yeke? Kenapa kau pasti dekat sana?"

"Tu nampak tak makhluk yang kena gari tu? " Tangan Ika mula mengalih ke arah makhluk yang seperti banduan sedang berjalan dengan diiringi oleh beberapa pengawal yang lain.

"Makhluk yang kena gari macam banduan tu keluar dari bilik tanah tu la," sambung Ika lagi.

"Kalau macam tu, betullah apa yang kau teka tu-" Aku menyokong pendapatnya.

"-Tapi..." aku sambung lagi.

"Tapi apa pulak lagi?" Ika berkerut dahi.

"Tapi sanakan ada dua pengawal. Macam mana kita nak tembusi diorang?"

"Alahh... tu senang je. Kita buat macam ni." Ika mula merangka perancangan. Aku hanya mendengar dengan teliti sambil mengangguk faham.

Selepas berpuas hati dengan apa yang telah rangkakan. Ika memulakan langkah pertama dengan turun ke tanah dan mengambil beberapa batu kecil.

Aku pula bersembunyi di sebalik semak yang berhampiran. Kami berpecah seketika untuk menarik perhatian pengawal itu.

Setelah bersedia dengan posisi masing-masing, Ika memulakan rancangannya dengan membaling batu ke arah semak yang berhampiran denganku.

Bushhh...

Salah satu daripada makhluk pengawal itu mengalihkan perhatiannya ke jerat kami lalu pergi memeriksanya seorang diri.

Makhluk pengawal itu menghampiri dengan berhati dan mula mencucuk semak yang mencurigakan dengan batang lembing. Semakin lama tusukkan itu semakin hampir dengan diriku. Aku mulai cemas.

Tusukkan demi tusukkan dilakukan dengan ganas. Belum sudah makhluk pengawal itu melalukan tusukkan terakhir, Ika telah melontarkan lagi satu batu ke arah semak yang lebih jauh ke dalam hutan. Pengawal itu akhirnya menuju ke arah umpan yang telah kami taburkan. Hatiku lega. Kalau bukan Ika pantas melakukan umpan terakhir, mungkin sekali aku akan terkena tusukkan akhir itu.

Pengawal itu berkerut dengan riak yang pelik. Dia semakin berhati-hati dengan langkah yang diambil. Lembingnya digenggam rapat dan rapi. Mungkin sekali dia tahu ini perangkap tetapi tetap melakukan tugasnya sebagai pengawasan.

Aku dan Ika juga sudah bersedia untuk menghentam makhluk itu dari belakang. Perancangan kami nampaknya berjalan seperti di rancangkan.

Dush!

Satu hentakkan padu daripada aku hinggap di kepala pengawal itu dan membuatkannya pengsan dengan luka yang parah berdarah. Batu besar yang digunakan sebagai senjata itu dilempar ke tepi lalu aku dan Ika menarik jasad itu masuk ke dalam semak untuk menghapuskan bukti.

A35 [COMPLETE ✓] WATTYS 2020Where stories live. Discover now