BAB 31 : Sumber.

583 55 11
                                    

Di satu perkampungan yang agak terpecil, Ika kini sedang dijamah dengan pelbagai jenis makanan yang enak. Mulutnya tidak henti dengan kunyahan lahap seperti orang yang kebuluran selama seminggu.

“Makanlah nak, terima kasih kerana menyelamatkan anak kami. Kami sungguh berhutang budi kepada kamu. Ini sahaja yang kami boleh bantu anak untuk setakat ini,” kata seorang perempuan yang sungguh cantik di sebelah Aidil. Wanita itu hanya memerhatikan gelagat Ika yang gelojoh itu. Dia hanya tersenyum puas dengan hasil pemberiannya.

“Akak Ika makanlah, nanti lepas makan boleh teman Aidil main bola.” Aidil menyampuk.

“Ish, Aidil – kan akak Ika tengah makan tu. Lepas makan mesti dia penat-”

“-tapi mak.” Aidil terus memotong percakapan ibunya itu. Muka anak kecil itu mencebik tanda tidak berpuas hati.

  “Aidil… bagilah akak Ika tu rehat dahulu, mesti dia penat ketika merantau tadi. Haa, Ika… nanti makcik tunjukkan bilik rehat kamu ye. Kamu makanlah puas-puas ye,” sambung wanita itu lagi merangkap ibu kepada Aidil dengan senyuman yang manis. Aidil hanya membisu, merajuk agaknya.

Ika pula mengganguk sambil meneruskan lahapnya tadi. Tidak pula dia melayan karenah anak-beranak itu. Apa yang penting bagi Ika ialah dia perlu bergegas untuk mencari rakannya yang lain.

Sambil-sambil itu bolehlah dia tapau sedikit makanan untuk Ira dan Farah, fikirnya.

Bagaimanalah keadaan mereka sekarang? Mesti sedang kelaparan. Mana mungkin makanan ringan itu boleh memberi ke kenyangan kepada mereka berdua.

“Ika, kenapa nak? Kamu tidak suka ke dengan makanan yang makcik buat?” pertanyaan wanita itu memecahkan lamunan Ika sebentar.

  “Tak makcik. Makanan ini sangat sedap. Saya tak pernah makan makanan sesedap ini kat tempat saya,” balas Ika dengan mulutnya yang penuh.

“Owh yeke, lega makcik mendengarnya. Ika tinggal di daerah yang mana?”

“Saya tinggal di Klang makcik.”

“Klang? Daerah mana tu? Tak pernah pula makcik mendengar nama yang sedemikian.”

“Owh… itu sebabnya saya bukan dari dimensi ni makcik.” Ibu Aidil hampir saja menjerit tidak percaya. Tangannya hanya mampu menutup mulut.

“Kenapa makcik?”

“Owh… tidak ada apa-apa nak. Ermm… kalau anak tak keberatan, izinkan makcik masuk ke bilik sebentar. Tiba-tiba saja kepala makcik terasa berat.”

“Owh yeke. Okey makcik. Terima kasih kerana hidangkan saya makanan sedap ni.”

“Sama-sama nak. Makcik pergi dahulu ye.” Tanpa membuang masa, Ibu Aidil terus ke biliknya. Ika pula hanya memberi pandangan yang pelik tetapi mulutnya masih lagi aktif mengunyah. Dasar kuat makan rupanya.

*   *   *

Farah mula melangkah longlai, kehabisan tenaga agaknya. Aku pula masih lagi gagah di hadapan mencari jalan walaupun pada hakikatnya aku sendiri pun hampir tewas untuk bergerak. Bekalan makanan kami sudah pun terputus. Sekarang, hanya sebotol air minuman yang dapat membuatkan kami mampu untuk bergerak walaupun perlahan.

Peluh aku mula membasahi badan, muka apatah lagi. Keadaan suasana yang kusam ini, membuatkan aku merasa kehangatan yang berganda dari biasa, agakku.

“Ira… kita masih tak jumpa ke mana-mana kampung kecik untuk kita singgah. Aku betul tak larat ni. Rasa nak pengsan.” Farah mula merunggut akibat keletihan dan kelaparan. Budak ni tak boleh langsung rasa susah. Teringat juga aku sewaktu mendaki Bukit Broga. Disebabkannya, aku, Ika dan Wani terpaksa mengambil masa yang lama untuk tiba di atas puncak. Walhal, kami boleh saja tiba dalam masa yang singkat. Dan disebabkan itu jugalah kami terlepas untuk melihat detik suasana matahari terbit yang cantik.

A35 [COMPLETE ✓] WATTYS 2020Where stories live. Discover now