BAB 36 : Perjuangan Belum Tamat.

569 62 7
                                    

  Angin meniup lembut menyentuh dedaun di pokok lantas menghasilkan bunyian menarik apabila bergeser sesama sendirinya. Kadang-kala juga bunyian itu dapat menenangkan hati yang gelisah.

“Owh begitu rupanya. Jadi sekarang kamu di dalam kesempitanlah ye,” kata ayahku. Tangannya menolak badan belakang aku untuk menerima hanyunan dari buayan yang aku sedang duduk.

  Perasan tenang datang menyinggah di hatiku apabila dapat bermain buayan dan berbual dengan ayah dalam masa yang sama. Inilah sesi sudah lama aku tunggu sejak kehilangan ayah dahulu.

“Ya ayah, macam tulah. Sekarang ni Ira tak tahu nak buat apa. Dengan Siti yang ditimpa masalah, Wani yang telah dijadikan tahanan, Ika yang menghilang dan… paling sedih-” aku memberhentikan hayunan.

  Aku memandang ayah dengan air mata yang bertakung. “-Farah yang telah dibunuh.” Ayah memeluk aku dari belakang dengan perlahan. Kehangatan pelukan ayah membuatkan aku bertambah tenang lagi.

“Sudah sayang. Apa yang berlaku itu semua ketentuannya. Kamu tidak boleh menyalahkan diri kamu. Dan - kamu pastikah yang Farah itu dibunuh?”

“Amat pasti ayah... Benda itu berlaku depan mata Ira sendiri. Farah telah dihentak... tanpa balas kasihan dikepala dan menyebabkan darah banyak keluar. Waktu itu juga... Ira membuat keputusan untuk melawan biarpun Ira mati. Dan sekarang – Ira dapat berjumpa dengan ayah,” jelasku panjang. Ayah hanya mengganguk faham.

“Kalau macamtu baiklah. Ayah pula perlu beritahu sesuatu dengan kamu.”

“Bagitahu apa ayah?” Soal aku kehairanan. Hayunan buaiyan di mulakan kembali. Seperti biasa, ayah menolongku menolak dari belakang.

“Kamu ingat tak dengan janji kamu pada ayah?”

“Ingat ayah. Mana pernah Ira lupa janji ayah tu.”

“Kalau begitu, kamu teruskanlah perjuangan kamu itu. Pengembaraan kamu belum lagi selesai.”

“Hah?” Hayunan diberhentikan sekali lagi. Aku menoleh belakang. Ayah hanya memberi senyuman.

  “Apa ayah cakap ni? Kan Ira dah mati?” Sambungku lagi.

“Tiada siapa kata kamu mati nak. Itu cuma anggapan kamu saja Ira.”

“Habis tu, kalau Ira tak mati – macam mana Ira boleh berjumpa dengan ayah?”

“Itu kerana hati kamu begitu kuat untuk berjumpa dengan ayah. Begitu sayangnya kamu pada ayah... membuatkan ayah terharu.”

“Tapi… Ira tak kuat ayah. Ira tak boleh nak melawan mereka semua. Macam kejadian dekat gaung. Teruk kami dibelasah oleh makhluk kejam itu.” Aku menangis kembali. Bebanan yang ku rasakan hilang datang kembali. Kepala aku mulai kusut membuatkan aku terduduk di tanah dan berpeluk tubuh. Air mata berderai ligat.

Ayah menghampiri dan memegang umbun kepalaku. Diusapnya perlahan sambil mengeluarkan kata-kata dengan perlahan. Mungkin berselawat, aku kurang pasti.

Aku mendapat ketenangan semula dan memulakan bicara, “Ayah, kalau Ira belum mati – apa yang harus Ira buat? Macam mana Ira nak melawan mereka?”

“Siapa kata kamu perlu melawan mereka? Siapa kata kamu perlu beradu tenaga? Kamu hanya perlu memerlukan minda yang cerdik untuk memintas mereka.” Aku mula mendapat akal. Betul juga dengan apa yang ayah katakana. Selama ini aku hanya fikirkan kekuatan untuk melawan bukannya pada kecerdikan akal.

Teringat pula pada perjanjian aku dengan lembaga hitam yang bernama Al-Aruwah itu. Dia hanya mengatakan tentang selamatkan dan balik. Tidak pula mengatakan perlu berlawan dengan orangnya.

Kalau begitu, aku hanya perlu menyelinap dan lari dari dimensi ini dengan pantas dan senyap. Jadi tidak perlu aku bersemuka dengan lembaga durjana itu.

  “Ayah! Ira dah tahu apa nak buat! Terima kasih kerana menyedarkan Ira.”

“Sama-sama. Ira kan anak ayah. Mestilah ayah tolong. Jadi...  sekarang kamu sudah bersedia?”

“Bersedia untuk apa ayah?”

“Bersedia untuk bangun daripada dunia ini.” Raut mukaku mula mengerut. Benda apakah yang ayah aku cakapkan ni?

  “Kamu ingatkan - yang kamu telah jatuh dari gaung.”

  “Haa! Yelah… baru Ira ingat, jadi maksudnya sepanjang pertemuan kita ini hanyalah dalam mimpi Ira ke?”

“Sungguhpun ini mimpi, ayah tetap berkesempatan berjumpa dengan kamu. Itu sudah memadai.”

“Ayah… terima kasih banyak-banyak sebab sentiasa berada disisi Ira.” Aku menangis kembali. Ayah hanya bersenyum dan kami hanya menatap muka masing-masing untuk kali yang terakhir, barangkali.

“Sama-sama nak… jangan lupa. Bertabah sentiasa!”  sejurus selepas ucapan ayah, sekelilingku menjadi begitu terang sekali menyebabkan aku kesilapan yang dasyat dan – mataku membuka dengan terkebil-kebil.

  Aku melihat kelilingku hanyalah hutan belantara dan tubuh badan ini pula terbaring di tepi gigi air. Rupanya ketika dengan ayah tadi aku telah dihanyutkan sehingga ke sini.

  Aku cuba bangun perlahan-lahan sambil mengheret badan yang luka ini ke tanah yang lebih tinggi dan memeriksa luka dibahagian tangan kanan akibat cakaran serigala ketika bertarung tadi.

  Ianya masih jelas kelihatan dengan darah yang mengalir tanpa ada tanda untuk membeku. Barangkali ada racun dicakarannya itu. Tanpa membuang masa aku bertindak mengoyakkan sebahagian kain dari lengan kanan untuk mengikatnya di bahu agar keracunan itu dapat diperlahankan dari merebak keseluruh anggota badan,  barangkali.

  Walaupun aku kurang pasti dengan teori aku itu tapi apa salahnya berjaga-jaga dengan keadaan aku yang basah.

Sedikit demi sedikit aku cuba untuk berdiri dan berjalan perlahan-lahan. Beg packing entah sudah hilang ke mana ketika ini.

  Kalaulah masih ada, boleh juga aku menjamah sedikit makanan.  Haih, keadaan semakin buntu!

Bersambung...

Snekpeak;
Fuh! Nasib baik IRA masih hidupkan. Macam mana lah dia nak teruskan perjalanan dengan keadaan yang parah macam tu kan. Kesian ira...

Jom kita ke bab seterusnya!

Jangan lupa VOTE, share dan komen untuk kita berinteraksi.

Mohon maaf pada semua READERS yang sempoi sebabnya author update lambat gara-gara kerja shooting. Kalau korang pandai,  author shooting dengan artis mana?  Hahaha.. Jom teka...

A35 [COMPLETE ✓] WATTYS 2020Donde viven las historias. Descúbrelo ahora