BAB 10 : Aku Pelindung

933 90 7
                                    

  Keadaan di dalam bilik A-3-5 itu sungguh genting. Baran Ika semakin menjadi jadi. Kena rasuk ke apa dia ni? Wani pula hanya berdiam diri kerana dia tahu dia juga tidak terdaya - begitu juga dengan Farah.

  “Kau pekak ke haa! Aku kata alihkan barang buruk kau ni sekarang!”

  Aku ternampak Ika mula meluru ke arah Siti yang sedang duduk bersebelahan dengan Wani. Ika nampak begis sekali. Seperti singa yang sudah lama kelaparan dan ingin menerkam apa saja mangsa di depan mata.

  Air mata Siti mengalir perlahan membasahi pipi. Sungguh kesian aku melihat Siti. Lagi kasihan selepas aku sudah mengetahui rahsia besar si Siti.

  “Dah cukup!” Aku bersuara spontan. Semua memandang aku dengan muka tidak percaya. Selama ini aku biarkan saja Ika memarahi orang lain selain kami berempat. Tapi kali ini tidak. Aku perlu meleraikan pergaduhan ini cepat.

  Aku perlu memikul tanggungjawabku yang telah diberikan kepercayaan oleh Miss Nurul. Aku perlu menjaga Siti!

  “Cukup Ika! Nanti aku angkat barang dia dan letakkan kat depan loker aku. Kau jangan marah dia lagi. Lagipun dia bukan tahu apa-apa lagi.” Aku mula merapati ke arah Siti.

  “Eh kau? Tiba-tiba membela budak ni apasal? Dah la budak-budak baru macam dia kurang ajar tadi. Pastu dia pulak tak reti hormat orang yang lama dalam bilik ni. Suka-suka je letak barang dia merata-rata. Boleh pulak kau bela dia?” Ika masih tak berpuas hati. Lagi-lagi aku melawannya secara tak disangka.

  “Ye aku tahu kau badmood dengan budak baru. Tapi janganlah kau menghukum orang yang tak bersalah. Kesian la dia. Dia dah la baru, pastu terpaksa tinggal dengan kita. Itu pun terpaksa sebab dah takda bilik lain. Kalau ada bilik lain aku percaya dia pun taknak duduk dengan kita.” Aku memberanikan diri dengan jawapan aku. Ika terdiam. Mungkin dia mula berfikir rasional.

  “Okey fine! Tapi jangan bagi dia usik barang-barang aku. Duduk atas katil aku pun tak boleh! Faham!”

  “Ye faham. Dah jangan marah-marah lagi dah.”

  “Aku bukan cakap dengan kau. Tapi dengan budak ni.” Ika menunding jari ke arah Siti. Siti mengangguk perlahan. Air mata budak tu jelas kelihatan. Kesian dia.

  “Dan kau Ira. Jaga dia elok-elok sampai hari akhir sem ni. Jangan biarkan dia buat aku marah. Kalau tak siaplah! Tak akan ada peluang kedua!” aku hanya mengangguk tanda setuju. Sama ada perjanjian atau amaran aku kurang pasti. Tapi bersyukur dia tidak bertindak ganas. Sang Singa masih boleh dikawal.

  “Dah jom Farah belanja aku makanan dan ais-krim. Aku lapar ni. Tadi kata nak belanja. Jangan kau tipu aku pulak. Kang dengan kau sekali aku marah.” Kemarahan Ika mula reda. Nasib baik Farah ada berjanji denganya untuk belanja makan. Fuh! Cepatlah beredar wahai Sang Singa!

  “Eh… Aku? Aaaa… Okey-okey jom aku belanja.” Farah hampir terlupa dengan janji yang baru dimeterai sebelum kedatangan Siti. Nasib baiklah Farah boleh cover.

  Mereka berdua berlalu pergi meninggalkan bilik. Bagus, akhirnya bilik kembali tenang. Aku mengeluh tanda lega. Suasana tegang betul tadi. Hampir saja aku bergaduh fizikal. Nasib baik aku dan Ika sudah kenal lama dan tahu hati budi masing-masing. Kalau tidak, dengan aku sekali ditibainya.

  “Hehehe… berani jugak kau ye Ira.” Wani ketawa kecil selepas melihat drama aku dan Ika tadi. Dah macam drama tv yang merebut kekasih. Siti masih di dalam dangkapan Wani. Wani memeluknya sejak dari awal pertengkaran lagi. Wani memang seorang yang penyayang.

“Berani? Aku pun nak gugur jantung berdebat dengan dia tau. Huh… dia pun nak baran sangat kenapa entah. Sejak nak habis sem ni, baran dia makin menjadi-jadi. Pelik aku.” Aku mengomel tidak puas hati dengan situasi tadi.

A35 [COMPLETE ✓] WATTYS 2020Où les histoires vivent. Découvrez maintenant