BAB 43 :Pertemuan.

487 53 5
                                    

Langit masih memancarkan cahaya kelam. Tidak begitu ceria dan tidak juga begitu suram. Cukup sekadar memberi semangat baru untuk meneruskan hidup.

Kini - aku berada berhampiran dengan air terjun yang hampir saja membuat nyawa aku melayang. Kadang-kala aku terfikir sejenak. Macam manalah aku boleh terselamat dari 2 terjunan yang membahaya?

Kalau diikutkan logik akal, memang mustahil aku boleh hidup lagi. Apabila dipandang sekali lagi, memang agak tinggi seperti bangunan 6 tingkat. Itu belom ditambah dengan lompatan gaung seperti 15 tingkat bngunan. Uih, seram bila dikenang balik.

Aku berehat sebentar di pokok berhampiran dengan air terjun. Perutku masih lagi kenyang dengan sarapan buah yang aku temui ketika di sini. Oleh kerana beg packing aku telah hilang. Aku hanya boleh membawa beberapa sahaja di dalam saku.

Aku menjamah satu daripada 4 buah itu dengan tenang walaupun aku tidak tahu akan asal usul buah ini terjadi. Sekarang sudah dikira darurat. Sama ada aku mati kelaparan ataupun keracunan sudah pun difikirkan kemudian. Yang penting perut kena diisi.

Krik! Krik!

Semak di bahagian belakangku berbunyi. Aku mula mencapai tongkat kayu yang aku buat ketika meneroka tadi. Semak itu bergoncangan sepertinya ada sesuatu yang bahaya akan menerkam aku secara mengejut.

Tanganku genggam tongkat rapat. Bersedia untuk menerima pelbagai kemungkinan.

“Wowwow… jangan serang. Ni aku.” genggaman aku lemah secara tiba-tiba. Tongkat kayu itu aku buang ke tepi dan terus memeluk Ika yang berada di hadapan aku.

“Ika!” Aku menangis. Rupanya Ika masih hidup.

“Wei! Apa peluk-peluk ni. Rimaslah. Tadi dah la nak serang aku.” Aku melepaskan pelukkan. Ika pula membetulkan pakaiannya. Hampeh betul, tak teruja ke jumpa dengan aku?

“Mana Farah?” Persoalan Ika membuat aku tergamam. Aku tidak tahu nak mulakan macam mana. Riak wajahku mula bertukar sendu. Ika hanya memerhati tingkahlaku aku yang menyedihkan. Aku rasa, dia pun paham.

“Okey takpe… nanti-nanti je kau citer kat aku. sekarang ni kau ada makanan tak? Aku lapar. Hahaha…” Ika cuba menceriakan aku. jarang sekali dia berbuat demikian. Apa yang dialaminya sepanjang kehilangannya pun aku tak tahu.

Apa yang pelik ialah dia semakin mengambil berat terhadap kawannya.

Aku menghulurkan 2 buah kepadanya, dan satu lagi aku simpan. Buat bekalan terdesak, barangkali. Ika mengambil dan terus melahap buah itu.

“Sedapnya, mana kau jumpa buah ni Ira?” Mulut Ika masih menguyah.

“Masa aku berjalan ke sini tadi terjumpa dengan buah ni. So... aku ambil sikit untuk buat makan dalam perjalanan.”

“Macam mana kau tahu buah ni boleh makan?”

“Entah, aku pun tak tahu sebenarnya. Aku bedal je.”
Ika tersembur. Aku hanya menggelakkan telatahnya.

“Eh, kau biar betul. Kalau beracun macam mana?” Ika menyoal dengan penuh ragu-ragu.

“Alaah… takde papelah. Makan je. Kalau keracunan aku ada ni.” Aku menunjukkan trompet gading itu kepada Ika.

“Ape tu? Macam gading - gajah je? Mana kau dapat.”

“Kenalan singkat yang bagi kat aku.”

“Kenalan singkat? Siapa?” Ika masih tidak berpuas hati dengan jawapan aku.

“Adalah, nanti dalam kita sambung masa dalam perjalanan,” jelas aku.

“Okey, nanti kalau kau ceritakan dekat aku - aku pun akan cerita mana aku pergi.” Ika membuat tawaran. Aku hanya mengangguk.

A35 [COMPLETE ✓] WATTYS 2020Where stories live. Discover now