BAB 44 : Kenangan.

412 48 1
                                    


Air sungai kedengaran deras. Kadangkala ternampak juga ikan-ikan kecil melompat-lompat seperti dolpin. Apa yang peliknya ikan ini kelihatan seakan-akan seperti rama-rama. Haih - dunia apakah ini?

Selama hampir 4 jam kami meneroka. Perjalanan kami semuanya seperti dirancangkan. Nasib saja petunjuk demi petunjuk tidak hilang dari pemerhatian mata kami.

Aku dan Ika berehat sebentar di atas pokok dan berharap tidak mahu kehadiran ini dikesan. Sebaiknya kami perlu menyelinap dengan senyap dan keluar dengan pantas. Itulah perancangannya.

Aku mengeluarkan semula baki buah yang tinggal dan berkongsi dengan Ika. Kunyahan demi kunyahan mulutku mengunyah sambil mata memerhati ke bawah.

Semakin lama; semakin aku dapat biasakan diri pula dengan fobia gayatku sendiri.

Ika pula termenung sambil mulutnya juga masih mengunyah. Jauh juga dia mengelamun sehinggakan aku melambai di depan mata pun tidak diendahkan. Sudah kenapa?

"Oi." Sapa aku dengan mencuit bahunya. Ika mula tersedar.

"Jauh betul mengelamun, fikir apa? Kita kan dah nak sampai." Aku menunjukkan arah destinasi kami.

"Ye, aku tahu... aku bukan fikir pasal tu."

"Kau fikir pasal apa? Kampung bunian yang kau citer tu ke?" Aku cuba meneka.

"Eh, kau ni. Macam mana kau tahu? Sejak-sejak dapat berubat dengan haiwan mitos ni, macam-macam kau boleh agaknye."

"Mana adalah, aku teka je? Ha... kenapa? Citerlah." Ika nampak aku yang bersungguh. Dia mengeluh dan memulakan bicara.

"Aku teringat dekat Aidil."

"Aidil? Owh... budak bunian tu. Haa... betullah aku cakap, kau teringatkan mak mertua. Hahaha..."

"Hey, tak kelakar tau. Aku kesiankan budak tu. Dia tu suka sangat bila aku ada dengan dia... perangai pun baik je. Dengar kata... tapi aku ni terpaksa tipu dia. Kalau tak – takdelah aku kat sini sekarang." Ika mengeluh panjang. Mungkin dia terasa bersalah dengan perbuatan dirinya.

"Dahlah, jangan dikenang parutan yang lalu, nanti luka yang lama berdarah kembali." Aku cuba memberi motivasi.

"Amboi, dasyat falsafah kau. Mana belajar?"

"Mana ada. Aku tiru dalam citer kartun tu. Entah apa ke namanya."

"Ai, minat kartun jugak ke?" Ika menyoal dengan nada memerli.

"Bukanlah, aku tengok je. Dah adik tiri aku yang bukak... nak buat macam mana." Aku menjongkit bahu. Ika pula ketawa kecil.

"Dah jom. Aku rasa kita lagi sikit je dah nak sampai." Ika mula turun dari pokok dan aku mengikuti langkahnya. Bab-bab panjat ni, Ika sorang je yang tahu. Haih, macam lelaki.

*    *    *
Api marak membakar isi obor dengan gahnya. Seakan tiada apa yang mampu menghalangya daripada membara dari cebisan-cebisan kain kepada debu hitam.

Di satu sudut tempat rehat Aruwah, terlihat satu susuk tubuh sedang melutut memberi sembah. " Ya Lourd Al-Aruwah, Dim kana tukh na rafi dalalu ru sa ba sahsah wi team nakh sadut. (Tuan Besar Al-Aruwah, kami telah pun mengerahkan pasukan untuk berjaga di setiap sudut.)" Lapor Tamrih kepada Aruwah.

"Narh. Nahi rakha tuma leka. Ani dua kasaha ringkap. Zaham! (Bagus. Jangan biarkan sesiapa pun leka. Aku mahu mangsa itu ditangkap. Faham!) " tegas Aruwah yang masih lagi berada di tempat kerusi agungnya itu.

"Ismah ya Lourd. Rantahahkan dilaks. (Baik Tuan Besar. Perintah akan dilaksana.) "

"Nagi... lik sat ag nagi ani bi an dun. (Lagi... ada satu lagi aku mahu kau siapkan.) "

"Wat lut Ya Lourd? (Apakah itu Tuan Besar?) " Tamrih kehairanan. Raut mukanya kelihatan cemas sedikit.

"Ani makh ann red lokas upaca tukakah ruh. (Aku mahu kau sediakan tempat upacara pertukaran roh.) "

"Tukakah ruh? Nahirah ha-(Pertukaran roh? Bukankah itu-) " Percakapan Tamrih dipotong pantas oleh Aruwah.

" -Ismah, hanana adkh sahir porbith takah voidit an ani mahrah. Nahi mu soal! (-Ye, itu adalah sihir terlarang dan aku mahukannya. Jangan baanyak soal!) " Jerkah Al Aruwah dengan keras. Tamrih hanya berdiam menggigil.

"Ismah Ya Lourd. Anan an uanai hajatul rakh. (Baik Tuan Besar. Akan aku menunaikan hajat.)" Tamrih menunduk akur dengan perintah Aruwah.

Masa ini adalah masa terbaik baginya untuk berdiam demi menjaga hati Aruwah, jika tidak - pasti nasibnya akan sama seperti Nawal. Tamrih menelan ludah.

Bersambung...

Sneak Peak;

Alamak! Rancangan apa pulak Aruwah ni nak buat? berjaya ke tidak si Ira dengan Ika pergi ke tempat tahanan kawanya? 

Jom ke bab seterusnya...

Jangan ketinggalan update cerita seterusnya A35. Jangan malu dan jangan segan untuk komen, share dan... vote ye...Terbaiklah!

Owh ye...panggil kawan-kawan yang suka membaca tu cepat. Rugi kalau tak baca tau. 

A35 [COMPLETE ✓] WATTYS 2020Where stories live. Discover now