BAB 20 : Susuk Misteri

711 79 3
                                    

Note:

Untuk pengalaman membaca yang terbaik, bolehlah cuba membaca bab ini dengan lagu arjuna beta. Perh!feeling!

*     *    *

Aku melihat sekeliling telah ditelan oleh gelap gelita sehingga membuatkan ku pening yang memualkan. Aku di mana ni? Kenapa aku terasa seperti terapung-apung? Dimanakah tanah? Atau - aku sebenarnya sudah ditarik masuk oleh lembaga itu?

  Mata aku menangkap tepat ke arah satu cahaya yang membentuk seperti di atas pentas ketika di berikan sport light di tengahnya. Terlihat jua sebatang tubuh yang aku amat kenal sekali. Senyuman terukir di bibirku kerana hati ini tersangatlah rindu pada susuk tubuh itu.

"Ayah! Itu ayah!"

  Aku menangis. Tanpa membuang masa, aku meluru ke arah tubuh itu dan terus memeluknya dengan kuat sambil memandang tepat ke arah wajahnya.

  Muka ayah samar-samar kelihatan kerana dek cahaya yang pekat mencurah ke arah mukaku lalu membuatkan mata kesilauan. Walaupun bagitu, masih aku dapat melihat senyuman yang terukir indah di wajahnya. Aku menangis lebat dan melepaskan pelukan rindu itu. Sambil keadaan menangis yang teresak-esak, aku mengadu pada ayah.

  "Ayah… Ira rindukan ayah! Kenapa ayah pergi terlalu cepat? Kenapa tinggalkan Ira? Ayah tak sayang Ira ke?” aku terus bertanya bertubi-tubi. Aku ingin melepaskan segalanya yang terbuku di isi hati.

  “Maafkan ayah Ira. Ayah tak bermaksud untuk meninggalkan kamu.” Aku terkejut dengan respon ayah. Kegembiraan terpancar di raut wajah aku.

  “Habis tu, kenapa tinggalkan Ira! Ayah tau tak, mama dah tak macam dulu. Mama lebih pentingkan keluarga baru dia. Ira sunyi. Ira tak ada tempat bergantung. Ira tak kuat. Ira nak ayah!”

  “Maafkan ayah nak. Ayah tahu kamu sedang merana. Marilah, mari ikut ayah. Ayah akan jaga Ira. Di sini, Ira tidak keseorangan lagi.” Ayah menghulurkan tangannya. Aku terkesima. Apa akan jadi kalau aku sambut tangan ni? Adakah aku mati? Macam mana dengan mama?

  “Sambutlah tangan ayah ni Ira. Ayah janji akan temani kamu selamanya.” Tangan aku perlahan-lahan bergerak untuk menyambut sambutan ayah. Pujukkan ayah membuat aku terpukau. Jari aku semakin hampir ke tapak tangannya dan…

  “Ira! Ira bangun!”

  “Weh bangunlah. Ape bende tido tengah jalan!” Aku terdengar beberapa suara yang tidak putus memanggil namaku. Disusuli pula dengan badan yang digoncang kuat seperti dilanda gempa bumi. Aku membuka mata perlahan-lahan. Agak pedih apabila cahaya mencucuk masuk ke arah pandanganku.

  “Ira, kau okey ke?” Aku memandang wajah Wani tepat di atas aku. Rupanya macam aku telah diribakan. Ika dan Farah pula berada di sisi sebelah kanan.

“Wei, kau okey tak ni?” Ika menyampuk sambil tangan diletakkan ke dahi aku.

  “Aku - okey.”

  “Kalau okey, dah kenapa tido kat tengah jalan? Siap mengigau lagi.”

  “Mengigau? Mengigau apa? Bila masa ak… Haa! Lembaga!” aku memandang sekeliling dengan cemas dan terus membuka loker Siti yang berada di hadapan ku. Ternyata hanya loker biasa yang penuh dengan barang-barang Siti. Wani, Ika dan Farah memandang aku pelik.

  “Kau dah kenapa ni Ira? Dah macam orang kene sampuk kenapa? Lembaga apa?” Ika menambah lagi. Aku hanya berdiamkan diri. Mungkin sedang membuat spekulasi. Apa yang terjadi semalam? Lembaga apa yang datang semalam? Kenapa diorang tak tahu padahal riuh satu bilik aku menjerit.

  “Ikut suka kaulah Ira. Aku malas nak layan. Jom Farah, kita gi kelas. Dah lambat dah ni.” Farah mengangguk lalu mengikuti Ika keluar bilik. Wani masih memandangku.

  “Ira… Nanti kalau kau dah bersedia nak bercerita, cerita ja kat aku, okey.”

  “Ermm… Okey Wani.” Aku hanya menjawab lemah. Walaupun luaran seperti bermimpi, aku pasti, semalam adalah kejadian yang sebenar.

  Kalau tidak, kenapa aku terasa letih sangat sekarang ni?

Bersambung...

Snekpeak:
Rindunya Ira dekat ayah dia kan. Yang mana readers masih ada ayah dan mak tu - jagalah mereka seelok-eloknya ya. Mereka hanya da satu saja di dunia ni. Betul tak?

Okey jom ke bab seterusnya!

Jangan lupa VOTE, komen dan Share! Love u all. Terbaik!

A35 [COMPLETE ✓] WATTYS 2020Tahanan ng mga kuwento. Tumuklas ngayon