BAB 35 : Mengalah?

505 58 4
                                    


  Hitam. Apakah dunia ini akan hitam jika tiada warna? Atau - sememangnya dunia ini tiada warna seperti yang dilihat oleh cornea mata.

  Aku bingung seketika dengan kelilingku. Hitam yang ku lihat membuatkan hati ini berfikir, adakah aku sudah buta? Atau - Aku sudah matikah? Mengapa aku berada di ruangan sebegini? Di manakah aku? Siapa tahu? Biarlah.

  Biarlah aku berterbangan di dalam kepekatan hitam ini. Mungkin ini takdirku. Atau - mungkin ini yang hati aku mahu.

Aneh. Hati aku mula rasa bahagia dalam keadaan sebegini kerana ketika ini, aku berharap dapat ditemani dengan orang yang aku paling rindui; ayahku.

  Jika kehidupan aku di dunia pun tidak dihargai, lebih baik ku menerima suratan takdir yang telah dilalui ini.

Badanku masih berawangan seperti berada di luar angkasa yang gelap. Tidak ada sedikit pun cahaya yang dapat ditangkap oleh mataku.

  Mungkin juga aku telah mati akibat terjunan maut yang telah aku lakukan. Tambahan lagi, luka parah akibat dicakar oleh serigala tadi masih lagi berbisa ketika berhadapan dengan si durjana itu.

Tapi - anehnya di sini, tidak pula aku merasakan apa-apa dibadanku. Hatiku dibuai dengan begitu selesa dan tenang. Arhh… apa yang harus aku lakukan sekarang..

  Tidakkah aku telah melanggar amanah ayahku bahawa yang aku telah pun mengalah? Ayah? Maafkan Ira-

  “Tidak mengapa anak ayah.” Tiba-tiba sahaja suara yang aku kenali itu bergema di dalam kegelapan.

  “Ayah!” aku menyahut dengan perasan yang teruja.

  “Ayah kat mana? Tunjukkan lah diri ayah tu. Ira nak berjumpa dengan ayah.” Air mataku berderai jatuh membasahi pipi. Aku tidak sangka akan berjumpa dengan ayahku sekali lagi. Mungkin benar aku telah mati.

“Ayah… keluarlah… Ira perlukan ayah…” Sebaik sahaja aku memanggil ayah, seluruh kegelapan disekelilingku ini menghilang dengan sekelip mata.

  Suasana yang suram kini digantikan dengan suasana taman. Aku kehairanan apabila dikelilingi dengan taman yang dilimpahi dengan bunga-bunga yang cantik warnanya secara tiba-tiba.

Di satu sudut pula terlihat sepohon pokok besar dahannya. Terdapat juga buah-buahan seperti buah yang dijumpai oleh aku dan Farah ketika dilanda kelaparan.

  Di dahannya itu terdapat satu buaian yang cantik seakan-akan sedang menunggu aku untuk bermain bersamanya.

Aku melangkah perlahan ke arah yang indah itu. Semakin lama, langkahku laju dan akhirnya aku berlari bersungguh untuk ke sana.

  “Ayah!” Aku menjerit nama ayah sekuatnya.

Tidakku sangka, ayah rupanya yang sedang menungguku di sini. Aku dengan spontannya terus memeluk ayah. Pelukkan pada tubuh yang ku rindu itu begitu erat. Rindu kepada seorang ayah hanya tuhan saja yang tahu.

“Ayah!” Kataku lagi, kali ini suaraku terputus-putus akibat menangis.

“Ayah ada di sini Ira. Dah… jangan menangis.” Pujuk ayahku sambil membelai rambut anaknya yang manja ini.

“Ayah… Ira rindu ayah…”

“Ye sayang… ayah tahu. Ayah pun rindu Ira. Dah… jangan menangis. Nanti kita borak pasal Ira dan pengembaraan Ira.”

“Eh, macam mana ayah tahu yang Ira sedang mengembara?”

“Mestilah ayah tahu. Ira kan anak ayah. Lagipun ayah dah kata, ayah sentiasa bersama dengan anak ayah,” jelas ayahku. Aku hanya memandang riak mukanya yang manis itu. Bertapa rindunya aku kepada muka ini dan aku tersenyum.

*    *    *

Api lilin membakar dengan perlahan-lahan. Kadangkala ianya seakan-akan nampak bermain dengan sang angin.

  Di ruang meja pula terpancar satu bayangan susuk tubuh sedang bersenang lenang dengan habuannya yang terlentang di hadapan mata.  

  Aruwah. Itulah nama yang telah membuatkan kehidupan Ira dan rakan mereka di dalam keseksaan.

  Aruwah masih lagi menikmati makanannya dengan begitu senang hati sambil mengambil tulang yang masih segar dari hasil buruan yang lepas.

  Kruk, kruk!

  Satu kunyahan kasar telah pun dilaksanakan olehnya dengan bongkak dan nikmat lalu dijamahnya lagi dengan begitu berselera. Sekali sekala, diteguknya air asap yang berkumpul di dalam mangkuk. Ye, itulah makanan kegemaran mereka - asap!

Ya Lourd (Tuan Besar)!” Suara itu bergema di ruang makan dan membuatkan Aruwah hilang selera untuk menikmati makanannya itu.

Has?! La zakarims tuk larakh! (Apa! Tidakkah kau nampak yang aku sedang makan!) ” teriak Aruwah.

Roif,  Ya Lourd (Maaf tuan) .” Kuncunya itu terus melutut dan sujud di dalam ketakutan.

Aini... Zam bukti karakh dain-taks bai-tamakh bil roup (Saya… ada berita pen-ting un-tuk disam-paikan) ,” sambungnya dalam gagapan.

Naiz ga gala neuw lakh tntala gaib bul taka anni (Benda apa yang penting sampai kau menganggu aktiviti aku)!” Aruwah berang. Dicengkamnya kuncu itu dengan tangan dari tempat makan. Lalu, kuncu itu terangkat tinggi ke langit.

  Cengkaman yang berada di salur nafas yang kuat itu menyebabkan kuncunya kelemasan dan meronta simpati.

Tam... rih wa gak... galana bil roip.. taindinas (Tu… an… Tam… rih… dan kun… cunya… telah… kembali) .” Walaupun percakapan kuncu itu tersekat-sekat – Aruwah masih dapat menerima laporan itu dengan jelas.

Buk!

  Kuncu itu dicampaknya ke tepi dengan ganas mengakibatkan mangsa malang itu berguling di tanah beberapa meter dari tempat asal.

Kaulun bis tada kah (Apa benar mereka sudah pulang)?” Soal Aruwah.

Dies Ya Lourd. Naim... huk huk... galagana Tamrih fil bidas ni presan... Huk huk huk... (Benar Tuan Besar. Malah… huk huk… mereka membawa… habuan. Hukhukhuk…)” Balas kuncu itu serak akibat cengkaman tadi.

Riah... hahaha... riah... Tamrih bikas ni tizan dahlis. Hahaha... Aini be hapzah. Nalakh hapzah. Aina! (Bagus… hahaha… bagus… Tamrih memang boleh diharapkan. Hahaha… aku gembira, sangat gembira. Kau!)”

Ya Lourd (Ya Tuan Besar).”

Nahh kan nakh la tuk presan. Takka nala rakum presan ni aini  bakh tah presan nanak hapzah. Karaki ri sasa dis happah (Pergilah menjamah hidangan itu. Anggap saja itu habuan aku kepada kau kerana memberi berita gembira ini. Lagipun aku sudah tidak berselera kerana telah diganggu).”

Des Ta Lourd. Tanka Ya Lourd (Baik Tuan Besar. Terima kasih Tuan Besar).” Tanpa membuang masa, kuncu itu terus meluru ke arah habuan untuk menikmati hidangan yang diberikan Arwah dengan.

  Walaupun pada dasarnya itu hanyalah sisa baki Tuan Besar mereka, ini adalah satu penghormatan dan amatlah jarang untuk Aruwah memberi tawaran yang sangat istimewa seperti ini.

Bersambung...

Snekpeak;
Aduhai... Ira kat mana pulak tu? sampai jumpa aruwah ayah dia lagi. Sian Ira menerima keadaan malang tu. Macam mana pulak dengan Ika dan Wani? Farah mati? Rumitnya?

Jom kita ke bab seterusnya!

Jangan lupa vote, share dan komen tau. Ajak ramai ramai baca cerita pelik ni. hahaha terbaik!

A35 [COMPLETE ✓] WATTYS 2020Where stories live. Discover now