BAB 34 : Pilihan

530 62 11
                                    

Jantung berdegup tanpa mengira penat. Kepantasan pengepaman itu sangat berlainan dari biasa.

  Cemas, takut, resah; perkataan yang berlainan dan mungkin juga membawa maksud yang sama. Itulah apa yang aku rasai sekarang, perasaan di ambang maut yang menanti di hadapanku.

  Tanpa membuang masa, aku terus memotong tali yang berbaki. Tapi kali ini, aku diganggu pula dengan si Farah yang menepuk bahuku beberapa kali - aku melihatnya dengan muka yang serius.

  Farah hanya memuncung ke arah makhluk pemburu itu. Aku beralih pandangan dan terlihat satu daripada mereka sedang bersedia sepertinya sedang merancangkan sesuatu yang aku belum pasti.

Aku dan Farah berpandangan, sepertinya aku beranggapan perancangan ini sia-sia sahaja.

  Pengepam darah aku masih bekerja dengan laju dan aku pasti Farah pun mengalami perasaan yang sama.

Warr!

Lauangan kuat bergema di ruang angkasa, aku dan Farah tergamam dengan apa yang sedang berlaku ketika ini - Ya tekaanku tepat sekali.

  Segala usaha memotong itu adalah perkara yang sia-sia belaka setelah seekor serigala yang ditunggangi itu telah pun melintasi gaung tersebut dengan lompatan yang agak luar biasa. Kami ketakutan.

  Kini makhluk pemburu itu betul-betul berada di hadapan kami dengan wajah yang begitu bengis. Lebih malang lagi di belakang kami pula gaung yang sudah pun tiada titian.

  Tidak! Rupanya, aku telah pun menempah kubur untuk kami berdua. Mukaku jelas kelihatan dengan penyesalan.

  Farah memaut tangan kiri aku dengan erat sementara sebelah kanan pula aku menghunus pisau lipat yang kontot itu ke arah makhluk di hadapan kami.

Kini, satu per satu makhluk pemburu itu melompat dari seberang sehinggalah yang terakhir, mungkin itu ketuanya.

  Melihat pula pada bentuk susuk yang besar dan gagah itu; muka yang bengis dan mempunyai tengkorak di kepala serta serigala yang besar daripada yang lain – maka sahlah, itu pemimpinnya.

Ketua pemburu itu mula melangkah perlahan ke arah kami. Aku dan Farah berundur sesikit walaupun tahu kamu sudah tidak mencukupi tanah untuk melarikan diri. Hanya pisau lipat yang kontot itu sahajalah yang boleh menjadi penghalang walaupun aku tahu itu tidak pun memberikan kesan kepada kumpulan mereka.

Kami dikepung rapat. Kanan kiri telah pun disekat padat. Belakang pula - haih, maut.

“Apa... yang kau nak dari kami?!” Suaraku cemas tapi lantang.

  Aku harus menyembunyikan rasa takut ini daripada musuh walaupun aku pasti mereka tahu keadaan perasaan aku yang sebenar.

“Jawab!” Aku menyergah selepas pertanyaan pertama tadi tidak diendahkan.

“Apa yang kami nak? Hahaha… kami mahu kamu, manusia!” Jawab ketua itu.

“Kau… kau boleh faham bahasa kami?” Aku kehairanan dengan kebolehan mereka.

“Ye, aku boleh faham – kerana aku adalah dari golongan atasan dan seringkali juga memburu manusia lemah seperti kamu demi mencapai kepuasan! Hahaha…”

“Jadi… sebelum ini pun… kau pernah memburu manusia?”

“Tepat sekali makhluk lemah! Tuan Besarku akan membuat perjanjian dengan manusia yang berakal pendek di dunia mereka dan setelah tiba saatnya, Tuan Besar akan mula menarik mereka ke alam ini. Orang-orang seperti akulah yang akan memburu mereka dan setelah dapat, akan mereka kami menjamah beramai-ramai.” Ketua mereka ketawa besar dan diikuti dengan kuncu-kuncu mereka.

A35 [COMPLETE ✓] WATTYS 2020Where stories live. Discover now