BAB 29 : Manusia?

Start from the beginning
                                    

Budak kecil tersebut masih di dalam ketakutan. Gigilan di badannya jelas kelihatan.

  Ika memandang kembali ke arah serigala tersebut dan membuat langkah bersedia untuk menerima sebarang serangan.

Serigala yang tumbang dek kerana pukulan itu mengagahkan diri untuk berdiri tetapi masih lagi terhuyung-hayang.

  Darah merah mula melintasi muka pemburu liar itu sehingga terjatuh ke tanah. Jelas sekali pukulan Ika amat kuat membuatkan ia menerima kecederaan yang teruk.

Raww!

  Sekali lagi serigala itu menyerang dengan gaya bahamnya.

  Bukk!

  Satu lagi hentaman kuat di badan serigala tersebut membuatkan ia terpelanting ke tepi. Ika mula kepenatan. Berlawan dengan serigala ini bukanlah perancangannya yang asal. Dengan perutnya yang kosong dan tenaga yang hampir habis digunakan, dia tetap gagah mempertaruhkan nyawanya demi menyelamatkan mangsa yang tidak berdosa.

Ika masih lagi menunjukkan kegagahannya walaupun jelas terlihat nafasnya sudah tidak menentu arah. Serigala yang dibelasahnya juga turut masih menggagahkan diri untuk berdiri.

“Aarrgh!” Ika menjerit gagah dengan harapan serigala itu ketakutan.

Nasib menyebelahi Ika apabila serigala tersebut mengalah dan terus melarikan diri.

  Mungkin serigala itu juga mengerti jika diserang sekali lagi mungkin akan menyebabkan hayatnya terhenti serta merta.

Ika terduduk lega. Nafasnya ditarik sedalam yang boleh. “Yes! Aku Berjaya! Woo! Nasib baiklah kayu ni ada dalam semak tadi. Hu…hu…hu…” Nafas Ika tercunggap-cunggap mengambil O2 dengan pantas.

“Terima kasih,” kata budak kecil itu. Ika agak terkejut dengan ucapan dan kehadiran budak disebelahnya. Hampir terlupa pula tentang kanak kanak ini tadi selepas kejayaan Ika membelasah serigala durjana.

“Sama-sama – eh, kau boleh bercakap dalam bahasa aku?” Ika mula memberikan riaksi yang tidak percaya. Bagaimana mungkin dimensi ini boleh bertutur dalam bahasa dimensinya?

“Ye, saya boleh bercakap dalam bahasa kamu.”

“Tapi - macam mana?”

“Bahasa kamu adalah bahasa yang paling mudah untuk kami pelajari. Justeru itu, kami juga belajar bahasa-bahasa lain,” jelas budak kecil itu. Ika terdiam seketika dengan cara percakapannya yang begitu baku padahal dia pun hanya berbahasa pasar – komen Ika di dalam hati.

  “Terima kasih sekali lagi kerana menyelamatkan saya.”

  “Sama-sama, lagipun aku cuma kebetulan melalui kawasan yang sama.”

  “Cara kamu berlawan serupa dengan pendekar kampung saya. Cumanya – kamu perempuan ke lelaki?”

  “Eh-Eh budak ni, soalan ke statement tu? Haih! Aku ni perempuan la. Dah jangan salah tafsir.”

  “Owh begitu, itu bermakna kamu perempuan yang gagah.” Ika tersenyum apabila menerima pujian itu. Pertama kali dalam hidupnya dihargai sebegitu rupa selain dari kawan-kawannya yang hanya merendahkan kebolehannya. Akhirnya, hasil dari buli dan belasah budak sekolah semuanya berbaloi. Hahaha - Ika ketawa di dalam hati.

“Dengan tanda terima kasih juga, saya ingin mengajak kamu datang ke kampung saya untuk beristirehat di sana,” sambungnya dengan begitu sopan.

“Eh, tak perlulah. Aku kena cari kawan-kawan aku yang lain. Lagipun – aku dalam misi-” Belum sempat Ika menghabiskan kata, perutnya mula berbunyi.

“Nampaknya perut kamu tidak boleh menolak pelawaan saya.” Budak itu memberikan senyuman.

  “Ermm, okey. Aku ikut kamu. Tapi, cuma untuk berehat dan makan saja tau.”

  “Baiklah, itu pun sudah memadai. Sekurang-kurangnya ini sahaja yang saya mampu untuk membalas budi akak –”

  “-Ika, panggil Ika saja okey.”

  “Baiklah akak Ika. Nama saya Aidil.”

  “Owh, okey Aidil. Budak lelaki rupanya. Muka jambu macam pengkid.”

  “Apa tu pengkid?” Aidil kehairanan dengan perkataan baru yang menjamah telinganya.

  “Tak ada pape. Dah jom, kalau tak akak taknak ikut kau.”

  “Baik, akak Ika.” Aidil terus menunjukkan jalan kepada Ika ke arah kampungnya itu.

Bersambung...

Snekpeak:
Sapa pulak si Aidil ni Ye?  Boleh pulak dia bercakap dalam bahasa kita? Ke mana pulaklah dia nak bawak si Ika ni. Macam mana pulak dengan IRA dan Farah.  Haih semakin rumit pulak jadinya.

JOM kita ke bab seterusnya!

Jangan lupa VOTE, Share, komen untuk kita berinteraksi. Terbaiklah!

A35 [COMPLETE ✓] WATTYS 2020Where stories live. Discover now