“Thanks armm.. Makcik?,” ucap Daniel lalu membawaku turut masuk ke dalam rumah Luqman.

Aku mendudukkan diri di salah satu sofa merah yang tersedia di ruang tamu rumah Luqman yang luas dan besar ni.

“Have a drink,” kata Luna, memecah kesunyian dan kejanggalan.

“Thanks,” gunamku.

“Papa suka kamu datang melawat papa, dah lama papa tak jumpa kamu setelah..,” kata-kata Luqman terputus. Aku hanya memandang dia dan mencabar untuk dia terus bercerita. “Maafkan papa,”

“No, jangan minta maaf kat aku, minta maaf kat mama,” kataku, masih memandang Luqman. Daniel sudah membuat muka ‘jangan’ dia di sisiku.

“Mama kamu dah maafkan papa, papa dan mama Luna kamu dah jumpai dia beberapa hari selepas makan malam masa tu, papa malu sangat bila dia sudi maafkan papa tanpa berfikir kali kedua,” kata Luqman penuh sebak.

“Right,”

“Papa faham, Daniel yang memujuk kamu ke sini kan? Papa sedar yang memang kamu tak sudi nak jenguk papa tapi, tak dapat kah papa meminta sedikit kasih sayang dari kamu?,” rayu Luqman. Aku mengeluh, kepalaku ku tongkatkan.

“Look, Luqman. Aku bukan lah seorang puteri or any kind of woman yang ada kat cerita dongeng yang memaafkan orang begitu sahaja, aku memang nak maafkan kau tapi it’s just.. It is too hard,” luahku akhirnya.

Gah! Kenapa lah aku beritahu dia pulak?

Tapi, betul lah. Aku tak dapat maafkan dia begitu sahaja. Dia dah lukakan hati kami sekeluarga, malah melukakan Daniel dulu. Ianya tak mudah.

Luqman menundukkan kepalanya. Luna di sisinya, mengurut-urut lemah belakang Luqman. Daniel ku lihat hanya bermuka selamba, seperti dia memang mengagak aku macam ni.

Dia kemudian berkongsi jelingan dengan Luna. Apa tu?

“Lisa, may I talk with you for a while?,” kata Luna, meminta izin.

Walaupun ragu-ragu, akhirnya aku bangkit dari dudukku selepas mendapat sokongan dari Daniel. Luna akhirnya membawa ku ke luar beranda mereka.

“It’s nice isn’t it? The weather?,” soal Luna padaku. Aku mengunamkan sahaja jawapanku, ya. Ok, hmm. “Sayya hiddup amman di seni, di Brunei addalah kerrana jassa pappa kammu,”

Aku memandang Luna yang sedang bercakap melayu dengan susah payahnya. Tapi aku tak menghalang.

“Sayya hanyya lah saeorang pellayain bar di America dahhullu,”

Aku cuba mengawal rasa terkejut ku, ya Allah? Luna pelayan bar? Bar? Tempat minuman larangan Allah?

“Don’t worry, Luqman is not drinking any inhalal drink when we met,” kata Luna dengan panik. “I guess I just have to stick with English eh?,”

“Use what ever make you comfortable,” suruhku lalu mendekati diri melihat pandangan di halaman sekitar rumah, ianya sungguh biasa?

Luna tergelak kecil, “Sayya cubba laggae sedikait ya?,”

Aku hanya mengangguk, aku tak tahu apa niat sebenarnya dia memanggil aku. Well, tentu lah untuk bercerita. Tapi, aku ragui kami hanya bercerita mengenai hidupnya di Amerika dulu kan?

“Sayya hmm, sussahnyya cakkap melaeyu,” kata Luna akhirnya mengalah. Mungkin dia takut aku rasa rimas pulak atau ianya memang mengambil masa yang lama untuk dia mengungkapkan katanya.

“Tak pa, saya faham,” kataku cuba memberi galakan.

“I worked at the bar, wearing half naked clothes everyday, serving those harram drinks to live, my life was simple and ordinary but one day,” gementar di suara Luna kedengaran. “As I passed by a mosque, I heard a voice, a man, like singing.. It’s a beautiful song ever,”

Projek Bantah KahwinWhere stories live. Discover now