BAB 21 : Petunjuk

Start from the beginning
                                    

  Wani mula berbisik perlahan. “Sory terjerit. Aku tak sengaja… Tapikan… Macam mana lembaga tu boleh wujud pulak Ira?”

  “Lembaga tu kata lagi, sudah dipanggil lagi mahu menggigil. Kau rasa… Ni ada kene mengena dengan papan Ouija yang kita main tu ke?”

“Sudah dipanggil? Erm… Tapi kita kan dah buat jampi penutup. Macam mana dia boleh wujud lagi? Kau sendiri nampakkan last kanta tu kat perkataan Pulang.”

  “Itu yang aku tengah pikir tu. Haih, badan aku menggigil tak berenti sejak bergelut dengan lembaga tu pagi-pagi buta. Aku jadi tak keruan.” Tangan yang menggigil di tunjukkan lalu digenggam terus oleh Wani.

  “Tak pe… Aku kan ada. Walaupun aku punya takut lagi dasyat dari kau, tapi… Aku akan cuba apa yang aku mampu untuk menolong.”

  “Terima kasih Wani. Kaulah yang selalu bagi semangat kat aku. Erm… So… Sekarang kita nak buat apa? Lembaga tu mungkin datang balik malam ni. Kita kena bersedia.” Aku mula serius.

  Rancangan untuk bertahan dari makhkluk durjana itu mesti dirangka secepat mungkin. Kalau boleh - menghapuskan terus kewujudan makhluk iblis itu. Jika tidak, peristiwa pagi tadi akan berulang lagi dan mungkin - tidak ada lagi bernasib baik.

  “Malam ni dia datang ke? Weih… Aku pulak takut tiba-tiba.”

  “Aii… Tadi macam berani sangat. Siap loya buruk lagi.”

  “He…he… Tadi tu sebab aku dengar je tapi tak nampak depan mata. Kalau tak, aku dah lama pengsan dah. Kau pun tau kan aku macam mana Ira. Baca novel seram pun aku takut, ni kan pulak benda real.” Sambil aku memikirkan cara untuk bertahan, Wani secara tidak sengaja memberikan aku idea untuk mendapat maklumat tambahan untuk berlawan dengan lembaga legam.

  “Novel…? Ha! Aku tau dah! Nanti kau temankan aku ke perpustakaan. Aku rasa, buku-buku pasal paranormal macam ini mesti ada. Dan - kalau ada, mesti ada cara untuk mengatasi benda mistik ni.”

  “Betul jugak. Aku sokong, nanti lepas makan tengahari kita pergi ye. Nanti kalau aku lapar tak boleh nak buat kerja. Hehehe…” Wani membuat muka panda kelaparan.

  “Adeh, yelah-yelah… Lepas makan kita gerak. Jangan malas lepas tu sudah.” Aku bersahaja. Nasib baiklah dia memberi semangat kat aku, kalau tak tahu lah. Mungkin ketakutan aku tak akan reda seperti sekarang.

  Wani memberi senyuman seperti biasa dan terus membuat gaya salute pada aku. “Okey boss!”

*   *   *


Satu per satu buku telah diletakkan kembali ke tempat asal oleh pengawas pusat sumber sekolah. Kebersihan di dalam perpustakaan ini haruslah dijaga dengan teliti dan baik untuk keselesaan pelajar-pelajar kolej ini.

  Sungguhpun kolej ini mempunyai kemudahan seperti perpustakaan, ia bukanlah tempat utama pelajar untuk mengulangkaji pelajaran kerana tidak mempunyai kipas yang mencukupi. Ini membuatkan mereka lebih selesa membuatnya di kelas ataupun bilik masing-masing.

  “Ira, kau dah jumpa ke buku yang kita cari tu?” Wani membelek-belek buku di bahagian rak hadapanku.

  Wani masih lagi dengan bebelannya. “Ira, boleh ke kita cari buku macam tu kat sini? Aku rasa mustahil nak cari dalam sehari. Ini mungkin mengambil masa berbulan-bulan, tak pun bertahun-tahun atau lebih malang lagi kalau tak jumpa langsung. Tengoklah berapa banyak buku ada kat sini.”

  “Shhh!” Perlakuan aku dan Wani di perhati tajam oleh pengawas perpustakaan. Mana taknya, Wani ni membebel banyak pula kali ni.

  Aku termenung. Benar jugak kata si Wani. Buku dekat dalam ni dah la banyak. Macam mana kami nak cari buku yang sepatutnya. Kami mula buntu. Wani masih gigih mencari buku-buku yang berkait walaupun banyak membebel tadi.

  “Weh korang. Korang ada baca tak buku seram ni.” Aku dan Wani berpandangan melalui celahan buku-buku. Kami memasang telinga mendengar perbualan sekumpulan pelajar di meja berhampiran.

  “Mana kau dapat buku ni doh?”

  “Aku jumpa dekat rak buku hujung sana. Banyak jugaklah citer-citer pelik kat sana. Macam mana buku-buku tu ada kat tempat macam ni pun tak tahu lah.”

  “Alaa… Apa nak peliknya ni kan perpustakaan. Tak hairanlah ada macam-macam buku pelik. Haa… Ni buku pasal ape pulak kau baca?”

  “Owh ni, ni buku pasal serigala jadian. Bleh tahan sinopsis. Kau cubalah baca.”

  “Nantilah aku baca. Aku tengah baca novel Kudin. Nanti dah habis baru aku baca buku kau tu.”

  “Shhh! Nak bersembang sila keluar ye. Ni bukan kedai kopi.” Pengawas itu memeluk tubuh dengan muka yang tegas. Geram agaknya.

  Aku memberi isyarat pada Wani untuk bergerak ke rak yang dimaksudkan budak tadi. Wani menggangguk.

  “Jumpa apa-apa tak?” Tangan dan mata aku ligat mencari bahan rujukan. Wani pula sudah terduduk sambil melihat satu persatu buku yang diambil tadi.

  “Belom, ni buku puntianak. Buku toyol. Buku Hak. Buku pasal pembunuhan, dan…”

  “Dan… Apa Wani.” Tumpuan aku teralih dari rak buku. Wani nampaknya sedang membaca. Buku apa yang Wani jumpa pun aku tak tahu. Tiba-tiba saja suasana menjadi suspen.

  “Dan… Ni pun bukan jugak. Citer pasal orang giler kasi surat nota.” Wani mengeluh. Aku dah agak dah, suka buat suspen.

  “Haa… ni Ira. Aku jumpa dah.”
Muka aku menunjukkan tidak percaya. Tak sangka pulak dia betul-betul boleh jumpa kali ini. Sekejap pulak tu. Buku di tangan aku mula diletakkan kembali ke rak dan terus rapat ke arah Wani.

  “Betul ke buku tu?” Aku bertanya untuk kepastian. Wani masih membaca dan sesekali terlihat kerutan di wajah.

  “Yup… Betul la ni. Sini dia tulis 20 permainan maut yang popular di seluruh dunia.” Wani memandang aku dengan muka cuak.

  “Permainan maut Ira…”

Bersambung...

Snekpeak:
Pentunjuk yang Wani dapat memang menyeramkan. Permainan maut? Jenis macam mana permainan maut ni? Jom kita baca bab seterusnya!

KEPADA readers yang membaca tak putus putus dari bab ke bab seterusnya; Author ucapkan terima kasih banyak banyak kerana sudi membaca dan memberi sokongan penuh dalam pembikinan A35 ini.

Jangan lupa VOTE, komen dan share tau.  Love u All!

A35 [COMPLETE ✓] WATTYS 2020Where stories live. Discover now