Part 2 - Dia Kembali

2.1K 119 0
                                    

Terkejar-kejar Rafika untuk sampai ke pejabat setelah lawatan tapak projek di Cyberjaya sepagi ini.  Manakan tidak bila mendapat arahan dari Encik Nazri untuk tidak lewat masuk semula ke pejabat kerana petang itu semua staff akan diperkenalkan kepada pengarah urusan syarikat yang baru. 

Rafika baru lapan bulan bekerja di Sutera Holdings.  Dengan berbekalkan diploma kejuruteraan awam dari universiti tempatan, dia memohon untuk bekerja di Sutera Holdings.  Bukan senang untuk dia melayakkan diri menjadi sebahagian warga kerja Sutera Holdings.  Tetapi berkat keyakinan dan kebergantungan kepada-Nya dia berjaya melayakkan diri bekerja di syarikat pembinaan antara yang terbesar itu. 

Bila mengingatkan pengajiannya yang hanya di peringkat diploma, dia akan mengeluh.  Semuanya kerana menurut kata hati.  Pengajiannya tidak dapat diteruskan, kecewa ibu ayah tidak dapat ditepis.  Wajah harapan yang musnah ibu ayah untuk melihat anak bongsu mereka berjaya di puncak menara gading membuatkan Rafika kesal.

Sudah, dia tidak mahu lagi mengingati perkara yang sudah.  Baginya yang berlalu biarlah berlalu, tidak perlu lagi dikenang-kenang.  Setelah lebih 5 tahun dia berusaha membina semula keyakinan diri, melupakan si dia yang bertakhta di hati, melepaskan kekecewaan yang bermukim.  Kini dia mahu terus bangkit dari penyesalan meninggalkan masa lalu yang menjadikan dirinya orang terbuang.  Kadang rasa itu datang menyerbu di benaknya namun dia terus berusaha menepis pergi.

"Hishh, dah 2.30. Aduh, bising la Encik Nazri nanti" omel Rafika perlahan sementara kakinya mempercepatkan langkah.

Dalam kalut mahu mengejar pintu lif yang terbuka, tubuhnya terlanggar sesuatu menyebabkan dia hampir terjatuh.

"Arkk adui" belum sempat tubuhnya melayang ke lantai, ada tangan ghaib yang memaut lengannya.  'Fuh, nasib baik tak jatuh, kalau tak sakit dapat malu pun dapat' kata Rafika di dalam hati.

"Sorry, sorry, maaf encik saya tak perasan tadi kalut nak cepat.  Maaf encik salah saya" laju bibirnya menutur kata maaf atas kesilapannya yang terburu-buru masuk ke dalam lif sambil kepalanya menunduk-nunduk.

"No sorry, it's okay"

Suara itu! Tubuh tinggi lelaki itu memaksa Rafika untuk mendongakkan kepala.  Lelaki, ya lelaki yang memaut tangannya, yang menyelamatkan dia dari jatuh tadi dan lelaki itu juga yang dirempuh tubuhnya tadi.

"Are you okay miss, miss" kata lelaki itu sambil melambai-lambai tangannya di wajah Rafika.

Wajah itu! wajah yang dirindukan namun wajah itu yang tidak ingin lagi dilihat.  Degupan jantung Rafika seakan terhenti, darah menyerbu ke wajah.

"Hah! Saya okay, saya okay" jawab Rafika tersentak dari lamunan.

"Good" balas lelaki itu semula sambil memberikan senyuman.

Rafika tertunduk, ada dua tiga orang lain di dalam lif turut tersenyum melihat drama sebabak tadi.  Rafika terus membawa dirinya ke bahagian belakang sementara pintu lif tertutup.  Lelaki tadi menekan punat nombor enam dan kemudian menekan nombor tujuh sambil melirik senyum kepadanya di belakang. 

'Macam mana dia tahu aku tingkat tujuh, dia tau ke aku kerja kat sini' hatinya berkata-kata.  Degup jantungnya sudah tidak berirama.  Tidak tahu apa yang dirasakan sekarang ini.  Lif berhenti di tingkat enam.  Rafika melihat lelaki itu keluar, wajah lelaki itu tidak beriak.  Rafika sedikit lega dalam gundah.

Lif berhenti di tingkat tujuh, Rafika membawa dirinya keluar dari perut lif.  Dia menuju pintu masuk bahagian kejuruteraan.  Langkah kakinya diteruskan sehingga ke meja kerjanya.  Beg yang disandang di bahu diletak di dalam kabinet besi dua laci di bawah mejanya.  Punggung dijatuhkan ke kerusi.  Dia melepaskan lelah sambil otaknya melayarkan semula kejadian yang terakam sebentar tadi.  Wajah itu bermain lagi di mindanya.  Berlegar-legar di kelilingnya.  Rafika memejamkan mata menggeleng-geleng cuba mengusir bayangan wajah itu.

"Hoi, ika.  Kau dah kenapa  tergeleng-geleng ni" Haida menepuk bahu Rafika perlahan.

"Hah!"

Rafika tersentak bila bahunya ditepuk dan gegendang telinganya menangkap suara nyaring Haida.

"Ika, cuba kau tengok aku, mekap aku okay tak.  Ni, ni lipstick aku ada comot tak.  Sesuai tak kaler ni" tanya Haida kecoh sambil memuncungkan mulutnya.

"Uiiìi, tak sabarnya aku nak jumpa bos baru.  Dengar kata handsome oiii" Haida menepuk-nepuk kedua tangan sambil bercerita tentang bos baru yang bakal mereka jumpa sebentar lagi. 

Dalam dua minggu ini, cerita tentang pengarah urusan baru Sutera Holdings berlegar di Menara Sutera.  Semua gadis-gadis tak habis-habis bercerita tentang ketampanan bos baru yang katanya bisa mencairkan hati.  Malah bukan gadis-gadis saja, isteri-isteri orang pun galak menumpang bergosip.

Rafika sembunyi senyum. 'Handsome sangat ke? Mampu ke mencairkan hati aku yang beku ni, hihii' dia menyimpan tawa di dalam hati. 

Sejak peristiwa yang dulu, tidak pernah melintas mana-mana nama lelaki di hatinya.  Bukan tidak ada yang menghulur salam, namun dibalas hambar.  Masa mula-mula Rafika datang ke Sutera Holdings, ada juga yang cuba memancing perasaannya.  Sehingga akhirnya dia memberitahu dirinya sudah bersuami, tidak ada lagi yang berani mendekati.  Tetapi ada juga cakap-cakap yang tertanya-tanyakan suaminya dan soalan itu tergantung dibiar sepi tanpa jawapan.

"Tuan Effendi, selamat datang ke Engineering Department.  Sila tuan, saya perkenalkan dengan staff-staff" kelibat Encik Nazri bersama seseorang dilihat tetapi orang itu sedikit terlindung wajahnya.  Puan Nora dan Surya pun ada, juga beberapa pegawai kanan yang lain.  Rafika nampak Surya menuju ke arahnya.  Rafika melempar senyum kepada Surya.

"Perhatian semua, ini saya perkenalkan Tuan Effendi, Pengarah Urusan yang baru Sutera Holdings" Encik Nazri Ketua Bahagian Kejuruteraan memperkenalkan sementara semua staff berdiri di tepi meja masing-masing.

"Apa khabar semua, salam perkenalan dari saya.  Semoga kita semua dapat bekerjasama dalam suasana yang sihat untuk masa depan Sutera Holdings" bicara bos baru mereka sambil dibawa dari meja ke meja oleh Encik Nazri.

Rafika meneguk liur, serasa seperti menelan pasir.  Lelaki itu, pengarah urusan syarikat tempat dia bekerja.  Lelaki yang baru sebentar tadi dia jumpa rupanya bosnya.

Sehingga sampai giliran Rafika untuk diperkenalkan dia masih dalam keadaan terkejut.  Surya menyenggol sedikit bahu Rafika dengan siku.  Rafika lantas menoleh Surya di sebelahnya kemudian memandang semula Encik Nazri di hadapannya.

"Ini Rafika, juga Penolong Jurutera tuan dan Rafika kira paling junior sebab dia baru saja menyertai team kita.  Baru lapan bulan tuan" jelas Encik Nazri.

"Rafika, nice name.  Kita pernah jumpa kan?" tanya Effendi.

"T...tak pernah t...tuan" tergagap Rafika menjawab.

"Yes, dekat lif tadi you kan" balas Effendi lagi.

"Oh..ya, ya saya" Rafika menggaru kepala yang tidak gatal.

Encik Nazri terus membawa Tuan Effendi untuk dikenalkan kepada staff yang lain.  Rafika memandang Surya yang sudah menjongketkan kening di sebelahnya.  Haida yang tadi masih di meja sebelah sudah mendekat.  Tentunya mereka inginkan penjelasan.

Rafika tertanya, 'sudah lupakah dia pada aku' kerana lelaki itu begitu tenang sekali menyebut namanya.  Sedangkan dia, dadanya seperti mahu meletup.

'Takpelah, mungkin itu lebih baik' bisik hati kecil Rafika.

....TBC

Terima kasih kerana sudi membaca tulisan yang tak seberapa ini.  Please vote tanda sokongan dan don't forget to drop your comment yang membina😉😉😉

Sesat Dalam RinduWhere stories live. Discover now