Terdengar keluhan kuat dari Jaehyun. Aku selak selimut sikit untuk tengok dia yang berbaring dilantai. Jelas muka frust dia.

"Kau dah kenapa mengeluh macam tu? Ada masalah ke?"

Tanya aku. Jaehyun lirik aku sekilas dan kembali pandang kipas yang ligat berpusing disiling bilik.

"Takde apa ah. Aku cuma terfikir perasaan Jungkook. Dia tu macam sungguh-sungguh nak dekat kau tau? Tapi kau sikit pun tak bagi dia peluang. Mesti hati dia pedih gila balipbaya kan?"

Kali ini aku terus keluar dari selimut. Aku gagahkan diri untuk turun dari katil. Tanpa kata, aku labuhkan tapak tangan diatas dahi Jaehyun.

Tak panas pula. Dah tu, dah kenapa mamat ni?

"Apa kau ni?"

Jaehyun tolak tangan aku perlahan. Dia bangun dan duduk berhadapan aku, bersandar didinding bilik.

"Kau kenapa? Emo je. Nak kata period, eh macam tak masuk akal sangat je."

Pap!

Tangan Jaehyun menempek pelan didahi aku. Muka dia kelat.

"Bodo taknak simpan sikit ke Kyung? Agak-agak ah. Ada pula masuk sampai bab piyed. Piyed tu kaum kau je weh. Kaum aku takde yang piyed."

Rungut Jaehyun bikin aku ketawa. Ketawa ke? Entah. Lemah semacam je ketawa aku kali ni.

"Habis tu apa? Asal kau macam ni weh?"

Tanya aku. Jaehyun garu kepala dia yang aku tak pasti gatal atau tidak. Eheh.

"Aku baru lepas tengok drama sedih tadi. Sebak weh. Tu yang terikut-ikut emosi tu."

Jelas Jaehyun dan senyum kekok. Aku mencebik. Dah agak dah! Jaehyun ni memang spesies hantu drama weh. Macam-macam storyline drama ada dalam kepala otak dia ni.

"Ah kau. Sensitif teruk. Pergi keluar sana. Aku nak rehat. Sakit kepala lah."

Halau aku sambil menolak badan Jaehyun. Dia mengeraskan badan dan tanpa aku sedar, air mata dia dah merembes macam air terjun.

Shet- dia kenapa doh?

"E-eh k-kau asal sia?"

Tanya aku perlahan. Bahu dia aku sentuh dengan hujung jari telunjuk. Hujung ya hujung! Aku takut nak sentuh lebih-lebih. Buatnya emo dia tunggang terbalik, mahu ditepisnya tangan aku.

"Kenapa drama tu sedih sangat? Aku sebak gila weh. Kau bayangkan dalam tempoh sejam setengah tu aku kena tahan perasaan nak nangis sebab ibu tumpang sekaki dengan badan-badan sekali dia tumpang join aku layan drama?! Seksa Kyungggg."

Terhincut-hincut bahu Jaehyun. Aku dah garu kepala. Pusing.

"Tapi takkan ah dalam bilik aku juga tempat kau nak lepas perasaan kau?"

Tanya aku. Jaehyun pandang aku dengan rembesan air mata dia. Ehek buruknya muka.

"Tak boleh ke?"

Dia tanya aku balik dengan kerutan kening. Air mata masih lagi mengalir. Macam taknak berhenti pun ada. Lahai emonya kau. Kalah kaum hawa.

[C] Free Topup ♡JJKWhere stories live. Discover now