“Saya memang rahsiakan hal ni sampai sekarang, cikgu. Kenapa cikgu cakap macam saya ni dah bongkarkan semua ni?,”

“Cikgu-cikgu kat sekolah ni dah tahu, tak mustahil pelajar-pelajar lain juga tahu,”

“Tunggu, saya tak buat. Walaupun saya excited sangat nak beritahu ke dunia yang cikgu Ariel adalah suami saya tapi saya juga hormati permintaan dia,” kataku. Geramnya!

Pengetua mengeluh, “Baiklah, kamu boleh pergi sekarang,"

Aku dengan lajunya meninggalkan bilik pengetua ni tanpa berlengah lagi. What? Cikgu-cikgu tahu? Mesti ni kerja si Shila tu. Aish! Baru je aku nak membina hidup bahgia dengan Cikgu Ariel.

Tapi, macam mana kalau cikgu Ariel tuduh aku yang menyebarkan rahsia perkahwinan kami? Mesti dia tambah benci aku lah ni.

Malam,

Aku hanya menundukkan diri di suatu sudut di bilik kami. Lama juga aku berkeadaan macam ni. Cikgu Ariel pulak memilih untuk berdiamkan diri dengan membaca buku tentang keaslian Brunei di atas katil kami.

“Apa yang kamu buat kat sana tu?,” soal cikgu Ariel, memandang ke arahku.

“Takut,”

“Takut? Takut apa?,” soal cikgu Ariel mengerutkan dahinya. “Don’t tell me, kamu baru nak takut dengan saya,”

“I am,”

Senyap.

Cikgu Ariel tertawa besar, hampir-hampir dia tergolek jatuh dari katil dibuatnya. Esh, tak ada lah lucu sangat.

“You are really weird, today dah masuk 6 bulan kita kahwin baru sekarang kamu nak takut dengan itu?,” usik cikgu Ariel. Aduh, dia fikir aku takutkan ‘itu’ ke? Aku menepuk dahiku. Bukan tu lah, cinta hatiku. “Dah, mari sini, kamu ingat ini apa?,”

Wahai cikguku tersayang, aku bukan takut itu. Aku takut cikgu marah kat aku lepas tu cikgu ceraikan aku pulak. Kan bahaya?

Tapi semua itu, aku hanya mampu luahkan di dalam hati. Akhirnya aku sampai ke katil kami. Dia menutup bukunya lalu memandangku dengan wajah serius.

“Mereka tahu,” kata Cikgu Ariel, masih memandangku.

“Apa?,”

“Everyone knows about us, our marriage. Everyone. Is-,”

“Cikgu, I am swear, saya tak pernah pun buka rahsia ini kerana permintaan cikgu amat-amat saya jaga. Should I transfer school to somewhere else? I gotta feeling yang cikgu tak suka semua ini, walaupun saya tak suka nak berjauhan dengan cikgu but kalau ini dapat gembirakan cikgu, then I will do it,”

Diam.

Janggalnya!!

“Saya baru nak tanya, Is that alright with you?,” soal Cikgu Ariel. Hmmmm.. Kenapa pulak dia tanya macam ni? Gayanya macam dia ni perhatin dengan aku. Sukanya!!

“Aaa, ya, I am alright. Cikgu?,”

“Then, kalau kamu kata ok. Saya pun ok,” kata Cikgu Ariel lalu membaringkan dirinya menghadap siling.

“Saya takut Cikgu benci kat saya,”

“Saya tak bencikan kamu, Mira,” kata Cikgu Ariel, rasanya dia cuba untuk melelapkan mata. Dia tak bencikan aku? “I am just worried yang kamu diejek,”

Dia kata dia risau ke tadi?

Jangan kata selama ini, dia nak rahsiakan perkahwinan kami sebab dia risaukan keadaan aku. Mira, jangan nak nangis. Jangan nak nangis!! Oh, crap. Aku mengesat laju air mata yang mula berkelompok di mataku.

Projek Bantah KahwinTahanan ng mga kuwento. Tumuklas ngayon