“Tak ada apa, just visiting,” kataku lalu mendudukkan diri di tempat kesukaanku. Iaitu di sisi Cikgu Ariel. Well, tak ada lah betul-betul kat sisi Cikgu Ariel.

“Aku dah tak tahu macam mana nak tegah kau lagi,” keluh Cikgu Ariel lalu segera menyarungkan kembali kaca matanya. Tak!!!

“Apa kata, instead of ‘tegah’ tukar jadi...let’s say...‘sambut’ kan lebih bahgia?,” kataku lalu mendapat jelingan tajam yang mengecutkan perutku. “Baik, baik,” alahku.

“Dah jangan ganggu saya, pergi sana,” kata Cikgu Ariel menghalauku. Aish, dia ni..tak romantik langsung. Rasa nak sembelih ada juga dia ni.

“Cikgu, Daniel dah lamar Lisa tadi,”

Penulisan Cikgu Ariel terhenti tiba-tiba. Eksperasi mukanya kelihatan tegang seketika.

“And?,”

“Lisa said yes,” beritahuku. Aduh, cikgu. Jangan lah buat muka sedih macam tu.

“Maksud saya, apa kena-mengenanya dengan saya?,” kata cikgu Ariel lalu kembali menulis sesuatu di kertas kerjanya. Eleh, tak ada kena-mengena konon!! Tu, yang muka tegang tadi kenapa?

“Hey, kan Daniel tu adik kita-,”

Cikgu Ariel memandangku dengan tajam. Alamak, tersalah cakap lah pulak.

“Maksud saya, adik cikgu. Cikgu tak kisah ke?,”

Ya lah, kan cikgu mungkin ada feeling kat bakal adik ipar cikgu tuuu.. Aku memandang puas melihat muka cikgu Ariel yang kelu.

“Asal tak melanggar perintah Islam sudah,” kata cikgu Ariel, masih menulis sesuatu.

“Hmm,”

Aku mengeluh, tengok lah. Layanannya padaku masih serupa saja. Tiada peningkataan langsung. Oh, ya ada! Dia layan aku macam angin sepoi-sepoi sekarang. Angin yang terasa nyaman bila menghembus kat kita tapi tetap tak dilayan.

“Cikgu, kurang dua tahun lagi,” kataku tiba-tiba.

Cikgu Ariel berkerut memandangku, mesti dia tertanya-tanya apa yang akan datang bila dua tahun depan menjelang.

“Kurang dua tahun lagi, saya tak akan menjadi murid cikgu lagi,” kataku dengan nada sedih. Pasti dua tahun hadapan, dia tak akan melayan aku langsung. Yelah, aku bukan murid dia lagi. Kalau nak anggap aku jadi isteri dia, haih... Nasib-nasib.

“Work hard, Mira. Aim for the best,” nasihat cikgu Ariel. Mataku bersinar-sinar memandang Cikgu Ariel. Dia..dia ucapkan aku selamat berjaya kah ni??

“Tentu lah, saya akan berkerja keras untuk ambil hati cikgu!,” laungku sambil menunjuk ke arah dada kirinya. Aku tersengih-sengih sebelum melangkah keluar dari staff room cikgu Ariel.

Ya, tak kira apa yang berlaku aku akan berusaha!

“Mira,” panggil seseorang yang bersandar di dinding sekolah berhampiran. Oh, dia ni Aminah kan? Opss, salah Aminnuddin!

“Kenapa kau ada kat sekolah ni? Tak letih ke ulang alik dari Belait?,” soalku ingin menunjukkan aku ambil peduli dengan kawan adik iparku.

“Tak adalah sangat, ianya berbaloi bila.., tak apa lah,” kata Aminnuddin. Ianya perasaanku atau setiap kali dia nak bercakap dengan aku, mesti dia mengenggam baju dia. “Dari mana?,”

“Jumpa cikgu Ariel,” jawapku ringkas sambil menunjuk ke arah pintu bilik staff cikgu Ariel. Aish, menyesal juga aku keluar awal. “Kalau nak jumpa Daniel he’s not in there,”

“I know,”

Tahu?

“Habis?,”

“Mira bahagia tak, hidup dengan suami?,”

“Yes, yes, I am,” kataku yakin.

“Betul?,”

“Ya. Walaupun, ya awalnya cikgu a little bit kasar but perlahan-lahan secara jelasnya dia semakin menerima saya. And that makes me happier than ever,” ceritaku. “Daripada dulu, saya hanya mampu memandang dia dari jarak jauh. Unable to do anything, rasa diri ini hanya perempuan yang berperanan sebagai bystander dari sebuah drama. Tapi Alhamdulilah, dengan kuasa Allah, we’re married,”

Kata-kataku ku akhiri dengan senyuman. Aku bagai tersedar aku sudah lupa diri dengan bercerita tentang kisah aku. Macam mana lah boleh aku boleh ter-carried away ni?

Yang peliknya, bagai ada sesuatu dalam hati ni yang menyuruh aku bercerita mengenai kisahku pada Aminnuddin. Aku pandang dia hanya diam sahaja.

“Min?,”

“Ok, I got it,” kata Aminnuddin seperti bercakap pada seseorang. “Saya harap awak bahagia dengan suami awak,”

!

Kenapa dia seperti mengucapkan selamat bahagia pada kami? Kalau nak kata dia kecewa, kenapa pulak? Jangan-jangan, dia ada perasaan dekat suami aku tak? Aku kena jaga laki aku elok-elok lepas ni. Bahaya budak tu. Bahaya!

“Apa tu?,” kata cikgu Ariel, memaksaku melihat ke belakang ku.

“Aminnuddin,”

“Min? Apa dia buat kat sini? Memang tak ada kerja lah budak tu,” kata cikgu Ariel laju. Aku tergelak kecil, gayanya macam tak suka je keberadaan Aminnuddin. Bagus lah. Maksud aku, peluang untuk Aminnuddin tipis. Hehe

“Mira, kenapa masih tercegat kat situ? Nak tunggu Min lagi?,”

“Hah? Buat apa?,”

Aku lihat cikgu Ariel menggelengkan kepalanya. Apa hal?

“Nevermind, just go, kelas dah nak mula,”

“Yes, Sir,” kataku lalu berarak cepat melangkah meninggalkan cikgu Ariel. Sebelum tu, aku sempat melirik ke arahnya. Dia senyum!!

Projek Bantah KahwinWhere stories live. Discover now