“So, siapa dia? Aminnuddin Zaqwan kan?,” duga Mira.

“Aminnuddin Haquan lah!,” betulku.

Kalau lah si Haquan dengar, mahu menagis budak tu. Mesti dia sedih. Tch.. Tch.. Tch.. Siapa suruh kau suka perempuan spesis macam ni?

“Hoi, Mira,” kataku, sekali gus ingin menyedarkan si Mira ni dari terus tak sedarkan diri dengan novela dia tu.

“Apa?,” marah Mira bila aku dah mengacau dia.

“Kau bahagia tak hidup sebagai suami isteri dengan cikgu Ariel?,” kataku. Mira dalam posisi berfikir.

“Define bahagia,” suruh Mira, sambil tergelak kuat. Wah, budak ni bukan main lagi dia.

“Jawab je lah,”

“Ya, sangat!,” jerit Mira lalu berlari sekeliling kelas. Ya Allah budak ni, apa saja lah yang dimakannya? Macam tak siuman langsung.

“Oh,” kata seseorang di ambang pintu kelas. Aku menoleh, Mira pun berhenti berlari lalu memandang ke arah pintu. “How interesting,”

Shoot! Shila! Agaknya dia dengar tak perbualan kami tadi? Mira memandang Shila yang perlahan-lahan berjalan ke arah mejanya lalu mengambil telefon bimbitnya yang tertinggal.

“Tunggu, Shila!,” jeritku, memberhentikan langkah Shila. “Apa yang kau dengar tadi?,”

“Dengar apa?,” soal Shila pura-pura tak faham. “Ada apa-apa yang aku perlu dengar ke?,”

“Tak, tak ada apa,”

Shila tersengih memandang kami lalu meninggalkan kami berdua di dalam kelas.

“Kau rasa dia dengar ke?,” soal Mira masih memandang pintu kelas.

“Ya,”

Esuk,

Aku berjalan ke sekolah dengan memandang sekelilingku dengan lajunya. Kiri. Kanan. Kiri. Kanan.

Fuh, nampaknya, betul lah, Shila tak terdengar apa-apa tentang perbualan kami kelmarin. Aish, sia-sia je aku susah hati semalaman.

“Lica!,” jerit Mira dari depan pintu masuk sekolah. Lica? “Gotcha!,” katanya bila dapat memelukku.

“Get off, Mira,” kataku. “Kau makan sardine ke tadi?,”

“Oh, kuat ke bau sardine tu?,” soal Mira sambil menghidu-hidu bau badannya. Aku hanya mampu mengeluh melihat kelakuan si Mira ni. “Hehehe, aku cuba masak sarapan tadi,”

“And?,”

Mira mengeluh, “It burnt,”

Aku berpeluk tubuh, “Kalau ia tak terbakar, aku tak percaya itu kau,”

Mira tergelak, aku juga tergelak sama. Well, sekurang-kurangnya dia sedarkan diri kan? Nasib baik dia tak ajak aku makan bersama. Betul ni, aku bersyukur sangat.

“So, betul ke Daniel kissed you?,”

Mukaku tiba-tiba membahang, “What on earth Mira, kau tanya so sudden ni? Of course not,”

“Uuu.. You’re blushing, here’s a tip from a wife to wife wannabe, jangan tunggu lama-lama. Kahwin cepat,” kata Mira lalu tersengih panjang.

“Eee, apa yang kau merepek ni?,” kataku lalu menarik-narik tudung si Amira Dhuha ni. Aku hanya mengabaikan teriakannya yang menyuruh ku berhenti tapi aku tetap juga menarik-narik.

“Lisa,” panggil Daniel yang tiba-tiba muncul di depan kami. “There you are,”

“Yes?,” kataku. “Kenapa kau cari aku?,”

“I love you!,” teriak Daniel, mendapat perhatian dari pelajar lain. Mahu menangis juga aku dibuatnya. Hampir tiap-tiap aku menjadi bahan topik pelajar lain sekarang ni.

“Daniel, tak perlu lah teriak segala,” aku memandang sekeliling yang sudah mula mengerumi kami. Ah, letihnya aku!!

“Tell me,” arah Daniel. “Your true feeling about me,”

“Hah?,”

Kau dah gila, Daniel. Kau sedar tak yang separuh populasi sekolah mengerumi kita sekarang ni!

Baru saja aku nak memarahi Daniel tapi muka serius-yang-macam-nak-membunuh-orang memberhentikan niatku. Mati juga aku kat sini nanti. Jadi sejarah lah namaku.

Aku mengeluh, aku tiada pilihan lain, “I love you too,”

Tiba-tiba aku rasa menyesal pulak cakap macam tu. Jantungku berdegup kencang. Sangat kencang. Tapi, aku tak benci perasaan ini. Malahan aku suka.

Ku lihat Daniel tersenyum sebelum mula melutut. Aish, deja vu lah pulak. Mengapa lah pada saat orang ramai macam ni kau nak melutut depan aku wahai Daniel Mikail?

Tunggu, apa yang berlaku ni? Mira di sisiku sudah mula menampar-nampar lenganku. Yang dia terlebih suka ni kenapa??

“Daniel, apa yang-,”

“Sudikah kau menjadi isteri dunia dan akhiratku, Malisa Syaakaira?,”

!!!!

Projek Bantah KahwinWhere stories live. Discover now