Zahra pejam mata rapat . Rapat serapat-rapatnya. Debar didada kian menggila. Plastik panjang berwarna putih itu dibiarkan beberapa saat.
Ya allah , lebih takut daripada nak ambil result !
Setelah pasti 5 minit sudah berlalu , Zahra terus memandang screen kecil yang memaparkan keputusan itu .
| |
Zahra tergamam . Garis dua itu ditilik dengan keliru . Bukan ke kalau garis dua maksudnya...
"ARGH !!!!!! " jerit Zahra teruja . Terlompat-lompat dia didalam tandas. Mujur lantai kering . Zahra terus berhenti laku . Dadanya diusap dengan nafas rancak . Perutnya pula diusap lembut .
Matanya mula berkaca . Memikirkan kini dia sedang membawa satu lagi nyawa.
Kemudian dia terdongak ke atas . Air mata kegembiraan mengalir laju menuruni pipi .
Tuhan ..terima kasih..
Dia betul-betul bersyukur dan berterima kasih kepada Maha Pecipta.
Hadiah ini yang paling istimewa buatnya dalam hidup . Tak sabar dia ingin memberitahu berita gembira ini pada suaminya !
Deringan telefon diluar bilik air mematikan lamunannya . Segera terukir senyum teruja dibibir . Dia berlari keluar mendapatkan iPhonenya diatas katil .
Lagi tersenyum lebar dia melihat nama pemanggil .
Babyboy ❤💋
Panjang umur lelaki ini. Baru saja tadi dia teringat . Segera icon hijau itu dislide untuk menjawab .
"Asalamualaikum cinta hati abang " sapa Eiden lembut.
Pipi gadis itu mula berona merah. Masih malu walaupun tidak bersua muka kini.
"Walaikumusalam abang " balas Zahra lembut .
Eiden membetulkan duduknya dikerusi kulit itu . Lega hatinya dapat mendengar suara kesayangan . Dari tadi hatinya gundah gelisah. Tak senang duduk dibuatnya.
"Baby abang tengah buat apa tu ? " ujarnya lembut . Zahra mengigit bibir bawah . Cuba menahan senyum teruja .
Baby ? Baby yang mana satu ?
Makin tak sabar dia ingin memberitahu berita gembira ini pada Eiden namun mestilah dia ingin membuat kejutan . Jadi dia seharusnya merahsiakan dahulu .
"Tengah rindu kekasih hati saya " balas Zahra . Dia duduk dibirai katil . Pregnantcy test itu ditilik sekali lagi sambil telefon melekap di telinga .
Eiden berdehem kecil ditalian .
"Kekasih hati ? Untung betul orang tu sebab dapat memiliki awak ni . Siapalah agaknya orang tu " ujar Eiden bercanda .
Zahra lepas tawa kecil . Dia berbaring diatas katil .
"Hey , mestilah beruntung . Dahlah saya ni cantik , baik , pandai memasak . " usik Zahra .
Eiden gigit bibir bawah dengan sengihan .
"Eiii sayang ni ! Nasib baik abang dekat office . Kalau dah ada depan ni , abang gigit gigit je sayang tau ! " Zahra lepas tawa yang kuat . Suka benar .
VOUS LISEZ
His Baby Girl : My Last Love
Roman d'amourPerkahwinan antara Aisy Zahra dan Eiden Rian bukan seperti pasangan yang lain . perlukan rasa cinta untuk bersatu . tidak ! Mereka disatukan secara tanpa rela untuk menutup malu kelurga Eiden Rian kerana pengantin perempuan Rose Emilyn mengambil k...